Terapi Garam Buluh

Terapi Garam Buluh

Dalam terapi garam buluh yang dikatakan, garam buluh diutamakan di samping menggunakan produk kesihatan semulajadi HKIII yang lain. Ia merangkumi pemakanan yang betul + pergerakan yang betul + pemikiran yang betul. Terapi ini memerlukan penyertaan dan kerjasama anda, iaitu menukar gaya hidup dan pemikiran anda.

Pemakanan yang betul = Makanan sihat + makanan berkhasiat + makanan penyahtoksik

Pergerakan yang betul = Pembersihan darah + kitaran seluruh badan

Pemikiran yang betul  = Pemikiran positif →  menghasilkan benda positif;

Pemikiran negatif  → menghasilkan benda negatif

Pemakanan yang betul ≠ sihat ; Pergerakan yang betul ≠ sihat ;

Pemikiran yang betul ≠ sihat

Pemikiran yang betul + Pergerakan yang betul +

Pemikiran yang betul = sihat

 Terapi garam buluh ini memegang kunci penyakit moden iaitu pengumpulan toksik pada jangka masa panjang, berkembang lebih mendalam, dan susah dirawat dengan menggunakan ubat. Dengan mempraktikkan prinsip-prinsip 3 peringkat seperti penyingkiran toksik, pemulihan sendiri, menjaga kesihatan diri dengan baik; kami telah mendapat kesan yang amat baik!

Peringkat pertama : Tempoh pembersihan badan (90 hari)

Penyingkiran toksik adalah penyelesaian kepada penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, arteriosklerosis, lemak darah tinggi, penyakit lain yang memerlukan pemakanan ubat dalam jangka panjang, keadaan keasidan badan semakin serius dan fungsi organ-organ yang telah rosak. Melalui pemakanan garam buluh, pembersihan usus dan lain-lain, ia menyingkirkan toksik dan membersihkan badan, meningkatkan daya imunisasi badan kita. Tempoh ini dibahagikan kepada tiga langkah seperti berikut :

(1) Tempoh penyesuaian pengimunan selama 3 hari: Dalam 3 hari pertama penggunaan garam buluh, anda dinasihatkan supaya tidak memakan lebih daripada 3g sehari. Ini kerana keupayaan meresap dan menyahtoksik bagi garam buluh adalah tinggi. Jika sebilangan besar garam buluh masuk ke dalam badan kita, mereka yang alergi kepada garam dan sesetengah pesakit akan berasa tidak bersesuaian, atau tindakbalas yang kuat. Keadaan ini menyebabkan kesalahfahaman mereka terhadap garam buluh dan mungkin tidak mahu mencuba lagi. Oleh itu, terapi garam buuh ini perlulah dijalankan satu langkah demi satu langkah.

(2) Pembersihan usus oleh garam buluh: Selepas tempoh masa 3 hari untuk penyesuaian, anda boleh menjalankan pembersihan usus ini. Proses pembersihan ini boleh dijalankan berterusan untuk 3 hari atau 7 hari bergantung kepada kesihatan pesakit.

(3) Anda juga perlu memakan 10g garam buluh setiap hari selain daripada garam buluh yang digunakan dalam pembersihan usus dijalankan.

Peringkat kedua: Tempoh pemulihan sendiri (120 – 270 hari)

Tempoh pemulihan sendiri adalah masa pemakanan garam buluh selepas toksik badan disingkirkan. Dalam tempoh ini, toksik dalam badan telah pun disingkirkan, fungsi organ-organ telah dipulihkan, daya keimunan telah meningkat; Kesihatan badan bertambah baik walaupun pemakanan ubat dikurangkan. Dalam tempoh ini juga, pesakit perlu memakan makanan lain yang berkhasiat mengikut keadaan badannya sendiri di samping memakan garam buluh. Masa yang diperlukan bagi pemulihan sendiri dan makanan yang perlu dimakan adalah bergantung kepada jenis penyakit yang dihidapi.

Peringkat ketiga: Tempoh penjagaan kesihatan (tak terhingga)

Penjagaan kesihatan merujuk kepada masa pesakit telah sembuh atau keadaan kesihatan telah tenang selepas tempoh pemulihan sendiri dalam terapi garam buluh. Matlamat pada peringkat ini adalah untuk membentuk badan yang sihat dengan penyusunan makanan yang munasabah, gaya pemakanan yang berpandukan ilmu sains, senaman yang bersesuaian dan sikap yang baik.

Leave a Reply