Kesan Penyakit Diabetes Akibat Insulin Berlebihan

kesan penyakit diabetes

Insulin Membantu Anabolisme

Insulin tergolong dalam kategori bahan yang membantu anabolisme. Ia berperanan membantu membina bahan-bahan kimia kompleks contohnya protein. Sebab itulah sesetengah ahli sukan menyuntik diri mereka dengan insulin bertujuan untuk membantu meningkatkan protein dan membina otot-otot dan pesakit diabetes pula untuk mengelak kesan penyakit diabetes itu sendiri.

Magnesium

Insulin membantu `membawa’ glukos menuju ke sel-sel dan membantu menyimpan magnesium. Apabila kekebalan insulin berlaku, kadar penyimpanan magnesium oleh sel menjadi berkurangan.

Paras magnesium didapati tinggi di dalam sel berbanding dengan kawasan di luar sel kerana kandungan kalsiumnya lebih tinggi daripadamagnesium. Apabila seseorang mengalami hyerinsulinemia, kalsium masuk ke dalam sel,manakala magnesium keluar daripada sel dan dibuang melalui air kencing.

Kalsium dan magnesium dapat membantu mekanisme mengembang dan mengecutkan saluran darah. Kekurangan magnesium dalam sel dan kemasukan kalsium daripada luar sel menyebabkan sel menjadi kecut. Sel-sel saluran darah yang mengecut akan mengakibatkan anda mengalami tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi menyebabkan tubuh anda memerlukan tenaga yang tinggi. Magnesium bekerjasama dengan ATP dalam penjanaan tenaga. ATP memerlukan magnesium untuk melepaskan tenaga manakala ADP memerlukan magnesium untuk menyimpan tenaga.

Kekebalan insulin menyebabkan sel-sel menerima glukos kurang daripada paras normal. Faktor ini akan menjadikan seseorang yang mengalami hyperinsulinemia kekurangan tenaga.

Kekurangan magnesium dan mengalami tekanan darah tinggi menyebabkan seseorang itu mengalami kekurangan tenaga yang ketara. Fenomena ini dipercayai sebagai salah satu faktor mengapa seseorang yang mengalami hyperinsulinemia mengalami kelesuan.

Mereka yang mengalami Diabetes Jenis 2 secara kronik di mana perembesan insulin oleh pankreas menjadi kurang cekap, biasanya mengalami kekurangan magnesium. Kekurangan magnesium menyebabkan kelesuan walaupun kecekapan perembesan insulin dan kecekapan reseptor-reseptor insulin ditingkatkan.

Magnesium diperlukan oleh pankreas untuk membina insulin selain untuk tindak balas insulin. Hyperinsulinemia yang berpanjangan menjadikan paras magnesium semakin berkurangan. la merupakan salah satu faktor keletihan pankreas dan menyebabkan perembesan insulin menjadi rendah.

Kesensitifan terhadap insulin dipercayai bermula sejak ovum dan sperma mengalami proses persenyawaan. Jika seseorang mengandungkan janin perempuan, apabila bayi itu lahir dia akan mengalami kekebalan insulin yang teruk berbanding bayi lelaki.

Selain mengalami hyperinsulinemia, terdapat beberapa faktor lain yang dipercayai menyumbang pada kekurangan magnesium dalam sel seperti:

  • Mengamalkan pengambilan garam biasa
  • Glukos meng-urangkan paras magnesium dalam sel
  • Mengamalkan pengambilan air osmosis songsang sepanjang masa
  • Kurang makan makanan mengandungi magnesium iaitu sayur-sayuran hijau. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa magnesium bergabung dengan klorofil bagi membentuk warna hijau daun
  • Mengamalkan pengambilan minyak dalam kategori omega-6 (poli tidak tepu) seperti minyak jagung, kacang, safflower, bunga matahari secara keterlaluan dan berpanjangan
  • Mengamalkan makanan terproses dan makanan ringan
  • Mengambil alkohol dan minuman berkafein secara berpanjangan
  • Mengamalkan ubat-ubatan moden secara berpanjangan. Contohnya ubat-ubatan kategori diuretic (melancarkan pembuangan air kecil) dan ubat-ubatan untuk kardiovaskular
  • Pengamal sayur-sayuran tanpa atau kurang lemak. Lemak diperlukan oleh usus untuk menyerap mineral termasuk magnesium
  • Kesan ini bertambah jika ibu mengandung mengalami diabetes
  • Vegetarian yang mengambil suplemen kalsium tanpa digandingkan dengan magnesium

Faktor-faktor yang menyumbang pada peningkatan magnesium dalam sel antara lain ialah:

  • Glutathione iaitu sejenis asid amino yang berfungsi sebagai antioksidan dalam tubuh di mana is membantu proses detoksifikasi. Pelbagai nutrien dapat membantu meningkatkan paras glutathione termasuk bawang putih dan Acid Alfa Lipoic
  • Mengambil garam buluh
  • Tubuh mengandungi paras vitamin D yang mencukupi
  • Mengambil makanan yang mengandungi magnesium contohnya sayur-sayuran hijau dan kacang soya
  • Insulin like growth factor (IgF) ialah sejenis hormon yang dirembeskan oleh hati. Ia berperanan untuk membantu percambahan dan kematian sel. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi paras IgF termasuk jenis gen, umur, jantina, pergerakan fizikal, paras stres, keseimbangan nutrien, berat badan, penyakit, ubat-ubatan dan paras estrogen
  • Estrogen dikatakan dapat meningkatkan paras magnesium dalam darah. Paras estrogen boleh diperbaiki dengan meng-amalkan gaya hidup holistik termasuk memperbetulkan corak pemakanan dan pengambilan suplemen serta herba yang sesuai.

KESAN PENYAKIT DIABETES

Kegagalan Jantung

Paras insulin yang tinggi menyebabkan natrium disimpan di dalam tubuh secara berlebihan. Ion natrium biasanya wujud bersama ion klorida. Setiap molekul natrium klorida memerlukan 23 molekul air untuk mencairkannya. Oleh itu, paras natrium yang tinggi menyebabkan air disimpan secara

American Journal of Physiology – Renal Physiology (2000) mendapati pengambilan garam natrium klorida secara berlebihan menyebabkan perpindahan air daripada dalam sel ke saluran¬saluran darah.

Secara teorinya, kepekatan ion natrium adalah jauh lebih tinggi di luar sel berbanding dengan yang terdapat dalam sel. Apabila molekul-molekul natrium bertambah di luax sel yang berpunca daripada paras insulin yang tinggi, proses osmosis berlaku di mana air di dalam sel ditarik keluar bertujuan mencairkan ion natrium yang berada dalam bendalir di luar sel. Ia menyebabkan sel menjadi kecut dan menghasilkan tekanan darah tinggi.

Hyperinsulinemia boleh menyebabkan kegagalan jantung dengan beberapa jenis mekanisme. Antaranya berpunca daripada hyperinsulinemia berpanjangan yang menyebabkan tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi menyebabkan otot jantung terpaksa mengepam dengan lebih pantas dan memerlukan tenaga yang lebih daripada keadaan normal.

Kekurangan magnesium memburukkan lagi keadaan. Ia bukan sahaja menyebabkan otot jantung kekurangan tenaga, malah menyebabkan otot dan arteri jantung mengalami keradangan. Jika otot membengkak, tidak mustahil arteri juga mengalaminya.

Masalah semakin bertambah jika arteri-arteri jantung tersumbat oleh plak atherosclerosis. Apabila keadaan menjadi semakin buruk, otot jantung tidak boleh bertahan. Ia berhenti mengepam darah.

Terdapat mekanisme lain yang berlaku pada masa yang sama iaitu yang melibatkan Sistem Saraf Otonomi. Hyperinsulinemia sudah dikenal pasti sebagai punca pada paras glukos darah sentiasa tinggi. Keadaan tersebu menjadi punca pada kekurangan magnesium dalam sel lalu mengaktifkan satu daripada dua cabang Sistem Saraf Otonomi iaitu Sisem Saraf Sympathetic. Aktiviti sistem saraf ini menjadikan tubuh sentiasa berada dalam keadaan sires.

Saluran arteri yang mengecut boleh menyebabkan tekanan darah tinggi lalu memaksa jantung mengepam pada kadar yang lebih pantas. Sehingga satu tahap, ia akan mengalami keradangan atau keletihan kerana bekerja melebihi had dan kekurangan nutrien.

