[uap-landing-commission slug=’awareness’]

Apakah Kaitan di antara Diabetes
​dan Hubungan Seks?

Diabetes dan seks adalah saling berkaitan atau berhubungan. Kehidupan seksual seseorang umumnya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti psikologi dan fizik. Mereka yang menderita penyakit tertentu seperti  diabetes  memiliki risiko yang besar dalam menghadapi gangguan kehidupan seksual.

Bagaimanakah Diabetes Dapat Mempengaruhi Kehidupan Seksual Anda?

Kajian mendapati 25% dari semua perempuan dengan diabetes dan 50% lelaki akan mengalami beberapa jenis masalah seksual atau hilangnya ghairah seksual akibat dari masalah kesihatan mereka.

Lelaki

download-15_orig

Diabetes dapat menyebabkan kerosakan sistem saraf dalam beberapa kes, hal ini dikenali sebagai diabetes neuropati.  Ini adalah disebabkan oleh potensi diabetes untuk merosakkan jaringan ereksi untuk membuat ereksi menjadi mustahil untuk dicapai oleh seseorang lelaki.

Hampir 1 daripada 3 orang lelaki yang terkena diabetes mengalami disfungsi ereksi ataupun tidak dapat melakukan ereksi. Selain itu, disfungsi ereksi juga adalah salah satu cara bagi lelaki untuk mengenal pasti adakah mereka mengidap diabetes atau tidak.

Walau bagaimanapun, Dengan pengurusan yang ketat seperti diet, olahraga, ubat-ubatan dan suntikan insulin, masalah seksual kecil biasanya dapat diperbaiki dan masalah disfungsi ereksi juga bole pulih seperti sediakala.

Perempuan

images-6_orig

Bagi wanita dengan diabetes, vaginitis (radang vagina) boleh berlaku terus menerus. Vaginitis disebabkan oleh beberapa faktor yang berbeza termasuk ketidak seimbangan bakteria pada vagina, jangkitan kulat, atau dari iritasi kimia, seperti daripada sabun atau pelembut pakaian.

Hal ini dapat membuat hubungan seksual sangat menyakitkan, dan menyebabkan gatal atau rasa panas. Sistitis juga boleh menjadi punca masalah berkaitan bagi wanita yang mempunyai diabetes.

Selain itu, beberapa bukti menunjukkan bahawa seperti lelaki yang tidak mampu mempertahankan ereksi, klitoris wanita mungkin juga tidak mampu memberi respon terhadap rangsangan. Ini juga akan menjadi punca pada keretakan rumah tangga anda.

Mereka yang Mempunyai Pasangan Hidup

images-7_orig

Masalah mati pucuk bukan tertumpu kepada salah seorang daripada pasangan tidak kira lelaki atau perempuan. Apabila salah seorang dari pasangan anda mengalami masalah ini, ia turut menjadi masalah kepada anda. Walaupun rawatan banyak tertumpu kepada pasangan lelaki, rawatan akan menjadi lebih berkesan sekiranya anda turut melibatkan diri dalam proses rawatan dari peringkat awal lagi.

Penglibatan bersama sebagai satu pasangan mampu mengurangkan stres dan kebimbangan, membantu anda berdua berinteraksi di antara satu sama lain. Bercakap dan berkomunikasi adalah sangat penting kerana perasaan negatif yang disebabkan oleh keadaan mati pucuk yang sukar untuk dibincangkan. Anda berdua perlu banyak bersabar, memahami antara satu sama lain dan berhati-hati dalam usaha untuk menangani masalah ini.

Demi mencapai hubungan yang baik dan intim, berikut adalah beberapa nasihat yang boleh anda ikuti:

  • Apabila rawatan bermula, anda dan pasangan anda mungkin merasa tertekan untuk memulakan hubungan kelamin kembali, terutama jika sudah lama tidak bersama. Anda berdua perlu banyak bersabar dalam tempoh percubaan ini.
  • Wujudkan kembali suasana romantik dan intim sebagai pasangan. Luangkan lebih banyak masa.
  • Banyakkan sentuhan, belaian dan ciuman semasa bercumbuan kerana ini boleh membangkitkan perasaan berahi untuk melakukan hubungan intim bersama.
  • Percaya dan yakin bahawa keadaan mati pucuk boleh dirawat dan diatasi.

Hubungan Seks Bagi Pesakit Kencing Manis 

images-12_orig

Perkahwinan anda sudah sempurna dan saling melengkapi apabila kemahuan zahir dan batin suami isteri di penuhi secara seimbang. Dari semua aspek, keperluan seks sering mempengaruhi keharmonian hubungan lelaki dan wanita. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada pasangan suami isteri yang sihat malah bagi mereka yang menderita penyakit kencing manis (diabetes).

Penyakit kencing manis atau pun diabetes, merupakan penyakit yang boleh dihidapi oleh wanita mahupun lelaki. Ia berlaku akibat daripada hormon insulin tidak dapat berfungsi dengan baik di dalam tubuh badan.

Insulin membantu metabolisme tubuh manusia untuk mengubah glukosa dalam dalam menjadi tenaga untuk digunakan seharian. Glukos dalam darah pesakit kencing manis gagal diubah kepada tenaga sehingga sebahagian daripadanya dibuang menjadi air kencing.

Masalah diabetes menyebabkan pesakitnya tidak mampu untuk melakukan hubungan seks seperti sebelumnya. Masalah ini disebabkan kegagalan seseorang lelaki untuk mengekalkan ereksi atau ketegangan zakarnya. Perkara ini juga disebut mati pucuk.

Pilihan ditangan anda samada ingin membiarkan sahaja penyakit kencing manis anda menjadi penghalang untuk tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan atau  ingin meneruskan kehidupan seks normal anda yang hebat seperti sebelumnya.

4 Amalan Pesakit Diabetes Untuk Menikmati​ Seks Seperti Insan Normal Yang Lain

images-8_orig

1. Amalan Gaya Hidup Sihat
Selain rawatan insulin pesakit kencing manis juga perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupannya. Diet yang dilakukan perlulah seimbang iaitu rendah gula dan karbohidrat dan digantikan dengan sayur-sayuran hijau.
Cara lain menikmati seks yang sempurna ialah dengan melakukan senaman 3-5 kali seminggu. Ini dapat mengurangkan kegemukan badan, melancarkan aliran darah dan dapat mengaktifkan hormon seksual.

images-9_orig

2. Aktif Melatih Fungsi Organ Seksual
Pesakit diabetes perlu melatih organ seksual ataupun zakar dengan lebih teratur. Lakukan senaman stimulasi seksual dengan kerap dan boleh menggunakan pam zakar yang mampu memberikan fungsi seperti sediakala.
Pam zakar ini bukan sahaja sebagai latihan senaman zakar tetapi turut menyediakan cincin untuk anda menegangkan zakar untuk bersetubuh dengan sempurna. Lakukan senaman zakar iaitu dengan mengepam terlebih dahulu zakar anda sebelum bersama pasangan anda.​

images-10_orig

3. Mengambil Ubat atau Herba
Langkah pertama dan paling utama ialah mengambil ubat yang disarankan oleh doktor. Cara yang paling biasa dilakukan ialah dengan menyuntik hormon insulin ke dalam tubuh badan. Pemeriksaan secara teratur oleh doktor mampu merawat masalah menurunnya fungsi organ seksual anda.
Ubat yang berasaskan herba terutama yang terdiri daripada Tongkat Ali dan Ubi Jaga  juga dapat membantu menyelesaikan masalah kencing manis yang boleh menyebabkan mati pucuk.  ​

images-11_orig

4. Elakkan Budaya Tidak Sihat
Elakkan daripada merokok, minum alkohol dan penyalahgunaan dadah. Pengambilan alkohol yang berlebihan akan meningkatkan kadar gula di dalam tubuh badan dan menyebabkan gangguan fungsi seksual bagi pesakit diabetes.
Merokok juga membahayakan pesakit kencing manis kerana didalam sebatang rokok terdapat banyak bahan kimia beracun yang boleh menyebabkan saluran darah tersumbat. Ini akan menyebabkan pelbagai gangguan fungsi seksual seperti mati pucuk, cepat pancut dan kemandulan.

malay-ads3-8-orig_5

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *