Ramai pihak menggunakan istilah migrain untuk menggambarkan sebarang sakit kepala yang teruk, sakit kepala migrain adalah akibat perubahan fisiologi tertentu yang berlaku di dalam otak dan menyebabkan kesakitan samada ciri atau gejala yang berkaitan dengan migrain. Mengatasi sakit kepala yang disebabkan migrain ini amat perlu dilakukan bagi menjamin tahap kesihatan yang baik.

Tidak semua sakit kepala menunjukkan migrain, dan migrain bukan satu-satunya keadaan yang boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk dan melemahkan. Sakit kepala akibat ketegangan adalah penyebab sakit kepala yang lebih biasa. Ini berlaku kerana penguncupan otot kulit kepala, muka, dan leher. Oleh itu, anda seharusnya mencari cara dalam mengatasi sakit kepala ini.

Tanda-tanda anda mungkin mengalami migrain

1. Lemah sebelah badan

simptom ini dialami oleh sesetengah orang sebelum diserang migrain. Namun, ia juga tanda kepada penyakit strok dan anda harus membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkannya.

2. Percakapan yang susah untuk difahami

Percakapan individu yang mempunyai migrain agak sukar untuk difahami.  Gangguan ini mungkin tanda migrain. Namun, jika anda mengalami masalah ini, anda harus membuat pemeriksaan doktor kerana takut ia juga mungkin simptom penyakit strok.

3. Aktiviti yang menyakitkan

Aktiviti biasa seperti berjalan dan naik tangga mungkin menjadi pencetus sakit migrain. Orang yang merasa sakit kepala apabila melakukan aktiviti yang normal  tersebut mungkin ia telah mempunyai penyakit migrain.

4. Sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau

Individu yang mempunyai migrain biasanya tak boleh berhadapan dengan cahaya terang dan bunyi bising. Cahaya dan bunyi boleh menyebabkan sakit kepala mereka bertambah teruk. Ada juga pesakit migrain yang tidak boleh menghidu sesetengah bauan dan bauan itu boleh menyebabkan mereka bertambah lebih sakit.

5. Mudah berasa loya dan muntah

Pesakit migrain yang ada loya disebabkan migrain akan merasa lebih sakit dan agak sukar untuk pulih berbanding mereka yang tidak berasa loya atau kurang rasa loya. Mengatasi sakit kepala ini amat perlu dilakukan dengan kadar yang segera bagi mereka yang mudah untuk berasa loya. Hal ini, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

6. Gangguan Penglihatan

Bagi mereka yang mempunyai migrain, mereka kebiasaannya akan sering melihat samada bintik-bintik ataupun garisan cahaya. Aura ini tidak semestinya simptom kepada migrain, akan tetapi kebanyakkannya mereka yang mempunyai migrain akan melihat cahaya ini. Punca aura ni mungkin disebabkan berlaku gangguan pada saraf otak dan disusuli dengan sakit kepala.

7. Mudah berasa tertekan

Individu yang ada penyakit migrain ini, akan mudah berasa tertekan dan mudah untuk berasa hilang keyakinan. Rasa tertekan yang terlalu kerap boleh menyebabkan migrain jadi lebih teruk. Oleh itu, anda perlu mengatasi sakit kepala ini dengan secepat mungkin.

8. Kurang tidur

Orang yang migrain akan mendapat kesukaran untuk tidur dengan lena. Ramai individu yang mempunyai insomnia atau susah nak tidur kesan dari migrain. Kurang tidur dan migrain turut ada kaitan lain, di mana individu yang kurang tidur juga boleh jadi penyebab terjadinya migrain.

9. Hidung tersumbat atau mata berair

Sesetengah orang yang ada migrain mempunyai simptom sinus atau penyakit resdung. Hidung tersumbat, mata sembab dan kadang-kadang keluar air mata merupakan simptom migrain. Anda perlu mencari cara mengatasi sakit kepala ini jika ingin mengelakkan daripada migrain.

10. Keinginan makan yang tinggi

Sebelum serangan migrain, sesetengah pesakit migrain akan mempunyai keinginan makan yang tinggi. Keinginan makan coklat adalah salah satu contoh biasa berlaku.

11. Sakit Berdenyut di Sebelah atau di Kedua-dua belah kepala

Simptom atau tanda ini adalah paling biasa di kalangan orang yang kena migrain. kebiasaanya ia akan berasa sakit pada sebelah kepala sahaja. Daripada kalangan pesakit migrain hanya 50 peratus selalu mengalami tanda ini dan 34 peratus sahaja yang merasakannya tidak terlalu kerap.

12. Sakit pada bahagian belakang mata

Sakit migrain kadang-kadang dapat di rasai di bahagian belakang mata. Ada yang mengingatkan ia disebabkan oleh kerana mata yang letih, tapi sebenarnya ia adalah tanda sakit kepala dan migrain.

13. Sakit pada bahagian tengkuk

Sebelum terkena migrain, ada beberapa pesakit menyatakan yang tengkuk mereka sakit. Ada juga yang mendapat sakit tengkuk lepas migrain. Seelok-eloknya anda berjumpa dengan pakar bagi mengatasi sakit kepala ataupun masalah sakit tengkuk.

14. Kerap kencing

Jika anda merasai simptom kerap ke tandas, anda mungkin mengalami migrain. Ia mungkin fasa pencetus kepada migrain yang berlaku mungkin awal sejam dari kena migrain atau boleh jadi awal 2 hari dari sakit migrain

15. Kerap menguap

Kerap menguap juga mungkin tanda migrain akan menyerang. Ia tidak seperti menguap disebabkan mengantuk malah ia lebih kerap berbanding biasa.

16. Berasa kebas atau hilang deria rasa

Orang yang mempunyai migrain ada juga yang berasa kebas bermula dari hujung jari naik ke tangan dan sehingga muka yang akan menyebabkan hilang deria rasa.

Cara mengatasi sakit kepala migrain dengan berkesan

Sakit kepala atau migrain ini juga terjadi disebabkan salur darah di kepala kita mengecut dan mengembang dengan tidak seimbang serta kekurangan oksigen di kepala. Oleh itu, kami menyediakan beberapa tips atau rawatan yang boleh anda gunakan bagi mengatasi sakit kepala ini. Berikut merupakan 12 cara mengatasi sakit kepala ataupun tips yang boleh anda gunakan:

1. Elakkan pengambilan pil perancang bagi wanita

Jika anda seorang wanita, bagi mengatasi sakit kepala ini adalah dengan elakkan daripada mengambil pil perancang atau pil yang mengandungi hormon gantian kerana 1 daripada 3 wanita yang mengambil pil perancang akan diserang migrain. Perubahan hormon atau terlebih sesuatu hormon juga boleh menyebabkan punca sakit kepala atau migrain.

2. Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya

Bagi anda yang selalu mengalami sakit kepala atau migrain, anda disarankan untuk mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya. Untuk mendapatkan tidur yang baik, anda mestilah tidur di dalam bilik yang gelap tanpa membenarkan cahaya masuk ke dalam. Ia dapat menjadikan badan dan minda anda segar pada keesokan harinya.

3. Rendam kaki dalam air suam

Anda juga boleh merendamkan kaki anda di dalam air suam yang berisi garam dan lada hitam. Secara tidak langsung rawatan ini akan menjadi satu terapi bagi tubuh badan anda kerana seperti yang anda semua maklum, di tapak kaki kita mempunyai kesemua urat yang menghubungkan kepada satu badan. Ia merupakan satu cara mengatasi sakit kepala yang boleh dilakukan dirumah. Rendaman akan lebih berkesan dengan mencampurkan garam buluh ke dalam air rendaman dan anda akan rasa hasilnya sendiri pada tubuh badan anda.