Makanan berkarbohidrat menyebabkan insulin dirembeskan dengan tinggi bertujuan menurunkan paras glukos yang dilepaskan pada kadar yang tinggi. Makanan berkarbohidrat yang disertai lemak pula melambatkan pelepasan glukos dalam darah dan tidak memerlukan paras insulin yang tinggi. Makanan karbohidrat disertai protein juga tidak menyebabkan peningkatan paras insulin dalam darah.

Salah satu cara untuk membantu mengembalikan keseimbangan ion-ion di dalam dan di luar sel ialah dengan mengamalkan penggunaan garam buluh di dalam masakan selain mengambilnya dalam bentuk larutan tepu. Ia perlu dilakukan serentak dengan pengamalan gaya hidup holistik yang disarankan.

Profil Lipid

Seseorang yang mengalami hyperinsulinemia biasanya mengalami perubahan profil lipid yang melibatkan paras jumlah kolesterol, kolesterol HDL, kolesterol LDL dan trigliserida. Mengapa profil lipid mengalami perubahan?

Jawapannya ialah ia bertujuan membentuk keseimbangan baru bersesuaian dengan proses fisiologi yang dialami. Paras glukos darah adalah tinggi pada individu yang mengalami hyperinsulinemia dan diabetes. Glukos berlebihan digunakan untuk membina triglyceride di dalam hati. Trigliserida dihantar menuju sel-sel otot dan sel-sel lemak oleh VLDL. Itu sebabnya apabila paras insulin tinggi, maka paras tigliserida dalam darah turut meningkat.

Mengapa paras jumlah kolesterol meningkat? Sebelum menjawab soalan tersebut lebih baik jika diterangkan dahulu apa yang dimaksudkan dengan jumlah kolesterol. Ia merujuk pada jumlah kesemua jenis kolesterol yang berada dalam darah yang dibawa oleh VLDL, HDL, LDL dan IDL (Intermediate Density Liporotein).

Biasanya paras jumlah kolesterol meningkat apabila paras HDL turun dan LDL meningkat. Dari perspektif perubatan moden paras kolesterol yang tinggi (melebihi 5.2 mmol/L), paras kolesterol HDL rendah iaitu kurang dari 1.0 mmol/L) dan paras kolesterol LDL tinggi melebihi 3.9 mmol/L dikatakan meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Paras gula yang tinggi menyebabkan pembentukan radikal bebas secara berlebihan di dalam sel-sel tubuh. Jika dikatakan kolesterol LDL dan asid-asid lemak teroksida dikaitkan dengan pembentukan plak atherosclerosis, maka paras glukos yang tinggi ialah salah satu punca menyebabkan bahan-bahan tersebut teroksida.

Glukos berupaya bergabung dengan protein. Doktor dapat mengetahui paras gula darah anda dengan menjalankan ujian terhadap Hb IA iaitu sejenis hemoglobin atau sel-sel darah merah yang bergabung dengan glukos. Glukos juga boleh bergabung dengan collagen iaitu bahan yang menjadi gam pada sel-sel.

Kebanyakan penghidap diabetes mengalami paras kolesterol LDL yang tinggi kerana kolesterol digunakan untuk membaik pulih membran sel yang rosak akibat serangan radikal bebas. Ia juga digunakan untuk menampal collagen yang rosak akibat serangan glukos. Penghidap diabetes dikatakan mengalami plak atherosclerosis pada arteri-arteri di seluruh tubuh.

Kolesterol ialah sejenis bahan binaan membran sel. Selain itu, ia juga bertindak sebagai antioksidan. Mereka yang menghidap diabetes biasanya mengalami paras radikal bebas yang tinggi. Jadi, salah satu punca paras kolestrol LDL tinggi kepada penghidap diabetes kerana ia digunakan untuk meneutralkan radikal bebas.

Penyakit Kardiovaskular

Seperti yang telah diterangkan, paras glukos darah yang sentiasa tinggi menyumbang pada pelbagai jenis ketidak¬seimbangan biokimia dan proses fisiologi. Keadaan tersebut mengganggu fungsi hormon-hormon, enzim-enzim dan mengurangkan paras nutrien termasuk vitamin dan mineral. Ia juga menyumbang pembentukan radikal bebas yang tinggi serta meningkatkan paras homocysteine.

Terdapat pelbagai teori yang mengaitkan paras gula dengan penyakit jantung, antaranya ialah glukos sendiri dikatakan berupaya menyerang dan bergabung dengan collagen arteri jantung melalui proses yang dikenali sebagai glycation atau glycosylation yang berlaku pada collagen arteri jantu.ng. Ia berakhir dengan pembentukan atherosclerosis.

Atherosclerosis juga dipercayai berlaku apabila paras glukos yang tinggi menyebabkan seseorang mengalami kekurangan vitamin C. Vitamin C, L-Lysine dan L-Proline digunakan untuk membina dan menyelenggara collagen yang menjadi pelekat sel¬sel arteri. Apabila paras vitamin C dalam darah berkurangan, collagen pada arteri mudah rosak dan sukar untuk dipulihara.

Selain itu, paras homocysteine akan meningkat dan akan merosakkan arteri jantung atau arteri karotid yang menuju ke otak. Walaubagaimanapun, pembentukan atherosclerosisberpunca daripada serangan homocysteine hanyalah teori. Sesetengah saintis mengatakan paras homocysteine memang tinggi apabila berlaku faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan parasnya.

Paras glukos darah yang sentiasa tinggi menyebabkan tekanan darah meningkat. Jantung terpaksa mengepam pada kadar yang lebih pantas. Hasilnya proses pengepaman yang melibatkan mekanisme kembang kecut serta ketidakseimbangan daripada pelbagai sudut menyebabkan arteri jantung mudah rosak. Segala peningkatan paras fibrinogen. Ia menyebabkan darah menjadi pekat dan mudah beku. Keadaan ini berlaku apabila bergabung dengan faktor-faktor lain. Contohnya penyumbatan lemak yang teruk dan kekurangan magnesium akan menyebabkan seseorang mudah mengalami serangan jantung.

Paras gula darah yang tinggi dan tekanan darah tinggi bukan sahaja menyebabkan sel-sel endothelium arteri mengecut, tetapi juga mengganggu fungsi sel-sel otot jantung yang sentiasa memerlukan tenaga yang tinggi. Seperti yang dibincangkan, paras glukos tinggi secara berpanjangan menyebabkan ke¬kurangan magnesium dalam sel-sel. Kekurangan magnesium menyebabkan jantung mudah mengalami kekurangan tenaga dan juga menyebabkan otot jantung mudah mengalami kekejangan. Semua faktor tersebut mendedahkan seseorang pada serangan jantung serta kegagalan jantung.

Obesiti

Apabila tubuh anda mengalami hyperinsulinemia secara ber-panjangan, hati yang biasanya mengubah glukos pada glikogen akan melakukan sebaliknya iaitu mengubah glikogen pada glukos. Apabila semakin banyak bilangan sel-sel otot mengalami kekebalan insulin, maka paras insulin dan glukos sentiasa menjadi tinggi.

Sebahagian daripada glukos berlebihan disimpan sebagai lemak. Hyperinsulinemia yang dialami secara berpanjangan akan menyebabkan berat badan anda semakin bertambah berpunca daripada pertambahan lemak atau tisu adipos. Ia berlaku kerana paras gula yang tinggi meningkatkan kemasukan glukos ke dalam sel-sel lemak yang kemudian membina acetyl co-enzyme-A.

Acetyl co-enzyme-A ialah sejenis sebatian ldmia yang terdiri dari pada `kumpulan acetyl’ (acetyl group) yang dibawa atau diangkut oleh molekul co-enenzyme-A. Co-enzyme A terdiri daripada 3 jenis molekul iaitu ATP, asid pantothenic dan beta-mercaptoethylmanine. Acetyl ialah bahan precursor pada pembentukan lemak termasuk trigliserida dan kolesterol. Peningkatan trigliserida dan kolesterol mengundang pertambahan bilangan sel-sel lemak.

