Bagaimanakah untuk memakan garam buluh? Cara yang berlainan akan memberi kesan yang berlainan. Setelah penyelidikan, cara-cara yang paling berkesan adalah seperti berikut:

Cara 1 : Meletakkan pada lidah

Meletakan garam buluh pada lidah merupakan cara yang paling baik. Kita boleh meletakkan 3 – 5 biji garam buluh pada lidah, gunakan air liur untuk mencairkan garam buluh lalu menelankannya.

Cara ini tidak dihadkan oleh masa dan tempat, kita boleh makan secara berterusan dari pagi sampai malam mengikut keadaan kesihatan diri-sendiri. Biasanya 30 – 50 kali boleh mencecah sehingga 10g ke atas yang dimakan.

Teori : Keberkesanan air liur yang hebat telah menarik minat ramai orang. Akan tetapi, manusia sekarang telah jauh dari alam semulajadi dan tidak mengenali apa itu air liur. Air liur yang dihasilkan juga berkurangan. Garam buluh dapat menghasilkan air liur yang banyak. Garam buluh dapat meresap ke dalam sel badan melalui air liur. Keberkesanan garam buluh dapat dipersembahkan dengan dalam masa yang paling singkat.

Keberkesanan : ★★★★★(5 Bintang)

Cara 2 : Makan secara selang-seli

Lidah akan menjadi kekang apabila garam buluh diletakkan dengan banyak pada lidah. Meletakkan 10g garam buluh pada lidah setiap hari sangat berkesan tetapi susah untuk diamalkan oleh kebanyakan pesakit. Cara kedua yang dicadangkan iaitu cara meletakkan pada lidah dan cara lain digunakan secara berselang-seli. Kita hanya perlu meletakkan 5g bijian garam buluh pada lidah sahaja, 5g yang lain dimakan dengan cara pemakanan bawang, timun, buah kesmak, sayur-sayuran lain bersamaan serbuk garam buluh ataupun memakan makanan selepas dikacaukan dengan serbuk garam buluh. Ingat : Makan makanan mentah dan kacau secara segar; bukannya makan makanan masak dan dikacau selepas masak. Pemakanan garam buluh harian hendaklah mencapai 10g ke atas.

Perhatian : Cara ini mesti menggunakan serbuk garam buluh 6 atau 9 kali bakar, tidak boleh digantikan oleh serbuk garam buluh 3 kali bakar.

Keberkesanan : ★★★★( 4 Bintang)

Cara 3 : Pemakanan dengan panggangan bawang

Bawang dipanggang dengan menggunakan api arang atau kuali lalu dimakan bersama serbuk garam buluh. Cara ini amat berkesan untuk pesakit kanser perut atau kanser hati.

Keberkesanan : ★★★★(4 Bintang)

Cara 4 : Pemakanan dengan pemasakan sup

Masakkan sup dengan menggunakan halia (75g) + kayu manis (50g) + buah kurma (25g) + air (3 liter). Kemudian, percikkan 15g garam buluh selepas sup menjadi sejuk dan minumkannya. Halia meneutralkan toksik makanan, kayu manis meneutralkan toksik perubatan, manakala buah kurma dapat melakukan kedua-dua fungsi dengan baik.

Keberkesanan : ★★★(3 Bintang)

Cara 5 : Minuman air

Minum larutan garam buluh atau susu, susu kacang, minuman teh yang ditambah dengan garam buluh. Pengambilan garam buluh harian hendaklah mencapai 10g ke atas.

Keberkesanan : ★★★(3 Bintang)