4. Berbekam

Ianya sangat baik untuk tubuh badan kerana dengan berbekambukan sahaja mampu merawat sakit kepala, bahkan mampu mengeluarkan darah kotor, angin dan segala penyakit di dalam darah. Oleh itu, tidak disangkal lagi bahawa dengan berbekam mampu membantu anda mengatasi sakit kepala atau migrain anda.

5. Rawatan akupuntur

Anda juga boleh mengatasi sakit kepala dengan melakukan akupuntur. Jika berbekam tadi adalah kaedah dari cara Islam, akupuntur ini pula lebih terkenal dalam kalangan masyarakat Cina. Rawatan akupuntur ini adalah menggunakan jarum panjang yang halus dan dimasukkan di bahagian bawah permukaan kulit. Ia mampu menyelaraskan kembali aliran tenaga atau qi dalam badan.

6. Jauhi kelompok orang ramai

Sekiranya anda tiba-tiba mengalami sakit kepala atau migrain, anda dinasihatkan mencari tempat yang lebih tenang dan boleh merehatkan minda. Jauhi dari berada dalam kelompok orang ramai yang bising dan bingit. Selain itu, berada dalam kelompok orang yang ramai juga menyebabkan anda sukar untuk mendapatkan oksigen yang secukupnya.

7. Bernafas dengan betul

Setelah anda menghindari kelompok orang ramai, anda haruslah menarik nafas dengan betul. Dapatkan oksigen yang secukupnya untuk tubuh badan. Ramai di antara kita yang tidak menarik nafas dengan cara yang betul. Apabila anda menarif nafas dengan cara yang betul, barulah oksigen akan sampai ke kepala. Oleh itu, ia dapat mengatasi sakit kepala yang anda alami.

8. Banyakkan minum air kosong

Cara mengatasi sakit kepala ini adalah dengan memperbanyakkan minum air kosong untuk menambahkan air dalam badan dan mengelakkan badan dari berlaku dehidrasi yang boleh menjadi punca sakit kepala. Air kosong dapat mengurangkan kepekatan darah yang mungkin menjadi punca perjalanan darah di kepala tidak lancar.

9. Urut kepala dengan minyak angin

Sekiranya anda mempunyai minyak angin atau minyak panas, sapukan di bahagian kepala anda, seperti kawasan dahi, tengkuk, kening, dan leher. Urut berkali-kali untuk meredakan sakit kepala anda. Ada kemungkinan juga anda mempunyai angin yang terlalu banyak di dalam badan sehingga ianya naik ke kepala.

10. Tuam kepala

Anda juga boleh menuam kepala anda dengan ais batu yang telah dibalut dengan kain atau tuala. Ia dapat membantu mengecutkan salur darah di kepala dan mengurangkan sedikit sakit kepala anda. Sekiranya anda tidak mempunyai ais, anda juga boleh membasahkan tuala anda dengan air sejuk dan letakkan di kepala anda. Ia merupakan satu cara mengatasi sakit kepala ini yang mudah

11. Bersenam setiap hari

Bersenam setiap hari mampu membantu anda merenggangkan otot-otot badan yang kejang dan menjadikan pengaliran darah dalam badan lebih lancar. Buatlah apa jua senaman seperti senamrobik dan sebagainya asalkan ianya dilakukan secara konsisten. Ia dapat merendahkan keberangkalian diserang sakit kepala atau migrain.

12. Garam buluh

Terdapat banyak khasiat yang diperoleh jika anda mengambil garam buluh ini. Ia juga dapat mencegah penyakit-penyakit yang kronik seperti darah tinggi, masalah kolesterol yang tidak baik, gout dan sebagainya. Keupayaan garam buluh mampu menghapuskan radikal bebas dan memulihkan sel-sel rosak. Garam buluh juga merupakan pemancar tenaga inframerah yang boleh meningkatkan peredaran darah yang dapat mengatasi sakit kepala akibat migrain ini.

Ia merupakan beberapa tips atau cara mengatasi sakit kepala yang boleh anda lakukan dirumah. Seelok-eloknya anda berjump dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang lebih lanjut.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *