Bagaimana Cara Mencegah Kencing Manis Dengan Berkesan?

cara mencegah kencing manis

Pencegahan diabetes telah dibincang oleh pakar-pakar di seluruh dunia dari zaman-berzaman. Tindakan kawalan dan pelbagai cara mencegah kencing manis walaupun dimulakan dan membelanjakan berbilion USD, namun bilangan penghidap diabetes di seluruh dunia kian bertambah.

Penyakit diabetes tidak mengenal usia, jantina, status seseorang, bangsa dan agama, semua mempunyai risiko jika mereka mempunyai ciri-ciri yang disebutkan dalam bab-bab sebelumnya. Diabetes datang secara senyap sehingga kita pun tidak menyedarinya.

Usaha Pencegahan dan Rawatan Masa Kini

Setakat ini para doktor mengatakan penyakit ini sukar untuk disembuhkan dan pesakit harus menerima hakikat. Di Amerika Syarikat, ramai juga doktor yang mengusahakan pendekatan mengawal pemakanan dan senaman sebagai terapi untuk merawat pesakit. Mereka mengadakan klinik yang menekankan aspek terapi diet dan pesakit mengambil diet tersebut semasa klinik itu dijalankan. Ada yang dapat menurunkan berat badan dan mendapat keizinan doktor untuk mengurangkan dos ubat-ubatan. Dianggarkan 2o% daripada mereka yang berumur lebih. daripada 3o tahun ke atas berada dalam kumpulan ini. “

Penyelidikan tentang ubat-ubatan diteruskan dan syarikat farmasi gergasi dunia juga tidak menang tangan untuk membuat penyelidikan bagi menghasilkan ubat-ubatan yang berkesan (kimia atau herba) bagi merawat pesakit diabetes.

Syarikat-syarikat juga berlumba¬lumba menghasilkan peralatan berkaitan dengan pengurusan penyakit diabetes termasuk suntikan insulin secara automatik.

Di peringkat perubatan pula, para doktor membuat kajian dan mencadangkan pelbagai kaedah seperti:-

  • Pembedahan urat kaki yang tersumbat.
  • Pembedahan pankreas.
  • Islet cell transplant.
  • Perawatan stem cell.
  • Menghasilkan pankreas tiruan dan lain-lain untuk menyelamatkan pesakit.

Begitulah betapa hebatnya pembangunan dan penyelidikan di peringkat dunia dalam menangani penyakit diabetes. Namun begitu, jangan lupa pengawalan dan pemantauan seperti yang diceritakan dalam bab-bab sebelumnya adalah baik untuk terus diamalkan. Dengan amalan gaya hidup sihat, kita akan dapat mencegah penyakit diabetes ini daripada terus membunuh generasi kita secara senyap.

Bilangan Pesakit Bertambah Walaupun Usaha Pencegahan Dilakukan

Di Malaysia, mereka yang sedang berada dalam kategori pradiabetes amat ramai sekali. Dianggarkan 20% daripada mereka yang berumur lebih daripada 3o tahun ke atas berada dalam kumpulan ini. Jika penghidap diabetes dan pradiabetes dicampurkan, Malaysia mempunyai 40%, iaitu satu daripada tiga orang menjadi penghidap diabetes.

Angka ini sangat menggerunkan kerana melibatkan penduduk yang aktif ekonomi dan memberi tekanan kepada kerajaan dalam menguruskan kos rawatan di hospital dan klinik kelolaan kerajaan atau swasta di masa depan.

Dalam perkembangan yang lain, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan clinical audit mengenai sasaran tertentu mengenai diabetes pada tahun 2011.

Penekanan kepada Aspek Pemakanan

Gaya hidup di Malaysia sudah banyak berubah. Kedai makan tumbuh bagai cendawan dan dibuka hingga awal pagi. Kedai makanan segera juga begitu. Pemakanan sihat diabaikan. Pihak berwajib tidak dapat mengawal kehendak selera penduduk dan kurang menjayakan usaha memberi label yang sempurna terhadap makanan dan minuman dari segi kandungan terperinci dan kalori  yang dijual di pasaran.

Tindakan kerajaan

Kami merasakan aspek pemakanan hendaklah diwar-warkan secara agresif oleh pihak berwajib. Pastikan Akta Pemakanan mempunyai aspek terperinci mengenai kalori clan kandungan terperinci dan bukan ala kadar sahaja. Pihak pengeluar makanan dan minuman, dan para pekedai makanan hendaklah mematuhinya.

Kursus-kursus mengenai perkara ini hendaklah diperhebat. Makanan dan minuman yang tidak sihat ditempatkan di rak khas. Restoran makanan dan pasar malam hendaklah dipantau.

Pakar diet hendaklah mempertingkatkan lagi usaha dalam memberi kefahaman mengenai makanan dan minuman. Iklankan jenis dan sukatan makanan yang baik dan mematuhi piawaian kepada orang awam.

Contoh maklumat tentang makanan dan minuman serta kalorinya hendaklah diterangkan kepada orang awam melalui kempen di media elektronik, pameran, dialog dan lain-lain lagi.

Perubahan budaya pemakanan

cara mencegah kencing manis

Sarapan popular di Malaysia ialah nasi lemak. Tetapi nasi lemak ini mempunyai minyak, lemak dan kalori yang tinggi. Mungkin cara penyediaan nasi lemak perlu diubah suai. Misalnya,

  • Ikan bilis dibakar (bukan digoreng),
  • Kacang tanah dibakar atau dipanggang.
  • Nasi dimasukkan santan cair dan susu rendah lemak.
  • Kangkung dicelur.
  • Telur direbus atau dikukus.
  • Lauk-pauk iringan yang lain dihadkan penggunaan minyak dan santan.

Dengan kaedah yang telah diubah suai ini, sumber kalori akan berkurangan kerana penggunaan minyak telah dapat dikurangkan.

Selain itu, makanan tradisional dan makanan harian rakyat Malaysia hendaklah dipantau. Majlis perkahwinan kini menyajikan pelbagai makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi minyak, ayam goreng, gulai daging, buah-buahan, pelbagai kuih manis, bubur kacang, cendol, aiskrim yang sangat jelas mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Usaha dan Cara Mencegah Kencing Manis

Tabiat orang kita ialah ingin merasa semua makanan dan minuman yang dihidangkan. Mereka tidak sedar bahawa makanan yang diambil memudaratkan kesihatan.

Budaya makan banyak

cara mencegah kencing manis

Budaya makan melebihi had hendaklah diubah. Apa yang perlu dikawal ialah sukatannya agar tidak melebihi kalori yang diperlukan.

Mungkin pinggan atau bekas makanan di majlis tersebut dikecilkan mengikut sukatan bagi mengelakkan tetamu makan berlebihan atau dibanyakkan kiosk makanan yang mempunyai menu berlainan yang mengambil kira jenis makanan, minuman, dan sukatan mengikut amalan pemakanan sihat. Ini bermakna, sesiapa yang ingin makan menu A, dia beratur di kiosk A dan sebagainya. Ini dapat mengurangkan kecenderungan tetamu yang ingin makan semua jenis makanan yang disediakan.

Iklan pemakanan sihat hendaklah dibuat sepanjang masa hingga menjadi budaya tempatan. Pendidikan berterusan hendaklah diberi kepada orang awam melalui iklan, video, ceramah clan pelbagai aktiviti. Pihak kerajaan pula boleh mengeluarkan pekeliling khas mengenai pemakanan ini kepada semua rakyat.

Jika 1.1 juta anggota perkhidmatan awam memahaminya dan bertindak secara positif, keadaan ini mungkin akan berubah ke arah kebaikan.

Peranan kantin

Buat permulaan, kantin sekolah dan kantin institusi kerajaan hendaklah menyajikan makanan sihat dan pihak berwajib hendaklah memantau pelaksanaannya. Pada pemerhatian saya, kantin di hospital pun tidak menyajikan makanan sihat.

Justeru, pengusaha kantin hendaklah diberi pendedahan mengenai makanan sihat dan sementara pengunjungnya juga hendaklah didedahkan dengan aspek pemakanan yang sihat. Ini bermakna sasaran kempen hendaklah ditujukan kepada orang awam.

Mengenai pemasaran makanan dan minuman di pasar malam atau pasar minggu (satu tradisi Malaysia), penyediaan makanan yang menggunakan minyak untuk menggoreng hendaklah dihadkan.

Walaupun masyarakat Malaysia tidak boleh disekat apa yang mereka mahu makan, tetapi pilihan terbaik hendaklah disediakan. Bagi mereka yang mengetahui apa itu makanan sihat dan yakin makanan sihat dapat membantu kesihatan mereka, itu tidak menjadi masalah.

Tetapi yang majoriti itulah terdiri daripada kumpulan yang tidak peka tentang dan gagal bertindak. Justeru, pendidikan berterusan hendaklah diberikan terutama di sekolah-sekolah, universiti, pejabat kerajaan dan orang awam.

Pihak kerajaan telah mengeluarkan panduan penyajian hidangan sihat sebagai panduan untuk digunakan apabila mengadakan mesyuarat, persidangan, seminar, kenduri, dan lain-lain lagi.

Namun, pemantauan terhadap pelaksanaannya agak sederhana. Pakar nutrisi dan dietitian mempunyai tugas mencabar untuk menukar makanan tidak sihat kepada makanan sihat melalui cara masakan dan bahan-bahan mentah yang tidak memudaratkan kesihatan.

Intervensi diperlukan bagi menyelamatkan orang awam daripada terus makan makanan yang merosakkan mereka dalam jangka masa panjang terutama bagi penghidap diabetes.

Manakala chef-chef dan selebriti tempatan hendaklah memainkan peranannya dalam memberi promosi makanan sihat dan mencegah diabetes serta makanan khas untuk pesakit diabetes.

Penekanan kepada Aspek Senaman

Malaysia mempunyai banyak taman menghijau yang boleh dijadikan tempat bersenam. Walaupun begitu, hanya 23% rakyatnya yang bersenam berbanding dengan negara lain.

Mereka kekurangan masa. Pagi-pagi sudah pergi kerja dan batik lewat petang. Menghabiskan masa dalam kesesakan jalan raya amat merugikan masa. Badan sudah letih dan tidak sempat bersenam. Dalam jangka masa panjang, mereka menghadapi risiko sakit jantung, gemuk, obes dan lain-lain lagi.

Perbualan saya dengan ramai pegawai kerajaan masa kini telah memberi gambaran bahawa mereka kurang bersenam kerana kesuntukan masa. Hanya yang benar-benar komited dapat bersenam setiap hari.

Bagi taman awam yang mempunyai trek untuk berjalan kaki disyor menyediakan papan tanda yang menunjukkan jarak sesuatu laluan. lni boleh menyenangkan pengguna yang ingin mengetahui berapa jauh mereka telah berjalan.

Sudah cukupkah 10 000 langkah?

10 000 langkah ialah syor Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati rakyat Malaysia supaya berjalan dalam satu hari.

BERAPA ORANG RAKYAT MALAYSIA YANG MEMENUHI CABARAN INI?

Jika berjalan 10 000 langkah diperlukan dalam sehari, saya mencadangkan agar digalakkan warga Malaysia berjalan kaki. Pihak berkuasa menyediakan laluan pejalan kaki yang selamat sama ada terbuka atau beratap seperti yang dibina di Hentian Putra ke LRT PWTC, KLCC ke Pavilion (di Kuala Lumpur) dan di tempat-tempat lain. Mengikut ahli podiatrist, secara am, seseorang melangkah antara 5 000-7 000 langkah setiap hari.

lnfrastruktur sebegini dapat menggalakkan rakyat Malaysia bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa menggunakan kenderaan. lni bukan sahaja menggalakkan warga sihat tetapi mengurangkan pembakaran petrol dan menurunkan kadar karbon di bandar-bandar. Dengan berjalan sahaja, seseorang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan berat badan. Justeru, aktiviti berjalan boleh mencegah diabetes daripada terus menyerangnya.

Perkembangan gimnasium swasta juga kian bertambah di bandar-bandar besar. Ini ialah trend orang bandar yang tidak dapat bersenam di siang hari dan mereka menggunakan waktu malam untuk bersenam. Tetapi, aktiviti

ini berbayar. Bukan semua yang sanggup membayarnya. Walau bagaimanapun, ini merupakan pilihan yang balk untuk bersenam. Aktiviti bermain boling walaupun tidak banyak mengeluarkan peluh, tetapi jika dilakukan dengan kawan¬kawan atau keluarga, aktiviti tersebut boleh mengurangkan stres yang dihadapi. Secara tidak langsung, boleh meningkatkan pengeluaran hormon “happy”.

Bagi mereka yang kurang mampu menjalankan aktiviti luaran, mereka boleh melakukan senaman lain di rumah.

Penekanan kepada Aspek Ubat-ubatan

Ramai penghidap diabetes tidak mengambil ubat dengan betul. Jika arahan agar makan dua tablet, tetapi dia hanya mengambil satu sahaja tanpa memaklumkan doktornya.

Ada pesakit yang menggunakan insulin, tidak mengetahui cara menyuntik insulin dan tempat suntikan. Hasilnya insulin yang disuntik tidak dapat bertindak balas sepenuhnya.

Ada juga pesakit yang tidakyakin dengan ubat klinik kerajaan dan sanggup membeli di farmasi swasta. Dengan cara ini, dia bukan sahaja sanggup berbelanja lebih tetapi kesihatan dia tidak dapat dipantau oleh pihak hospital. Apabila wujud komplikasi, barulah pergi ke hospital dan ketika ini sudah terlambat. Diabetes menyerang tanpa mengenal batasan.

Ada juga pesakit yang sanggup membeli makanan tambahan beratus-ratus ringgit sebulan kerana tidak mahu makan ubat hospital. Akhirnya, dia tertewas juga kerana dia tidak menjaga makan dan sukatan serta tidak aktif bersenam.

Oleh itu, pesakit diabetes hendaklah peka kepada jenis ubat, bila perlu diambil, bagaimana dan di mana perlu menyimpan ubat-ubatan itu agar selamat dimakan atau disuntik. Ikutlah arahan doktor.

Bagi ubat-ubatan alternative seperti herba, pihak kementerian kesihatan hendaklah mengorak langkah yang lebih efektif agar herba Malaysia dapat digunakan sebagai ubat mencegah dan merawat diabetes pada masa depan.

Jika anda ingin membeli herba di pasaran, pastikan mempunyai pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengesahan halal oleh pihak berkuasa.

Penekanan kepada Pengurangan Stres

Apabila seseorang tidak gembira mengenai sesuatu, dia akan mengalami stres. Misalnya apabila dia sakit, kena marah, kemalangan fizikal, tidak mendapat kenaikan pangkat, kematian orang yang disayangi, kena buang kerja atau menganggur, dia akan mengalami stres. Stres juga jika tidak ditangani dengan bijak akan mengakibatkan penderitaan yang parah kelak.

Badan seseorang akan memberi respons yang berbeza kepada jenis-jenis stres ini. Badan akan mengeluarkan hormon stres dan akan melonjakkan paras glukosa dalam darah dengan menggalakkan pengeluaran glukosa daripada hati. lni membuatkan insulin terpaksa bekerja keras dan boleh menyebabkan badan menjadi anti-insulin. Ini bermakna badan anda memerlukan banyak lagi insulin untuk mengatasi insulin ‘resistant’ itu.

Satu lagi sebab mengapa glukosa naik adalah apabila seseorang itu mengalami stres, anda akan makan lebih dan kurang bersenam. Jika stres anda tidak berkesudahan, dapatkan pertolongan melalui kaunseling atau mengambil ubat-ubatan seperti menambahkan dos ubat diabetes atau insulin. Untuk menguruskan dan menghilangkan stres bukanlah perkara mudah begitu juga untuk mencegah dan mengawal diabetes.

Pertama, anda hendaklah memahami apa punca stres itu.

  • Jika puncanya kerana sakit lutut, anda perlu mendapatkan rawatan sakit lutut sehingga sembuh.
  • Jika berkaitan dengan kerja, mungkin boleh pertimbangkan untuk berpindah atau tukar kerja.
  • Jika gaya hidup merupakan punca, dapatkan nasihat daripada teman rapat atau profesional kaunselor bagi mengatasinya.

Penekanan kepada Berhenti Merokok

Merokok adalah antara punca timbulnya berbagai-bagai penyakit. Jika anda menghidap diabetes dan berniat untuk meneruskan amalan merokok, anda bakal mengundang pelbagai masalah.

Merokok dan mempunyai diabetes ialah kombinasi yang tidak bagus. Menurut doktor, mereka yang memerlukan insulin bagi mengawal diabetes menghadapi kesukaran untuk mengekalkan paras glukosa darah kepada paras normal.

Merokok mengubah peredaran darah di bawah paras kulit menyebabkan terdapat atau berlaku variasi dalam penyerapan insulin

Ini menyebabkan paras glukosa darah menjadi tidak stabil atau “unpredictable” bagi keseluruhan hari.

Merokok juga menyebabkan pertambahan paras kolesterol dan glukosa darah yang akhirnya akan merosakkan buah pinggang. Risiko ini akan menurun jika perokok berhenti merokok. Jika anda berjaya menurunkan HbA1c daripada 9% kepada 7%, tidak memberi makna yang besar selagi anda masih merokok kerana risiko merokok ini sangat tinggi kepada pesakit diabetes yang merokok.

Memang sukar untuk berhenti merokok. Tetapi, anda hendaklah mempunyai azam dan disiplin yang tinggi untuk tujuan ini. Dapatkan pertolongan doktor untuk rawatan

Pesakit diabetes yang merokok berkemungkinan tinggi mendapat kerosakan saraf (neuropathy) dan kerosakan mata (retinopathy).

Penekanan kepada Aspek Pengurusan Pengurusan Oleh Pesakit

Aspek pemakanan, senaman dan ubat-ubatan merupakan komponen penting dalam memerangi diabetes bagi pesakit diabetes.

Bagi mereka yang pradiabetes, mereka boleh mengutamakan aspek pemakanan dan senaman sebagai terapi awal dalam mengawal diabetesBagi yang sudah mendapat diabetes, perlu ditambah dengan ubat-ubatan. 

Kalau sebelum menghidap diabetes, anda tidak perlu berfikir panjang tentang makanan, senaman atau makan ubat kerana pada masa itu sistem endokrin anda sihat. Semuanya bertindak secara automatik.

Sebagai contoh, jika paras glukosa meningkat melebihi paras normal, pankreas akan mengeluarkan insulin secukupnya. Tetapi apabila anda telah menghidap diabetes, pankreas tidak lagi mampu bertindak secara automatik mengeluarkan jumlah insulin yang secukupnya.

Pengurusan daripada Kementerian

Dalam usaha pencegahan penyakit diabetes ini, input daripada pihak kerajaan dan agensi yang berkaitan amat penting. Pihak kerajaan melalui pelbagai kementerian dan jabatan serta agensi-agensinya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyedarkan orang awam tentang kesihatan, diabetes dan komplikasi, serta berusaha untuk menurunkan kadar penghidap diabetes dan membantu dalam proses pemulihan.

Kementerian Kesihatan Malaysia boleh menjadi ketua dan disokong oleh kementerian yang lain dari segi pelaksanaan sesuatu program kesihatan di kementerian masing-masing.

cara mencegah kencing manis

Setiap jabatan hendaklah memantau secara agresif Body Mass Index (BMI) setiap staf agar sentiasa berada di tahap yang unggul bagi mencegah kegemukan dan obes yang sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit termasuk:

  • Diabetes.
  • Kardiovaskular.
  • Hipertensi.

Pihak kerajaan mempunyai banyak somber tetapi koordinasi dan penyelarasan antara kementerian dan jabatan dalam menyedarkan orang awam tentang diabetes belum mendatangkan impak yang besar berbanding program yang lain.

Kerajaan hendaklah menurunkan harga peralatan (dan memberi subsidi) untuk pesakit diabetes agar tidak membebankan mereka. lni termasuk peralatan

penyukat glukosa darah, jarum suntikan insulin, strip ujian darah, kasut dan kasut khas, kanta mata, kaki palsu, ubat-ubatan (di kedai farmasi), kerusi roda, peranti fisioterapi dan senaman.

Sehingga hari ini, insulin dan ubat-ubatan dibekalkan secara percuma di hospital kerajaan. Malah ubat-ubatan boleh dipesan melalui Pos Laju bagi mereka yang tidak dapat ke hospital.

Pesakit perlu mematuhi temujanji doktor agar pemantauan dan bekalan ubat-ubatan berterusan.

Saya percaya dengan tindakan positif daripada pemimpin dalam menangani isu kesihatan di negara ini serta disertai dengan sokongan rakyat jelata, kesihatan rakyat akan dapat dipertingkatkan.

Jika anda perlu bantuan saya untuk mengatasi kencing manis seawal 7 hari

Follow Us:-

Leave a Reply