Hasil Daripada Ilmu Ribuan Tahun – Garam Buluh Yang Sakti

Hasil Daripada Ilmu Ribuan Tahun – Garam Buluh Yang Sakti

Kaedah pembakaran garam yang lama di masyarakat

Sebenarnya, nenek moyang kita telah berminat dengan kaedah pembakaran garam sejak dahulu lagi. Buku perubatan seperti <Shen Nong Ben Cao> dan <Ben Cao Gang Mu> memberi penjelasan tentang garam ini. Bidang perubatan masih belum berkembang lagi pada 5000 tahun dahulu, ketika itu nenek moyang kita menggoreng garam atau membakar dalam buluh kemudian digunakan untuk membantu proses penghadaman. Garam ini juga digunakan untuk merawat luka, dijadikan ubat cuci mata dan pengganti bagi ubat gigi. Kini, terdapat juga garam bakar yang dijadikan pengganti bagi ubat-ubatan di sesetengah tokong atau sesetengah zon selatan negara kita.

Siratan falfasah Timur alam semulajadi

Berdasarkan penyelidikan, bermula teori pemprosesan garam buluh sehingga pemilihan bahan untuk memproses garam buluh, semuanya memegang teguh kepada prinsip alam semulajadi dan falsafah pemikiran “alam semesta sejagat”. Teori “ Ying Yang untuk 5 elemen” juga berkait dalam proses pembuatan garam buluh. 5 Elemen iaitu logam, kayu, air, api dan tanah merupakan susunan rangka dunia ini. Hubungan antara kelima-lima elemen ini dapat menerangkan bagaimana penghasilan garam buluh.

  • Buluh yang digunakan sebagai elemen kayu
  • Kayu cemara yang dibakar sebagai elemen api
  • Tanah liat kuning yang menutupi buluh sebagai element tanah
  • Garam laut sebagai elemen logam
  • Buluh, garam laut, tanah liat kuning mengandungi elemen air.

Dengan gabungan kelima-lima elemen yang penting ini, terjadilah garam buluh sebagai makanan yang istimewa.

Pembakaran, panggangan dan peleburan – melahirkan nyawa baru

Penghasilan garam buluh disebabkan terutamanya oleh gabungan yang penuh khayalan dan mempunyai pegangan yang teguh terhadap intipati kehidupan, bukannya berdasarkan formula yang mudah sahaja. Untuk menjadi jirim bertenaga tinggi, bahan-bahan mentah diperlukan untuk bersepadu. Dalam proses penyatupaduan, kebaikan diambil dan keburukan dielakkan. “Api” akan digunakan untuk menyatupadukan semua bahan mentah.

Kegunaan ghaib “Api”

Nenek moyang kita telah mahir dalam penggunaan api. Dengan adanya api, garam laut, buluh, tanah liat kuning dan kayu cemara yang tidak berkaitan bersepadu menjadi satu sebatian yang istimewa. Garam buluh dikatakan istimewa kerana ia merupakan jirim yang bertenaga tinggi dan keistimewaannya adalah hasil daripada pembakaran dan panggangan.

Apa itu panggangan dan pembakaran?

Panggangan bermaksud membakar dengan lama dengan api. Api dan bahan yang dibakar bersepadu dengan sempurna. Dengan menggunakan suhu yang tinggi, ia dapat meningkatkan kualiti dan mengubah sifat bahan tersebut.

Dalam buku perubatan <Ben Cao Gang Mu> tercatat bahawa garam hendaklah dibakar sebelum digunakan. Mengapa garam perlu dibakar sedangkan garam pada masa dahulu adalah bersih dan tidak bertoksik? Ini kerana pembakaran dapat menyingkirkan bahan tercemar dan menambahkan tenaga bahan. Ia bukan sahaja penting dalam kehidupan harian, malah ia juga boleh dijadikan sebagai ubat. Ini bermaksud garam biasa mempunyai kandungan perubatan selepas dibakar. Kenyataan ini telah menonjolkan ilmu pengetahuan nenek moyang kita yang unggul.

Apa itu “Api”?

Pada pendapat orang dahulu, api membahagiakan dunia ini dan mempunyai kegunaaan yang tidak terbatas. Berdasarkan sudut pandangan bidang sains, api merupakan satu bentuk tenaga yang berkebolehan untuk mengubah kualiti dan sifat sesuatu bahan. Api dapat melahirkan nyawa baru dan menghapuskan nyawa orang ramai. Ia juga dapat mengubah bentuk tenaga, memindahkan  dan melepaskan tenaga.

Mengapa memilih kayu pohon cemara?

Pohon cemara tinggi, tegak, dan mempunyai daya ketahanan hidup yang kuat. Kulit pohon cemara tebal, kaya dengan lemak dan ketahanan pembakarannya tinggi. Banyak ciri-ciri garam buluh seperti membantu proses metabolisma, kesan pemulihan, tenaga yang tinggi dan sebagainya berkait rapat dengan pohon cemara yang digunakan.

Mengapa garam buluh berkesan untuk semua sifat badan, semua toksik dan semua penyakit? Adakah disebabkan garam buluh paling menonjolkan kecerdikan dan keajaiban budaya timur? Belum pasti lagi. Garam buluh adalah aktif, bertenaga tinggi dan tiada kesan sampingan. Kecerdikan Negara Timur dapat dibuktikan oleh garam buluh yang ajaib ini.

Leave a Reply