Sel-sel lemak ialah sel yang paling akhir mengalami keke-balan insulin yang menyebabkan seseorang akan mengalami pertambahan berat badan secara berterusan. Itulah punca obesiti di mana segala-galanya berpunca daripada paras insulin yang tinggi secara berpanjangan.

Kanser

`Hormon faktor pertumbuhan menyerupai insulin’ atau pun insulin-like growth factor, (IgF) ialah sejenis hormon yang dirembeskan oleh hati. Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis IgF iaitu yang terdiri daripada IgF 1 hingga IgF 4. IgF ialah hormon yang bertanggungjawab terhadap penambahan bilangan sel tubuh.

Insulin berlebihan dikaitkan sebagai penghalang pada kematian sel secara terprogram (apoptosis). Gandingan IgF dan insulin dipercayai menjadi punca peningkatan bilangan sel secara tidak terkawal. Keadaan ini menghasilkan lebih banyak lagi bilangan sel secara tidak terkawal. Mekanisme yang disebutkan dipercayai sebagai salah satu punca pembentukan kanser dan tumbesaran tumor pada mereka yang mengalami hyperinsulinemia.

Insulin dan estrogen ialah dua jenis hormon yang membantu pertambahan bilangan sel. Maksudnya jika kedua-dua jenis hormon ini melekat pada reseptor masing-masing pada membran sel, maka sel akan lebih cepat bertambah bilangannya.

Terdapat dua jenis estrogen yang mengalir dalam darah. Yang pertama ialah estrogen bebas dan yang kedua ialah estrogen yang bergabung dengan protein. Estrogen bebas bergabung dengan reseptor estrogen dengan mudah tetapi estrogen yang bergabung dengan protein tidak dapat melekat menyebabkan lebih banyak estrogen boleh melekat pada reseptor estrogen pada satu-satu masa. Oleh kerana sel-sel tisu payudara paling banyak mengandungi reseptor estrogen, peningkatan jumlah estrogen bebas akan mempercepatkan kadar pertambahan bilangan sel yang dipercayai boleh menyumbang pada pembentukan kanser payudara.

Insulin berlebihan seperti yang dihidapi oleh mereka yang mengalami borderline glucose levels dan diabetes adalah tanda bahawa paras glukos mereka sentiasa tinggi. Paras glukos yang tinggi dikaitkan dengan pengurangan kecekapan fungsi sistem kekebalan. Kajian menunjukkan T lymphocytes iaitu sejenis sel darah putih yang berfungsi untuk memusnahkan sel-sel kanser, tidak berfungsi secara cekap selama lima jam setiap kali tubuh mengalami paras glukos yang tinggi.

Kekurangan Hormon Tiroksin

Kalenjar tiroid merembes dua jenis hormon penting yang dikenali sebagai T4 dan T3. Tubuh menggunakan hormon T3 yang dikenali sebagai tiroksin untuk membantu metabolisme.

Selain dirembeskan oleh kalenjar tiroid, T3 juga didapati dari hati. Antara fungsi hati ialah mengubah T4 pada T3. Hati yang mengalami kekebalan insulin mengakibatkan is tidak cekap untuk mengubah T4 pada T3. Keadaan ini menyebabkan anda mengalami masalah untuk membakar lemak pada kadar yang munasabah. Jika anda mengalami pertambahan berat badan, maka kekurangan T3 menyebabkan lemak disimpan pada kadar yang lebih cepat.

Jika keadaan tersebut berlaku secara berpanjangan `hormon perangsang tiroid’ akan dirembeskan pada paras yang lebih tinggi untuk merangsang pembinaan T3 dalam kalenjar tiroid. Akhirnya, tiroid mengalami keletihan dan mengurangkan perembesan T4 dan T3. Apabila ia berlaku, maka kekurangan 3 yang mnjadi hypoothyroidisme menjadikan anda semakin sukar mengurangkan berat badan.

Gangguan Terhadap Pembinaan DHEA dan Hormon-hormon Seks

Paras insulin sentiasa tinggi didapati mempunyai kaitan dengan peningkatan paras hormon cortisol dalam darah. Hormon cortisol dibina daripada hormon precursor yang dikenali sebagai pregnenolone.

