Ilmu Pengetahuan Tentang Kesihatan Semulajadi

Garam Buluh Sebagai Bahan Kimia

Oleh kerana garam buluh berkesan dalam pemakanan dan perubatan, ia telah digelar sebagai “garam kesihatan yang ghaib”, “harta kekayaan garam mineral” dan sebagainya. Garam mineral sebenarnya telah wujud dalam garam laut. Pembakaran berulang kali pada suhu yang tinggi membolehkan kandungan ion Natrium, Kalium, Magnesium, Ferum, Fosforus, Silikon akan bertambah, terutamanya zink (5 kali lebih daripada garam semulajadi). Zink berhubung kait dengan fungsi garam buluh seperti menguatkan tulang dan otot, menambah daya keimunan serta keupayaan seks lelaki.

Garam buluh mempunyai kelebihan pada pengisian garam mineral yang menyeimbangkan ion dalam badan. Garam mineral pada garam buluh adalah garam mineral semulajadi manakala bagi garam buatan adalah garam mineral buatan, kedua-dua ini adalah konsep yang tidak sama.

Panduan khas:

Selenium berkebolehan untuk meneutralkan dan menyingkirkan logam berat, mencegah penyakit berkenaan sistem pencernaan dan kanser payudara, berkesan dalam merawat organ saluran kencing, kanser dan leukemia. Semua ini telah dibuktikan secara klinik. Laut secara umumnya mengandungi sumber yang diperlukan oleh semua hidupan di dunia ini terutamanya nuklear arsenik. Nuklear arsenik ini sebagai nukleus bagi garam. Apabila toksik di udara bercampur dengan toksik di darat, ia akan menjadi membentuk bacteria, mengakibatkan kanser dan panyakit serius. Rawatan tidak berkesan jika “Raja racun”, nuklear arsenik tidak digunakan.

Arsenik dalam garam mungkin akan menyebabkan keracunan. Namun, selepas arsenik dalam garam buluh diproses melalui suhu melebihi 1000 ºC dan berada pada persekitarannya yang penuh dengan sifat perubatan (terutamanya sifat perubatan daripada buluh) unsur-unsur surih, racun itu telah dineutralkan. Bakinya adalah bahan-bahan yang dapat memelihara kesihatan dan merawat penyakit.

Masalah kegemukan semakin berleluasa di masyarakat moden ini. Ia disebabkan oleh badan yang berasid dan ini merupakan punca utama banyak penyakit. Ini adalah akibat daripada pemakanan daging serta makanan berasid. Garam buluh yang merupakan makanan beralkali berkesan dalam membaiki masalah kegemukan, menghilangkan lemak yang lebih dan sesuai untuk semua penyakit kronik. (Rahsia untuk mengurangkan berat badan: Kita akan berjaya jika kita kekal berusaha. Adakah perempuan yang gagal mengurangkan berat badan mempercayai ayat kata ini? Bermula dari hari ini, anda memakan garam buluh dan berjalan-jalan selama 30 minit tiap-tiap hari. Selepas 1 bulan, lemak yang lebih akan hilang. Anda akan menjadi seorang perempuan yang cantik. Tetapi akan gagal jika anda berputus asa). Jika kita memerhatikan nilai pH dalam badan, lendir perut adalah bersifat asid (pH1.50). Kebanyakan penyakit gastrik berlaku kerana lendir perut terlalu banyak. Kini, perubatan moden berpendapat bahawa garam akan membebankan perut kita, pendapat ini mungkin dibuat berdasarkan garam buatan yang berasid sahaja.

Tetapi, garam buluh adalah makanan beralkali. Campuran garam buluh bersifat alkali dengan bendalir badan berasid akan menghasilkan tindakan dan mencapai keadaan yang seimbang. Maka, banyak penyakit selain daripada gastrik dapat dirawat juga. Garam buluh akan mengubahsuai seluruh badan manusia, bukannya hanya sesetengah bahagian badan sahaja. Ia akan memasuki sel-sel dan larut dalam darah untuk membersihakan seluruh badan kita. Oleh itu, kehebatan garam buluh dapat menyelesaikan masalah kesihatan badan yang tidak diketahui. Selain itu, garam buluh adalah berkenaan dengan seluruh badan manusia, ia dapat mengubah sifat-sifat seseorang. Jangan menanya apakah penyakit yang dapat dirawat oleh garam buluh; garam buluh memperbaharukan seluruh badan kita.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *