Sinusitis ataupun resdung jika ia dibiarkan ataupun tidak dirawat, radang pada ruang sinus akan merebak sehingga ke seluruh bahagian kepala pesakit  yang menghidapi penyakit ini. Radang ini akan merebak ke bahagian mata yang mengakibatkan kelopak mata sakit dan membengkak. Pandangan akan menjadi kabur dan boleh menyebabkan buta sekiranya ia berada pada tahap yang kronik. Jika anda tidak mencari cara merawat resdung dengan kadar yang segera, radang ini boleh merebak ke selaput otak yang akan mengakibatkan meningitis. Sekiranya resdung ini dibiarkan, ia boleh membawa maut.

Punca-punca Resdung

Resdung sememang akan memberikan anda masalah termasuklah dalam kehidupan seharian yang akan anda jalani. Sebelum kita pergi kepada cara merawat resdung, berikut merupakan faktor atau penyebab terjadinya penyakit resdung:-

1. Struktur hidung

Perkara sebegini jarang berlaku, akan tetapi ia juga boleh menyebabkan terjadinya resdung. Bagi individu yang mempunyai struktur hidung yang kurang normal, risiko untuk mendapat penyakit resdung adalah tinggi. Saluran hidung yang sempit, tumor dan lelangit terbuka, akan membolehkan rongga sinus tertutup. apabila rongga sinus tertutup, mukus pun tidak akan dapat dibuang. Mukus yang tidak boleh dibuang ini akan menyebabkan jangkitan bakteria.

2. Kekurangan air putih

Apabila mukus terperangkap di dalam rongga hidung dalam masa tempoh yang agak lama, kandungan air mukus akan tersejat, dan akan menyebabkan mukus menjadi semakin pekat. Jika ianya  semakin pekat, gejala resdung akan bertambah lebih buruk. Oleh sebab itu, ada disyarankan meminum banyak air terutamanya air putih kerana jika anda banyak mengambil air putih, kelembapan yang semulajadi dalam rongga hidung dan sinus, akan dapat dikawal.

3. Udara yang tercemar dan alahan

Antara faktor lain yang menyebabkan terjadinya penyakit resdung adalah udara yang kita hirup sepanjang hari. Jika anda menghirup udara yg kurang bersih, ia juga akan menyebabkan keradangan, dan akan terjadinya resdung. Selain tu, bahan kimia dalam perfume turut menyebabkan penyakit resdung bagi sesetengah individu. Individu yang mempunyai masalah alahan ini lebih cenderung untuk diserang penyakit resdung berbanding dengan orang yang normal.

4. Asap rokok

Asap rokok turut menyumbangkan kepada penyebab masalah resdung. Asap rokok ini boleh meningkatkan risiko jangkitan di dinding sinus. Jika anda merupakan inividu yang menghisap rokok, seeloknya anda menjauhkan asap rokok tersebut kepada anak-anak kecil mahupun individu yang dekat dengan anda. Asap rokok bukan sahaja boleh menyebabkan resdung, tetapi ia juga boleh akan menyebabkan kepada masalah-masalah kesihatan yang lain.

5. Jangkitan kulat

Jangkitan yang disebabkan kulat ini merupakan punca resdung yg jarang berlaku. Akan tetapi ia akan menyerang individu yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah.  Apabila sistem imunisasi diri lemah, kulat boleh hidup dan membesar, lebih-lebih lagi di kawasan yang gelap dan lembap seperti rongga hidung.

6. Klorin

Klorin yang tinggi dalam kolam renang boleh mengganggu lapisan hidung dan dinding sinus. Apatah lagi jika anda menyelam. Tekanan air yang tinggi, akan menyebabkan air masuk sampai rongga sinus. Klorin yg tinggi ini akan menyebabkan keradangan pada tisu-tisu dinding sinus.

7. Bakteria dan virus

Kadang kala sesetengah individu akan menghadapi selsema dalam tempoh yang agak lama. Kemungkinan besar bakteria yang menyebabkan resdung ini berlaku. Ia mungkin disebabkan bakteria jenis streptococcus Pneumonia atau Haemophilus Influenza yang membuat anda menghadapi masalah resdung.

Cara merawat resdung

Terdapat beberapa cara merawat resdung yang boleh anda pertimbangkan. ia bagi memastikan tahap resdung anda tidak berada pada tahap yang kronik yang mungkin akan menyebabkan maut. Berikut merupakan cara merawat resdung pada masa kini yang boleh anda gunakan:-

1. Pengambilan antibiotik

Kebanyakan kes sinusitis disebabkan oleh virus ia diselesaikan tanpa antibiotik. Namun, jika gejala ini tidak diselesaikan dalam tempoh 10 hari, amoksisilin adalah antibiotik yang boleh digunakan untuk merawat. Fluoroquinolones, dan antibiotik makrolida yang lebih baru seperti clarithromycin atau tetracycline seperti doxycycline, digunakan pada mereka yang mempunyai alahan teruk untuk penisilin. Ia merupakan cara merawat resdung yang boleh anda dapatkan di farmasi atau hospital yang berdekatan dengan rumah anda.

2. Kortikosteroid

Untuk sinusitis akut, kortikosteroid intranasal boleh juga digunakan untuk merawat penyakit resdung. Ia merupakan satu cara merawat resdung yang kurang efektif tetapi masih lagi boleh digunakan untuk mencegah. Spray kortikosteroid boleh membantu dalam kes-kes yang berulang, tetapi ini memerlukan pengawasan preskripsi dan perubatan.

3. Pembedahan

Isu struktur, seperti septum yang menyimpang, mungkin memerlukan pembedahan. Pembedahan juga boleh dinasihatkan jika terdapat polip, atau jika sinusitis telah menjadi lebih teruk dan semua rawatan lain tidak mampu untuk mengatasinya. Jika septum yang menyimpang menyebabkan jangkitan berulang, sebagai contoh, septoplasti akan digunakan untuk meluruskan tulang dan tulang rawan ini. Rawatan masih mungkin diperlukan selepas pembedahan untuk mengelakkan penyakit sinusitis atau resdung ini kembali.

petua tradisional Cara merawat resdung  

Rawatan-rawatan yang telah dinyatakan diatas, mungkin segelintir individu agak kurang mampu untuk mendapatkan rawatan tersebut. Tidak mengapa, disini kami menyediakan beberapa cara merawat resdung menggunakan kaedah tradisonal ataupun satu cara yang boleh anda lakukan dirumah. Berikut merupakan cara merawat resdung menggunakan kaedah tradisional:-

tanda-tanda resdung

Cuka Epal dan Madu

Cara merawat resdung adalah dengan mengamalkan pengambilan cuka epal dan madu. Ambil tiga sudu cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.

Kunyit dan Halia

Kunyit mempunyai sifat anti-inflamasi semulajadi dan antioksidan. Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mencairkan mukus pada hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus. Cara merawat resdung ini mempunyai kesan positif lain iaitu halia, yang bertindak menenangkan perut anda.

Limau Nipis dan Daun Pandan

Cara merawat resdung yang seterusnya ialah menggunakan campuran limau nipis dan daun pandan. Caranya, sediakan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan. Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sehingga tinggal air sahaja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Setelah selesai anda boleh cuci wajah dengan air biasa.

Lidah Buaya

Lidah buaya juga merupakan cara merawat resdung yang berkesan. Ia boleh digunakan untuk mengubati resdung kerana ia mengandungi sifat antiseptik. Cara menggunakan lidah buaya ini adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung anda. Untuk kesan yang lebih baik, minum rebusan lidah buaya ini.

Tuam Tuala Pada Muka Dengan Air Panas

Cara lain yang anda boleh amalkan adalah dengan menuam tuala di bahagian pipi dengan air panas atau air suam tersebut. Panaskan air, sehingga mendidih dan tuamkan tuala di bahagian muka anda. Cara ini dapat membantu mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung. Ia merupakan cara merawat resdung yang sememangnya anda boleh lakukan dirumah.

Sedut Wap Air Panas

Cara merawat resdung yang seterusnya ialah dengan sedut wap air panas. Caranya adalah rebus air mengikut saiz bekas anda, lalu campurkan dengan air garam buluh sehingga mendidih. Letakkan kepala anda 30cm di atas air, lalu sedut wap tersebut. Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh menutup kepala dengan tuala yang menutup wap air panas. Lakukan selama 15 minit sebanyak tiga kali dalam sehari sehingga resdung reda.

images (23)

Hidrasi

Minum banyak air mineral. Cecair ini akan bekerja membantu mendorong lendir keluar. Elakkan minum alkohol, kafein, minuman manis, dan jangan merokok. Sekiranya anda masih berdegil, ia boleh menyebabkan lendir semakin menebal dan saluran pernafasan semakin tersumbat sehingga mencetuskan keradangan yang lebih teruk. Ia merupakan cara merawat resdung yang mudah untuk dilakukan.

Pengambilan garam buluh

Garam buluh merupakan satu cara merawat resdung yang efektif. Khasiat yang terkandung didalam garam buluh ini, tidak dapat disangkal lagi. Ia merupakan makanan tambahan yang mampu mengatasi masalah resdung anda. Bukan itu sahaja, garam buluh ini juga dapat membantu anda dalam mengatasi penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Oleh itu, anda seharusnya peka dengan tahap kesihatan anda terutamanya yang membabaitkan masalah resdung ini. Pilih cara merawat resdung yang bersesuaian dengan anda dan harga yang berpatutan dengan ekonomi pada masa kini. Kesihatan anda merupakan satu kewajipan yang perlu anda jaga dengan betul.