5 KESAN KOLESTEROL TINGGI TERHADAP TUBUH BADAN

5 kesan kolesterol tinggi yang ramai tidak ketahui

Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, ramai yang di kalangan anda semua mengetahui apa itu kolesterol, akan tetapi tidak ramai yang mengambil berat terhadap perkara yang penting ini. Ia sebenar adalah perkara yang sangat mudah untuk di kawal jika anda menjaga paras kolesterol anda dengan baik. Permasalahan yang timbul adalah jika anda merupakan salah seorang yang suka mengambil ringan terhadap masalah kolesterol ini. Berikut merupakan 5 kesan kolesterol tinggi :

  • Ia boleh mengurangkan aliran darah

Kesan kolesterol tinggi yang pertama adalah ia boleh mengurangkan aliran darah dalam tubuh badan. Hal yang buruk seperti ini terjadi kerana penumpukan plak kolesterol yang menyempitkan arteri dan ia menghadkan jumlah darah yang boleh mengalir melaluinya. Banyak kaedah dalam anda mencari cara mengurangkan atau memulihkannya, akibat daripada atau kesan kolesterol tinggi ini.

  • Akan terdapat LDL dalam arteri

Kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) adalah kolesterol yang tidak baik. Kolesterol LDL boleh terbina didalam arteri anda dan membentuk deposit lemak yang disebut plak. Ia akan terbina di dalam dinding arteri dan membentuk plak melekit dan boleh membawa kepada pengerasan dan pada bahagian arteri, yang dipanggil aterosklerosis. Ia merupakan kesan kolesterol tinggi yang hampir sama dengan kesan yang diaatas. Walaubagaimanapun, ia tetap akan mendatang kesan yang buruk pada tubuh badan anda kelak.

  • Juga akan terdapat kesan ke atas daya ingatan anda

Siapa sangka kesan kolesterol tinggi juga akan terkesan keatas daya ingatan. Hal ini berlaku oleh kerana, jika terlalu banyak kolesterol yang anda miliki, ia boleh menyumbang kepada penyakit jantung dan strok, yang juga merupakan faktor risiko bagi masalah daya ingatan. Kesan kolesterol tinggi juga telah dikaitkan dengan gangguan mental dan demensia. Apa yang perlu anda lakukan adalah cuba cari jalan penyelesian secepat yang mungkin samada bertemu dengan pakar atau sebagainya.

  • Berasa sakit di bahagian rahang

Terdapat kesakitan di bahagian rahang juga boleh disebabkan kesan kolesterol tinggi dan ia juga boleh menjadi gejala serangan jantung, yang disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dalam arteri anda. Anda mungkin akan menganggap perkara seperti ini adalah tidak masuk akal, tetapi itulah hakikatnya. Perkara yang perlu anda lakukan jika terdapat sakit seperti ini adalah, dengan seeloknya anda perlu berjumpa dengan doktor bagi mengetahui perkara yang lebih lanjut atau penyakit yang anda sedang hidapi.

  • Penyakit batu karang

Penyakit batu karang juga boleh disebabkan kesan kolesterol tinggi. Jika anda mempunyai penyakit batu karang selama ini, anda di nasihatkan supaya memeriksa semula paras kolesterol anda. Hal ini bertujuan bagi memastikan tahap kolesterol anda tidak melebihi had kerana apabila ianya lebih dari jangkauan maka risiko untuk mendapat penyakit yang lebih kronik adalah besar. Kolesterol yang berlebihan boleh membina batu yang keras dan ia amat menyakitkan di dalam pundi hempedu anda.

Leave a Reply