Pesakit Diabetes Tidak Boleh Mengambil Gula dan Makanan Manis?

Apakah Yang Diperkata Tentang Gula dan Diabetes?

Selama bertahun-tahun, mereka yang mempunyai masalah diabetes telah dilarang untuk mengambil makanan manis yang diperbuat daripada gula ringkas. Kini, pemahaman para penyelidik tentang terapi pemakanan diabetes telah mula berubah selari dengan pengetahuan tentang indeks glisemik (GI).

Indeks glisemik adalah satu ukuran tentang kadar cepat atau lambat metabolisma karbohidrat makanan untuk ditukarkan kepada kepada gula darah di dalam tubuh
.

glisemik-indeks-tablo

Prinsip asas menyatakan bahawa makanan manis akan meningkatkan gula darah dengan cepat berbanding makanan berkanji. Ini memang benar seandainya makanan manis tersebut dimakan secara tunggal dan akan menyebabkan diabetes. Namun begitu, jika makanan manis tersebut dimakan bersama makanan seimbang tinggi serat, peningkatan gula darah dapat diperlahan. Selain serat, ada juga faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi kadar metabolisma gula, contohnya kaedah penyediaan sajian dan juga kandungan lemaknya.

glisemik-indeksi-liste

Adalah benar jika dikatakan jenis karbohidrat yang berbeza akan memberi pengaruh yang berbeza terhadap gula darah. Namun begitu, pakar-pakar memberi pandangan bahawa  fokus utama patut diberikan kepada jumlah keseluruhan karbohidrat yang dimakan berbanding jenisnya. Ini kerana, jumlah karbohidrat yang dimakan mempunyai kesan yang lebih ketara kepada penurunan atau peningkatan gula darah.  

Oleh itu, saranan tentang pengambilan gula untuk mereka yang mempunyai diabetes telah mula 
berubah. Ia telah bertukar daripada mengelakkan pengambilan makanan bergula kepada membenarkan  pengambilannya. Kaedah yang digunakan adalah melalui tukar ganti ke dalam sajian karbohidrat sedia ada.

Melalui kaedah ini, penggunaan gula dalam amaun tertentu adalah dibenarkan dan ia tidak memberi kesan buruk kepada aras gula darah. Walau bagaimanapun, penggunaan gula dalam kuantiti yang berlebihan adalah tidak dibenarkan. Anda disarankan untuk mengekalkan pelan pemakanan sihat anda di samping meneruskan aktiviti fizikal secukupnya.

Follow us:-

c
e
b
malay-ads3-8-orig_5

Leave a Reply