Garam Buluh Dan Tekanan Darah Tinggi

Secara ringkasnya, tekanan darah tinggi terjadi apabila saluran pembuluh darah mengalami kesukaran untuk mengeluarkan bahan buangan yang menyebabkan darah menjadi pekat lalu ia mengalir dengan perlahan.  Maka ia memerlukan tekanan yang lebih tinggi untuk mengalirkannya.  Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit.  Oleh itu, penyebab utama tekanan darah tinggi ialah darah yang cemar.  Kenapa darah boleh menjadi cemar?  Penyiasatan untuk mengetahui sebab-sebabnya sangatlah rumit.  Oleh itu, adalah sangat sukar untuk menyatakan satu atau dua faktor utama yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.

Kenapa garam buluh boleh menyekat tekanan darah tinggi?  Perbincangan mengenai perkara ini perlu dimulakan dari darah yang cemar kerana penyataan ini adalah satu kenyataan yang penting.  Sekiranya tidak menggunakan kenyataan ini, perbincangan mengenai tekanan darah tinggi menjadi amatlah sukar.  Sebagaimana kita sedia maklum bahawa saluran pembuluh darah adalah silang-menyilang dan jumlah panjangnya boleh mengelilingi bumi dua setengah kali.  Jaringan pembuluh darah yang sebegini panjang perlu membawa oksigen dan khasiat, dan pada masa yang sama perlu mengeluarkan bahan buangan.  Ianya sama seperti satu saluran bekalan yang sibuk dalam satu peperangan. Jika terdapat sebarang saluran yang tersumbat atau tersekat, ia boleh membawa padah.

Kenapa darah boleh menjadi cemar?  Secara ringkasnya, ianya kerana “bekerja terlalu kuat”.  Otak manusia, hati, organ utama badan, kaki dan tangan yang letih boleh menyebabkan darah menjadi cemar.  Pengurangan fungsi metabolisma badan menyebabkan berlakunya halangan dan penyekatan dalam proses pengedaran darah.  Oleh itu, darah pun menjadi “gelisah”.   Apabila darah menjadi “gelisah”, pengedarannya menjadi tidak teratur.  Pada kebiasaannya, keadaan ini menyebabkan berlakunya tekanan berlebihan atau pemaksaan pengaliran.   Akibatnya pembuluh darah menjadi tegang, tersumbat, atau merekah/pecah.   Oleh itu, hukum “keletihan berlebihan pada otak, organ utama badan, kaki dan tangan = pencemaran darah = penyakit” adalah satu rumusan yang kukuh.  Maka, apa pula sumbangan garam buluh?

Garam buluh adalah bahan pencernaan semulajadi, bahan pembersih toksik (detox)

Metabolisma yang tidak normal merupakan faktor utama yang mengancam kesihatan badan manusia.  Fungsi utama metabolisma ialah penghadaman dan pelunasan.  Manusia masa kini banyak mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan makanan siap-sedia, makan berlebihan, makan sesuka hati, dan kurang membuat senaman.  Oleh itu, terjadilah keadaan seperti penghadaman tidak elok, pelunasan tidak sempurna, sembelit dan lain-lain.  Maka terhasillah pelbagai toksin didalam usus, organ menjadi lemah secara perlahan-lahan, mencemarkan darah, dan menyekat sistem pengedaran.  Garam buluh boleh menambahkan perembesan air liur dengan banyak dan perembesan cecair gastrik didalam perut yang boleh membantu pencernaan makanan dengan sempurna.

Garam buluh membantu penyerapan zat besi, memperkuatkan fungsi darah

Tubuh badan manusia akan mengalami anaemia (penyakit kurang darah) sekiranya tubuh badan tidak menyerap zat besi dengan cukup.  Seseorang yang mengalami anaemia akan menjadi lemah dan tidak bermaya dan juga menyebabkan jantung mengalami tekanan berlebihan.  Tekanan yang berlebihan pada jantung akan menjadikan tekanan pada lapisan jantung meningkat naik.  Maka rumusan berikut merupakan rumusan yang sah: garam buluh  merembes cecair gastric  penyerapan zat besi  menghalang darah tinggi. Selain itu, garam buluh juga mempunyai kebolehan penyerapan yang tinggi dan mempunyai fungsi osmosis dan ia menyerap ke dalam air liur, cecair gastric, darah, limpa, cecair hempedu dan usus.  Ia boleh mengeluarkan dari badan racun yang terdapat pada makanan, racun pada ubat, racun tekanan, racun pada daging, histamine, dan pelunasan najis dan pepejal.  Pada dasarnya, ini dilaksanakan melalui pembersihan darah yang cemar.

Garam Buluh adalah pengawal tekanan semulajadi

Garam buluh mempunyai khazanah bahan mineral dan elemen kesan yang berguna terhadap tekanan darah tinggi.  Sebagaimana yang kita ketahui, ketidakseimbangan tembaga dan timah sari (zink) merupakan punca utama arteriosclerosis.  Garam buluh mempunyai tembaga dan timah sari yang seimbang.  Kandungan garam buluh yang berguna, terutamanya tembaga, boleh menyingkirkan logam berat raksa dan cadmium.  Penyerapan besi tidak dapat dilakukan jika kandungan tembaga tidak mencukupi.  Keadaan ini menyebabkan badan mengalami kekurangan darah (anaemia), lalu melemahkan keberkesanan darah (sel darah putih).

Tambahan pula, germanium, satu elemen kesan yang bermanafaat terhadap pengelakan barah, memainkan peranan yang penting untuk mengimbangkan tekanan darah.  Ujikaji oleh Institut Penyelidikan Perubatan Jepun mengesahkan kenyataan ini.  Institut tersebut membantu para pakar dan Dr Shi Chuanming membuat ujikaji terhadap binatang.  Ujikaji itu membuktikan germanium mempunyai sifat istimewa yang memberi kesan terhadap tekanan darah penyakit.

Magnesium dikenali sebagai “ubat pelali”.  Oleh kerana magnesium adalah serupa dengan kalsium, maka ia mempunyai fungsi yang boleh melindungi urat saraf.  Seseorang yang mengalami kekurangan magnesium akan naik baran dengan mudah, sensitif terhadap bunyi bising, mudah teransang & bersikap ganas.   Sekiranya kekurangaan magnesium itu serius atau berlaku bagi tempoh yang lama, maka seluruh badannya akan menjadi kejang, badan menggeletar, nadi tidak teratur, kesukaran untuk tidur dan seluruh badan menjadi lesu.  Di sebaliknya pula, magnesium boleh mengurangkan bacaan kolestrol darah.  Oleh itu, makanan yang kaya dengan kandungan pemakanan magnesium boleh mencegah penyakit jantung dan arteriosclerosis.  Maka dengan ini sudah jelaskah bahawa magnesium boleh mencegah dan mengubati tekanan darah tinggi.

Timah sari (zink) juga merupakan bahan yang penting untuk mengubati tekanan darah tinggi.  Kandungan zink di dalam garam buluh mungkin melebihi lima kali ganda garam laut.   Kandungan zink di dalam pembuluh darah bagi orang yang mengalami tekanan yang berlebihan akan menjadi rendah dengan nyata sekali dan nilai bacaan kolestrolnya pula akan meningkat naik.  Di sebaliknya pula, sekiranya zink boleh diserap dengan secukupnya, maka kolestrol darah boleh diturunkan dan seterusnya mengurangkan kesan tekanan.

Potasium dan sodium di dalam garam buluh memainkan peranan yang penting untuk mencegah dan mengubati tekanan darah tinggi.  Ia juga berfungsi sebagai bahan penentu.  Sodium bertanggungjawab terhadap penyerapan khasiat ke dalam sel dan potasium pula bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan sel.  Sodium menyebabkan jantung berdenyut dengan lebih aktif dan potasium pula mendorong melambatkan rentak irama denyutan jantung.  Sodium dan potasium saling tolak-menolak antara satu sama lain membentuk satu enititi yang bersaingan.  “Anti-tindas/anti-oppresses” adalah istilah khas yang digunapakai bagi fungsi ini.  Mengikut laporan para pakar, sekiranya badan dapat mencapai keseimbangan sodium dan potasium sahaja, maka badan sudah boleh mencegah lebih dari 80% penyakit kronik.  Chromium boleh mengurangkan kolestrol, mengawal tekanan darah tinggi, mencegah arteriosclerosis, dan memanjangkan usia.

Garam Buluh berfungsi sebagai campuran sebatian

Garam buluh boleh membersihkan darah kerana ia mempunyai elemen kesan yang berfungsi sebagai campuran sebatian.  Tambahan pula, campuran sebatian ini tidak terhad kepada membersihkan darah sahaja.   Fungsi utama garam buluh ialah menyelaraskan tahap kealkalian dan keasidan darah serta mengimbangkan tekanan osmotic.  Ini merupakan satu konsep yang penting.  Badan kita perlu menyiapkan pencernaan makanan, mengedarkan khasiat, melunaskan najis dan sebagainya di dalam proses metabolisma.  Maka pengimbangan alkali dan asid serta tekanan osmotik adalah sangat penting.

Bagaimanapun, keseimbangan asid, alkali dan pengawalan osmo bukanlah sumbangan garam buluh semata-mata.  Ia merupakan hasil dari tindakan gabungan di antara bahan-bahan khasiat, iaitu dengan sodium, potasium, klorin, kalsium dan berbagai elemen lain.

Selain dari itu, garam buluh berupaya menyelaraskan tekanan darah dengan merendahkan tekanan darah yang tinggi untuk mengembalikannya ke paras tekanan asal yang normal.  Pada masa yang sama, garam buluh menyelaraskan cecair gastrik dan kandungan air badan.   Ia boleh menyelaraskan tahap asid yang berlebihan didalam usus dan boleh pula mendorong pengeluaran cecair gastrik pada gastritis yang telah mengecut yang mengalami kekurangan cecair perut.  Ia boleh menyerap kandungan air dan boleh mengubati bengkak akibat dari air yang berlebihan.

Ini adalah hasil dari fungsi tindakan gabungan campuran sebatian beberapa dozen elemen kesan di dalam garam buluh.   Garam buluh juga berkeupayaan luarbiasa iaitu boleh mengeluarkan ion klorid dari tubuh badan.  Ion klorid diambil kira oleh ramai orang sebagai akar umbi tekanan darah tinggi.  Ini sudah tentulah hasil dari tindakan campuran sebatian garam buluh.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *