Terapi Pembersihan Usus Garam Buluh

Terapi pembersihan usus garam buluh ini merupakan konsep yang penting dalam membudayakan garam buluh. Ia juga sebagai pengenalan kepada terapi garam buluh. Bagi menyingkirkan kumpulan air besar dalam usus, menyelesaikan masalah sembelit, masalah sistem pencernaan dan toksik dalam badan, cara pembersihan usus ini hendaklah dilakukan terlebih dahulu sebelum menjalankan terapi garam buluh.

Cara pembersihan usus besar dengan menggunakan garam buluh

  • Gunakan 2 botol air mineral atau air kosong yang sama isipadunya untuk melarutkan 15g garam buluh (bentuk bijian atau serbuk)
  • Berdiri dan berjalan ke sana sini dengan perut yang kosong. Minum air garam buluh  dalam masa 20 minit.
  • Selepas meminum air garam buluh, sambung minum air mineral atau air kosong sehingga kenyang.
  • Akan wujud rasa mahu membuang air besar dalam masa setengah atau 1 jam. Anda perlu bertahan sehingga tidak boleh tahan lagi, barulah pergi membuang air besar itu. Peraturan ini mesti dipatuhi setiap kali membuang air besar. Dalam keadaan normal, seseorang itu akan membuang air besar sebanyak 4 kali dalam 1 hari.
  • Masa yang digunakan untuk membersihkan usus adalah berlainan mengikut pesakit yang mempunyai penyakit dan keadaan badan yang berlainan. Biasanya, pembersihan usus dijalankan selama 1 – 3 hari, paling banyak 7 kali iaitu 1 kali untuk 1 hari.

Pesakit yang disenaraikan berikut perlu ambil perhatian semasa pembersihan usus.

Diabetis

Masalah sembelit akan berlaku pada peringkat permulaan pembersihan usus, ini disebabkan semua air garam telah diserap dalam badan. Jangan risau, anda hanya perlu menambah kandungan air dan meminum dengan lebih laju. Ini dapat menyelesaikan masalah sembelit dan merendahkan kandungan glukosa dalam badan.

Tekanan darah tinggi

Akan rasa pening kepala apabila pembersihan usus sedang dijalankan. Keadaan akan pulih kepada normal selepas membuang air besar.

Penyakit berkenaan usus dan perut

Bagi pesakit yang keadaannya serius, mereka akan rasa mahu muntah apabila pembersihan usus sedang dijalankan. Keadaan dapat diperbaiki dan pulih kepada normal selepas beberapa hari.

Amaran

  • Jangan guna air panas untuk proses pembersihan usus.
  • Orang tua dinasihatkan supaya menjalankan pembersihan usus sebanyak sekali untuk sebulan, sehari untuk setiap kali.
  • Orang biasa hanya perlu membersihkan usus 3 bulan sekali.
  • Tidak boleh menggantikan garam buluh yang dimakan dengan 15g garam buluh  yang digunakan untuk membersihkan usus.