Adakah Gaya Hidup Anda Menjadi Penyebab Kolesterol Tinggi?

Sebab anda dilarang mengambil makanan yang tidak sihat.

Terdapat sebab yang munasabah mengapa anda tidak digalakkan mengambil makanan yang tidak sihat seperti makanan yang mengandungi lemak tepu. Bagi mendapatkan kesihatan yang maksima kepada tubuh badan, anda perlulah menjaga pemakanan anda dan antaranya dengan mengelakkan makanan yang mengandungi lemak tepu. Hal ini kerana, pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu penyebab kolesterol tinggi berlaku. Apabila kolesterol anda meningkat, peluang anda untuk mendapat penyakit yang kronik adalah besar. Oleh sebab itu, anda dilarang mengambil makanan yang tidak sihat ini.

Pemahaman anda terhadap lemak.

Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, mengambil makanan yang tidak sihat boleh menyebabkan kolesterol anda meningkat. Penyebab kolesterol tinggi berpunca dari pengambilan lemak tepu yang sangat tinggi. Akan tetapi, anda perlu memahami bahawa terdapat juga lemak yang baik untuk tubuh badan dan ianya juga sangat diperlukan oleh anda. Ramai yang menyalah anggap bahawa semua makanan yang mempunyai lemak perlu dihindarkan. Sebenarnya anda boleh mengambil makanan yang berunsurkan lemak tetapi dalam amaun yang sedikit. Adalah lebih baik jika anda mengambil makanan yang berunsurkan lemak tidak tepu.

3 jenis lemak yang utama perlu anda ketahui

Seperti yang sebelum ini, lemak sebenarnya terbahagi kepada 3 jenis yang utama. Anda perlu memahami jenis-jenis lemak ini terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan keatas makanan yang anda ambil. Terkadang anda mungkin memakan dalam jumlah yang sedikit, tetapi seperti tiada kesan dalam penjagaan kesihatan anda. Sebab itulah mengapa pentingnya ilmu yang bermanfaat ini untuk dijadikan amalan dalam pencegahan penyakit yang merbahaya. Bagi tidak untuk membuang masa anda, berikut merupakan 3 jenis lemak yang utama perlu anda ketahui :

  • Lemak tepu

Terdapat penyakit merbahaya disebabkan pengambilan lemak tepu yang tinggi. Lemak tepu mudah dikenali dari bentuknya yang padat seperti lilin dan banyak dijumpai pada produk yang berasal dari haiwan seperti daging merah, mentega, atau produk tenusu asli. Keburukan lemak tepu adalah ia boleh memekatkan darah sehingga ianya mudah melekat pada dinding pembuluh darah yang mengakibatkan ia menggumpal. Apabila hal ini berlaku, ia akan mengganggu peredaran darah dalam tubuh. Penyakit yang disebabkan lemak tepu antaranya :

  • Penyakit jantung
  • Angin ahmar (stroke)
  • Darah tinggi

Penyakit-penyakit ini adalah disebabkan pengambilan makanan berunsurkan lemak tepu yang tinggi kerana peredaran darah terganggu serta kurangnya oksigen. Ia juga merupakan penyebab kolesterol tinggi berlaku. Lemak tepu juga mudah melekat pada dinding saluran darah dan boleh mengakibatkan pengerasan dinding pada pembuluh darah.

  • Lemak tidak tepu

Penyebab kolesterol tinggi anda miliki kerana pengambilan makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi, bukannya disebabkan pengambilan makanan yang mempunyai lemak tidak tepu. Lemak ini sebenarnya anda perlu ambil dalam amaun yang berpatutan kerana terdapat manfaat yang akan anda perolehi. Lemak jenis ini dikenali sebagai lemak baik kerana sifatnya yang baik di mana kandungan kolesterol LDL yang dimilikinya lebih sedikit berbanding yang terdapat dalam lemak tepu. Lemak ini banyak pada tumbuhan dan ia boleh didapati didalam makanan seperti :

