[uap-landing-commission slug=’awareness’]

ubat tradisional kencing manis

Perubatan Alternatif dan Komplementari: Ubat Tradisional Kencing Manis

Rawatan alternatif ubat tradisional kencing manis ialah satu amalan penjagaan kesihatan yang digunakan dengan meluas, namun haru diketahui bahawa pengubatan ini merupakan suatu berbeza dengan amalan perubatan moden.

Kebiasaannya diamalkan sebagai langkah mencegah atau merawat penyakit atau meningkatkan kesihatan dan keadaan diri. Kaedah ini semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengamal perubatan dan pesakit diabetes melitus bagi mencegah diabetes.

Perubatan alternatif bermaksud terapi yang diambil untuk menggantikan perubatan moden, manakala komplementari pula bermaksud terapi yang diambil bersama dengan perubatan moden.

Pesakit diabetes dibenarkan untuk mengambil pemakanan tambahan atau suplemen seperti serat (fiber) seperti bendi (okra), halba (fenugreek), multivitamin seperti vitamin B kompleks, B1, B6 dan B12; vitamin C dan E dan juga antioksidan. Kromium dan magnesium juga didapati boleh menurunkan risiko penyakit diabetes dan mempertingkat kawalan terhadap pesakit diabetes.

Persatuan Diabetes Malaysia (kini dikenali sebagai Diabetes Malaysia) dalam keluarannya, Steps To A Healthy Life, Diet & Diabetes (2013) ada menyenaraikan contoh suplemen dan peranannya dalam diabetes.

Penggunaan herba-herba juga semakin meluas dalam rawatan diabetes di Malaysia. Terdapat banyak jenama dan keluaran tempatan yang dikatakan mampu membantu menurunkan paras gula dalam darah. Antara herba yang terbukti boleh membantu dalam penurunan paras gula pesakit diabetes ialah seperti di bawah.

Misai kucing

ubat tradisional kencing manis

Menggalakkan perembesan insulin oleh kelenjar pankreas. Misai kucing (orthosiphon stamineus) merupakan sejenis tanaman hiasan yang popular dalam kalangan pesakit diabetes kerana kebolehannya untuk membantu menurunkan paras gula. Kajian makmal telah membuktikan bahawa pengambilan ekstrak daun misai kucing menggalakkan perembesan insulin oleh kelenjar pankreas.

Misai kucing juga didapati tidak memberi kesan sampingan terhadap hati dan buah pinggang. Namun, kajian selanjutnya perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya jika diambil dalam jangka masa yang panjang.

Daun pegaga

images

Menurunkan paras gula. Daun pegaga (centella asiatica) telah digunakan dalam perubatan tradisional India, Ayurveda, sejak beratus tahun dahulu. Kajian makmal telah menunjukkan ekstrak bahan etanol dan metanol daripada daun pegaga mempunyai khasiat untuk membantu menurunkan paras gula dalam darah dengan membantu perembesan insulin.

Daun pegaga boleh diambil secara mentah sebagai ulam atau dijadikan jus. Kini, zat pegaga boleh didapati dalam bentuk kapsul.

Namun begitu, kajian menunjukkan pengambilan pegaga secara konsisten dalam tempoh yang panjang (melebihi 6 bulan) boleh mengakibatkan kesan sampingan pada hati.

Maka pesakit perlulah memaklumkan kepada doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan bagi mengelakkan sebarang kesan yang boleh memudaratkan.

Hempedu bumi

ubat tradisional kencing manis

Mengurangkan pencernaan dan penyerapan gula. Hempedu bumi (andrographis paniculata) merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Tenggara, China dan India yang digunakan sejak berabad yang lalu. Dalam rawatan diabetes, kajian makmal menunjukkan ekstrak metanol daripada tumbuhan ini mampu mengurangkan pencernaan dan penyerapan gula ke dalam darah dan membantu mengawal paras gula selepas makan,

Selepas pengambilan selama 30 hari, kajian yang sama turut mendapati hempedu bumi membantu meningkatkan kepekaan insulin dan mempercepat pemindahan gula daripada darah ke dalam sel untuk dijadikan tenaga, Kini, hempedu bumi boleh didapati dalam bentuk kapsul yang dijual di pasaran namun ada juga yang mengambil air rebusan atau memakan daunnya yang segar.

 

Terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku dengan pengambilan hempedu bumi seperti pening, letih dan cirit-birit. Tumbuhan ini juga mempunyai potensi untuk menyebabkan interaksi bersama ubat moden jika diambil bersama.