Oleh sebab pregnenolone ialah hormon precursor pada pembinaan hormon DHEA, maka peningkatan paras cortisol mengakibatkan penurunan kadar pembinaan DHEA. Oleh sebab hormon-hormon lelaki dan wanita iaitu androgen dan estrogen dibina daripada DHEA, maka paras insulin yang sentiasa tinggi menyebabkan kekurangan perembesan kedua-dua jenis hormon tersebut.

Kekurangan perembesan hormon utama androgen menyebabkan seseorang mengalami kehilangan otot. Contohnya otot di bahagian punggung yang menjadi salah satu ciri penting seorang lelaki. Jadi tidak hairanlah, apabila ramai lelaki yang mengalami kemerosotan punggung apabila mereka memasuki umur 40-an. Gejala tersebut semakin ketara jika seseorang sering mengalami stres atau hyperinsulinemia secara berpanjangan.

Bukan itu sahaja, malah kekurangan testosterone iaitu hormon utama androgen menyebabkan lelaki atau wanita menjadi kurang sensitif pada sentuhan atau gesekan sama ada di bahagian sulit atau pada bahagian-bahagian tubuh yang lain.

Itulah gejala yang dialami oleh seseorang yang mengalami hyperinsulinemia atau Diabetes Jenis 2 dari segi perubahan pada kadar perembesan hormon. Masalah yang timbul akibat kekurangan hormon androgen menyebabkan kaum lelaki mengalami ereksi yang kurang sempuma. kalsium bertujuan membantu membina tulang. Mereka membekalkan kalsium sama ada secara bersendirian atau kalsium yang digabungkan dengan magnesium pada nisbah 2:1.

 Magnesium ialah komponen tulang yang penting selain kalsium di mana ia membantu penyerapan kalsium untuk pembaikpulihan dan pembinaan tulang. Walau bagaimanapun, magnesium yang dibekalkan biasanya tidak mencukupi. Magnesium menjadi berkurangan kerana paras glukos yang sentiasa tinggi.

Testosterone dan progesterone ialah dua jenis hormon yang membantu metabolisms anabolic termasuk pembinaan dan pembaikpulihan sel termasuk sel-sel tulang. Paras insulin yang sentiasa tinggi menyebabkan kedua-duanya mengalami kekebalan lalu mengakibatkan gangguan terhadap proses penyerapan kalsium ke dalam tulang. Keadaan ini menyebabkan kalsium keluar daripada tulang.

Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk melambatkan osteoporosis jika seseorang sedang mengalami paras insulin yang tinggi? Langkah yang paling baik ialah menurunkan paras insulin secara berperingkat. Apabila paras insulin sentiasa berada di paras normal, Osteoporosis dapat diperlahankan di mana penyerapan kalsium dan magnesium akan berlaku secara cekap.

Bincang dengan doktor jika anda hanya dibekalkan kalsium. Kekurangan magnesium menyebabkan kalsium tidak dapat diserap oleh tulang secara sempurna. Kalsium berlebihan boleh menyebabkan ia berkumpul dalam tubuh seperti di dalam arteri. Keadaan ini boleh menyebabkan pembentukan batu karang dan seterusnya kerosakan buah pinggang.

Kajian menunjukkan paras insulin tinggi mempunyai kaitan dengan pembentukan semula batu karang yang mengandungi oxalate. Kalsium oxalate ialah sejenis sebatian yang tidak larut air yang terbentuk apabila ion kalsium bergabung dengan ion oxalate yang berasal dari asid oxalate.

Prostaglandin Prokeradangan

Paras insulin yang tinggi secara berpanjangan menyumbang pada pertambahan bilangan prostaglandin prokeradangan dikenali sebagai prostaglandin 2 (PGE2).

Paras PGE2 berlebihan menyebabkan peningkatan paras¬paras cytokines iatu kimia-kimia keradangan dan pembentukan radikal bebas. Keadaan ini boleh menyumbang pada pelbagai jenis penyakit autoimmune seperti Arthritis dan Lupus Erythromatosus serta menyebabkan komponen-komponen sel mengalami proses kerosakan dan kemusnahan. Hasilnya seseorang akan mengalami penuaan lebih awal dan terdedah pada pelbagai jenis penyakit termasuk kanser.

One Response

  1. Carrie 16/03/2018

Leave a Reply