  • Minyak zaitun
  • Minyak bijan
  • Buah alpukat (avocado)
  • Kacang soya
  • Ikan salmon

Terdapat banyak lagi jenis makanan yang tidak mempunyai lemak tepu boleh anda amalkan. Untuk pengetahuan anda, kerap mengambil makanan yang mempunyai lemak tidak tepu, ia boleh meningkatkan antibodi pada tubuh, menurunkan kolesterol LDL, dan menurunkan risiko serangan jantung. Jadi, anda bolehlah memikirkan apa yang baik untuk kesihatan anda kerana makanan jenis ini bukanlah penyebab kolesterol tinggi.

  • Lemak trans

Lemak trans berasal dari lemak tidak tepu yang mengalami proses pemadatan dengan teknik hidrogenisasi separa yang menyebabkan perubahan konfigurasi ikatan kimia lemak itu yang mengakibatkan lemak tidak tepu yang umumnya berbentuk cair, menjadi berbentuk padat dan lebih awet. Tujuan sebenarnya adalah untuk membantu minyak sayuran yang bersifat tidak tepu menjadi lebih stabil sehingga lebih tahan terhadap reaksi kepanasan. Walaupun berasal dari lemak tidak tepu yang bersifat baik, lemak trans ini menjadi tidak elok pula jika kerap diamalkan. Ia meningkatkan kolesterol LDL dan menurunkan kadar kolesterol HDL.

 

Terdapat 2 faktor utama penyebab kolesterol tinggi

Bagi mereka yang sayang akan kesihatan mereka pasti akan jaga kesihatan mereka daripada pelbagai sudut. Anda seharusnya seimbang dalam penjagaan kesihatan. Menjaga pemakanan merupakan satu perkara yang baik. tetapi jika anda menginginkan kesihatan yang maksima anda juga perlu melakukan aktiviti yang sihat. Anda tidak sepatutnya bergantung kepada satu amalan sahaja. Bagi mereka yang menghidapi masalah kolesterol tinggi ini, terdapat 2 faktor yang mendorong kolesterol anda meningkat, antaranya adalah :

  • Faktor yang tidak dapat dikawal

Faktor yang tertera disini adalah faktor yang bukan dari pengambilan makanan mahupun aktiviti. Maksudnya penyebab kolesterol tinggi mungkin disebabkan oleh faktor keturunan. Apabila salah seorang dari ahli keluarga anda mempunyai masalah atau penyakit kolesterol ini, anda mungkin berisiko besar untuk mendapatkan hal yang sama dengan ahli tersebut. Dan ianya bertambah berisiko besar jika anda merupakan salah seorang ahli keluarga yang muda kerana faktor usia juga penyebab kolesterol tinggi berlaku.

  • Faktor yang dapat dibendung

Penyebab kolesterol tinggi meningkat yang sering berlaku adalah disebabkan oleh faktor yang dapat dibendung ini. Faktor yang mampu untuk dikawal adalah sesuatu faktor yang dari segi fizikal mahupun mental. Bagi memudahkan untuk anda memahami kenyataan kami ini, berikut merupakan beberapa faktor penyebab kolesterol tinggi meningkat :

  • Kerap kali mengambil makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi
  • Mempunyai berat badan yang berlebihan
  • Kurang mengamalkan aktiviti yang mengeluarkan peluh
  • Menghadapi tekanan perasaan
  • Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Penghisap rokok tegar
  • Memiliki penyakit kencing manis dan obesiti
  • Mengamalkan diet yang salah

Berikut merupakan beberapa faktor atau penyebab kolesterol tinggi anda tidak boleh turun. Semua yang telah kami senaraikan merupakan perkara yang perlu untuk anda elak bagi mendapatkan kesihatan yang menakjubkan. Mungkin dengan menghindarkan kesemua faktor yang telah kami nyatakan ini, anda mungkin dapat menghindarkan segala penyakit yang kronik.

Leave a Reply