Peria katak

ubat tradisional kencing manis

Mampu bertindak seperti insulin. Peria katak (momordica charantia) banyak ditanam di Asia Selatan, Asia Tenggara dan China manakala buahnya merupakan sayur yang paling pahit di dunia kerana kandungan kuinin yang tinggi.

Dalam perubatan Ayurveda India, peria katak sering diperlihatkan sebagai sejenis “insulin tumbuhan”. Oleh itu, peria katak disyorkan untuk pesakit diabetes.

Di Filipina, teh peria katak digunakan untuk mengawal diabetes bagi orang miskin yang tidak mampu mendapatkan rawatan moden. Peria katak dikatakan mampu menyerupai tindakan insulin kerana buah dan bijinya mengandungi protein Polypeptide-K yang efektif terhadap diabetes. Selain itu, tumbuhan ini juga membantu merencat penyerapan gula di usus dan menggalakkan sel-sel menggunakan gula dengan lebih efektif untuk ditukarkan menjadi tenaga. Peria katak juga membantu mengurangkan paras gula dengan merencat penghasilan gula oleh hati.

Oleh itu, anda perlu berhati-hati kerana pengambilan peria katak bersama ubat moden boleh menyebabkan paras gula turun terlalu rendah (hipoglisemia).

Mas cotek

download (2)

Meningkatkan rembesan insulin oleh kelenjar pankreas. Mas cotek atau nama saintifiknya ficus deltoidea ialah sejenis tumbuhan meliar dan didapati daunnya kaya dengan bahan antioksidan serta vitamin C.

Dari sudut rawatan diabetes, kajian makmal mengatakan mas cotek mampu menurunkan paras gula dengan cara meningkatkan rembesan insulin oleh kelenjar pankreas dan menggalakkan pengambilan gula oleh sel untuk ditukarkan menjadi tenaga.

Buah mengkudu

ubat tradisional kencing manis

Membantu memelihara sel-sel di pankreas. Buah mengkudu (morinda citrifolia) telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama dalam kalangan masyarakat Melayu.

Buah mengkudu dikatakan tinggi dengan karbohidrat dan serat pemakanan seperti vitamin C dan B3, zat besi dan kalium (potassium). Buah mengkudu diambil dengan memakan buahnya yang berasa sedikit pahit atau dijadikan jus.

Mas cotek kini tersedia dalam bentuk kapsul untuk memudahkan pengambilan. Selain itu, ada yang mengambil daunnya yang telah dikeringkan atau meminum air rebusannya. Kajian makmal menunjukkan bahawa pengambilan jus mengkudu telah membantu insulin bertindak lebih baik untuk menurunkan paras gula dalam darah.

Jus mengkudu juga dipercayai membantu memelihara sel-sel di pankreas, maka penghasilan insulin berlaku dengan lebih banyak dan berkesan.

Oleh sebab jus mengkudu mengandungi sejenis elektrolit yang dipanggil potassium, anda perlu mendapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi sebelum mengambilnya. Hal ini kerana dikhuatiri mempunyai interaksi dengan ubat moden dan menyebabkan hiperkalemia, satu peningkatan tahap potassium yang amat berbahaya.

Angin, kembung perut dan cirit-birit telah dikaitkan dengan pengambilan jus mengkudu, maka jika kesan sampingan timbul, anda dinasihatkan untuk menghentikan pengambilan dan segera berjumpa
doktor.

Namun ingin diingatkan di sini bahawa mekanisme tindakan, keberkesanan dan keselamatan ubat herba masih sedang hangat dibincangkan. Setakat ini terlalu sedikit kajian yang dijalankan ke atas manusia manakala kebanyakannya pula hanya menjalankan kajian di dalam makmal.

Tambahan pula kebanyakan kesan sampingan ubat herba tidak didokumenkan dengan baik terutama jika diambil dalam tempoh yang panjang. Wanita yang mengandung, menyusukan anak dan kanak-kanak tidak digalakkan untuk mengambil ubat herba kerana maklumat keselamatan yang terhad.

Apa yang penting ialah anda harus mendapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi sebelum memulakan rawatan alternatif ubat tradisional kencing manis atau komplementari. Anda perlu berhati¬hati kerana jika digabungkan dengan perubatan moden, berisiko untuk menimbulkan interaksi ubat yang mungkin boleh memudaratkan anda. 

Jika anda perlu bantuan saya untuk mengatasi kencing manis seawal 7 hari

Follow Us:-

One Response

  1. Hі there, for alⅼ time i used to check webѕite posts here in the early hours
    in the morning, since i enjoy to gain knowledge of more and
    more.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *