Garam Buluh Dan Penyakit Berkenaan Usus Dan Perut
Apakah yang termasuk dalam organ pencernaan badan kita?
Secara keseluruhan, sistem pencernaan manusia melibatkan organ-organ seperti mulut, rongga kerongkong, esofagus, perut, jantung, hati, pundi hempedu, pankreas, usus kecil, usus besar dan sebagainya. Semua organ badan merupakan sebahagian saluran daripada sistem pencernaan kecuali pankreas, pundi hempedu dan hati. Saluran pencernaan ini berbelit-belit pada bahagian abdomen, panjangnya adalah 6 kali ganda daripada ketinggian kita. Lain kata, sistem pencernaan bermula pada mulut, masuk ke dalam perut melalui air liur, seterusnya hati, pundi hempedu, pankreas, diserap dan dicerna oleh usus kecil dan usus besar. Masa yang dijangka untuk seluruh proses pencernaan peringkat permulaan adalah 1 – 3 jam. Bagi pencernaan yang sempurna, ia memerlukan agak-agak 1 – 3 hari. Di sini, kita memberitahu satu pengetahuan umum tentang usus. Usus bagi orang timur adalah lebih panjang daripada usus orang barat. Ini menunjukkan bahawa makanan yang dimakan oleh orang timur memerlukan masa yang lebih banyak untuk dicernakan daripada orang barat. Orang timur digelar sebagai haiwan herbivor secara tradisional, ia mengutamakan pemakanan padi-padian dan sayur ; Manakala orang barat merupakan haiwan karnivor yang mengutamakan pemakanan daging. Semua ini mematuhi sifat semulajadi. Tetapi kini, semuanya terbalik. Orang timur memakan daging dengan banyak, bagaimana dapat selamat daripada ancaman?
Usus dan perut merupakan asas badan manusia
Jika kita memerhati semua haiwan yang ada, kita dapati bahawa ada haiwan yang tiada kepala, ada yang tiada tangan dan kaki, tetapi semua haiwan mempunyai usus dan perut. Semua haiwan mempunyai organ yang diperlukan untuk menyerap nutrien ataupun disebut saluran pencernaan. Organ sistem pencernaan yang kuat diperlukan untuk menghasilkan sel-sel yang aktif. Kita tidak dapat hidup tanpa usus dan perut yang membantu mencernakan makanan yang dimakan. Oleh itu, kita menyebut usus dan perut sebagai asas badan manusia. Jika usus dan perut menhadapi masalah, maka kesihatan kita juga akan terganggu. Peringatan : penyakit berkenaan usus dan perut bukan sesuatu perkara yang boleh dianggap temeh.
Mengapa terdapat banyak penyakit berkenaan usus dan perut?
Bermula daripada sistem pencernaan yang tidak baik, sehingga perut lemah berfungsi, usus tidak bertenaga, kekejangan perut, perut buyut, perut membuncit, kesejukan perut, gastritis, enteritis, bisul gastrik, bisul usus, asid gastrik berlebihan, kekurangan asid gastrik, sembelit, kanser perut, kanser usus dan lain-lain, manusia sekarang menghidap penyakit berkenaan usus dan perut yang berlainan.
Mengapa manusia sekarang biasa menghidap penyakit berkenaan usus dan perut ? Terdapat 2 punca utama. Pertama: gaya pemakanan yang tidak berpatutan. Ubat tidak diperlukan jika kita mempunyai gaya pemakanan yang sesuai. Punca utama adalah pemakanan berlebihan. Kedua adalah pemakanan makanan berasid yang banyak. Contohnya makanan yang banyak lemak, makanan peransang, makanan diproses, daging, makanan ringan, makanan yang kekurangan serat. Makanan berasid yang berlebihan menyebabkan asid gastrik berlebihan. Asid gastrik yang berlebihan mengakibatkan kesejukan perut dan kahak terhasil. Usus dan perut menjadi lemah, perut mula membuyut, usus pula terdapat pengumpulan air besar di dalamnya. Jadi, masalah-masalah seperti kelumpuhan sistem saraf perut, kejang perut, sembelit, gastritis, bisul gastrik, kanser perut, bisul usus, kanser usus berlaku.
Garam buluh sebagai agen pencernaan
Manusia sekarang suka makan makanan ringan, makanan diproses, makan berlebihan dan makan dengan tidak berhenti. Oleh itu, masalah sistem pencernaan memang akan wujud. Pelbagai jenis bakteria membiak di dalam usus. Lama- kelamaan, membran perut dan membran usus akan terancam dan mengakibatkan radang dan bisul. Garam buluh dapat meransang rembesan air liur dan lendir perut, membantu sistem pencernaan. Lain kata, garam buluh menyelesaikan masalah usus dan perut berasaskan masalah permulaan iaitu sistem pencernaan yang tidak baik. Dengan ini, garam buluh merupakan makanan pencegah toksik yang sesuai bagi manusia sekarang.
Garam buluh sebagai agen penyingkiran toksik
Proses metabolisme yang tidak normal mengancam kesihatan manusia. Proses metabolisme melibatkan pencernaan dan penyingkiran. Garam buluh sebagai bahan pencernaan yang semulajadi bukan sahaja membantu pencernaan makanan, ia juga menyingkirkan pengumpulan air besar dalam usus dengan daya resapan dan tekanan osmosisnya yang kuat. Selain itu, ia juga memasuki air liur, lendir perut, darah, bendalir limpa, jus hempedu, air kencing dan sebagainya dan menyingkirkan toksik dalam badan (peluh dan kemasinan air kencing). Garam buluh mengorbankan dirinya, membekalkan nutrien kepada sel-sel badan dan menyingkirkan sampah dalam badan. Garam buluh ini merupakan wira kepada proses metabolisme.
Garam buluh sebagai agen penyelesaian masalah radang
Bagi mereka yang baru mencuba garam buluh ini, tindak balas seperti muntah akan berlaku. Ini merupakan fakta nyata bagi adanya kahak dalam badan. Air liur yang mengalami perubahan tidak normal akan menwujudkan kahak. Lama-kelamaan radang akan wujud. Garam buluh dapat menghilangkan kahak sebelum radang terjadi. Selain itu, daya penyahtoksik dan daya pembunuhan virus yang kuat juga membantu memyelesaikan masalah radang. Terutamanya radang dan bisul pada perut dan dinding usus. Ini kerana garam buluh berhubung secara terus dengan sel pipi yang paling atas, jadi ia dapat menonjolkan keberkesanannya terhadap pencegahan radang dengan baik.
Garam buluh sebagai agen pengawet
Masalah radang, bisul, tumbuhan atau kanser boleh dikatakan kereputan sel-sel. Ini disebabkan kekurangan ciri-ciri garam dalam badan. Fungsi garam yang utama adalah bertindak sebagai agen pengawet. Garam buluh merupakan pembekal zat galian dan unsur surih yang unggul. Keadaan yang berasid mengalakkan reputan sel, manakala keadaan yang beralkali dapat membunuh kuman dan virus. Garam buluh yang merupakan makanan beralkali dapat mencegah dan merawat masalah reputan sel badan. Peringatan istimewa: garam laut semulajadi bersifat neutral, garam buluh bersifat alkali.
Garam buluh sebagai agen penyahtoksik
Pada zaman sekarang, semua penyakit adalah disebabkan oleh pengumpulan toksik dalam badan. Penyakit berkenaan usus dan perut juga biasa berlaku. Makanan yang dimakan mengandungi bahan toksik, tidak dapat disingkirkan keluar daripada badan, mengakibatkan pengumpulan toksik dalam badan. Penyakit sakit kepala bersifat lambat yang sering dihidapi oleh manusia zaman moden adalah disebabkan oleh pengumpulan ammonium sulfat dalam organ. Garam buluh mengandungi banyak elemen yang dapat menghilangkan bahan ancaman. Terutamanya germanium dan selenium yang dapat meneutralkan toksik logam berat, menyekat sel-sel kanser dan membersihkan toksik kanser.
Manusia sekarang sering menghadapi masalah ketidaksuaian kandungan nutrien. Kandungan vitamin, serat, garam mineral biasanya berkurangan. Terutamanya kandungan unsure-unsur surih yang tidak seimbang. Banyak penyakit akan terjadi disebabkan kekurangan elemen kecil dalam badan. Pengubahsuaian keseimbangan kimia badan adalah penting. Ini kerana seimbang adalah neutral, neutral pula merupakan nyahtoksik. Peringatan istimewa: Daya penyahtoksik berasal daripada keseimbangan badan, jika keseimbangan badan terganggu maka toksik terjadi.
Garam buluh sebagai agen proses metabolisme
Kerosakan sel-sel badan yang disebabkan oleh radang dan bisul akan berlaku lagi jika ia tidak dapat pulih dengan cepat, walaupun virus dan bakteria telah dibunuhkan terutamanya gastritis dan bisul perut. Selain mempunyai fungsi menghilangkan radang, membunuh bakteria, menyahtoksik dan menyingkirkan toksik badan, ia juga mengandungi ciri-ciri perubatan daripada pokok cemara dan buluh, membolehkan tisu-tisu yang rosak dapat dipulihkan semula dengan cepat. Resin memang satu agen peransang proses metabolisme.
Garam buluh sebagai makanan beralkali
Badan manusia sekarang bersifat asid kerana mengambil makanan yang diproses dan daging dengan banyak. Badan berasid yang lebih serius akan menjadi radang. Radang telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat ini. Garam buluh yang merupakan makanan beralkali dapat memperbaiki badan berasid dengan berkesan dan efektif. Garam buluh tidak akan membawa kesan sampingan dan ciri ini sangat penting bagi merawat sesuatu penyakit.
Penyakit gastrik adalah disebabkan oleh rembesan asid gastrik yang tidak cukup atau rembesan yang terlalu banyak. Garam buluh dianggap lebih berkesan terhadap masalah asid gastrik yang berlebihan sebab ianya bersifat alkali, tetapi sebenarnya tidak.
Garam buluh adalah sumber penghasilan asid gastrik, adalah berkesan untuk penghidap penyakit kekurangan asid gastrik. Garam buluh mengandungi lemak pokok cemara (lendir bagi cemara) yang tiada dalam garam biasa.
Sebaliknya, garam buluh ini tidak sebegitu cepat berkesan bagi pesakit yang asid gastriknya berlebihan. Asid gastrik yang berlebihan disebabkan oleh pemakanan berasid yang terlampau, menyebabkan radang pada sistem saraf dinding perut. Asid gastrik yang berlebihan hanya merupakan satu fenomena sahaja, masalah asalnya adalah gastritis.
Kebanyakan radang bersifat lambat dan memerlukan masa untuk merawatnya. Garam buluh dapat meneutralkan asid gastrik yang berlebihan, menghilangkan gastritis. Sila ambil perhatian, kesannya lambat kerana dibanding dengan kesan terhadap kekurangan asid gastrik. Walaubagaimanapun, didapati hanya garam buluh yang berkesan untuk kedua-duanya.