Cara Kawal Kencing Manis Holistik

cara kawal kencing manis

Panduan Mengawal Diabetes

Dalam bab ini saya akan ceritakan betapa penting pesakit diabetes mengawal penyakit ini dan juga cara kawal kencing manis anda. Jika pesakit tidak mengawalnya, sudah tentu komplikasi yang saya ceritakan dalam bab sebelumnya tidak akan dapat disekat atau diperlahankan. Diabetes tidak mengenal belas kasihan. Diabetes akan terus memusnahkan saraf. Bertindaklah terhadap sebab yang mencetuskannya.

Diabetes Jenis 1 (T1DM)

Mereka hendakiah mengambil suntikan insulin. lni bermakna pendekatan ubat-ubatan diberi keutamaan.

Diabetes Jenis 2 (T2DM)

Pendekatan boleh dilakukan melalui kawalan pemakanan, senaman dan terakhir ialah ubat-ubatan.

Tiga Cara Kawal Kencing Manis 

Langkah atau senarai semak adalah seperti:

  • Kawal glukosa darah.
  • Kawal kolesterol.
  • Kawal tekanan darah.

Untuk mengawal ketiga-tiga perkara tersebut, pesakit hendaklah mengawal makan mereka supaya sentiasa mendapat makanan seimbang, melakukan senaman 30 minit sehari, 3 kali seminggu tetapi jika lebih kerap lagi balk. Pesakit dinasihatkan mengelakkan stres berpanjangan, berhenti merokok dan mengambil ubat¬ubatan mengikut arahan doktor.

Apabila anda berjumpa doktor (ikut janji temu), jika berpeluang, ceritakan keadaan anda. Apa yang anda makan, sukatan makanan, adakah anda bersenam dan tempoh bersenam, minta doktor periksa

kaki anda agar dapat mengetahui tentang saraf dan kesihatan bahagian bawah betis dan kaki (lower limb).

HbA1c

cara kawal kencing manis

Dalam darah kita, terdapat sel¬sel darah merah yang dipanggil hemoglobin. Apabila glukosa yang berada dalam darah melekat dengan hemoglobin dan menghasilkan molekul “glycosyted haemoglobin” yang dipanggil Haemoglobin A1C atau HbA1c. Sel-sel darah ini hidup selama 8-12 minggu sebelum diganti dengan yang baharu. Dengan mengukur HbAlc, anda dapat mengetahui tahap glukosa darah pada masa 8-12 minggu (3-4 bulan) yang lalu.

Justeru, HbA1c ialah ujian darah untuk mengetahui glukosa dalam darah 3-4 bulan yang lalu (dari tarikh ujian). lni ialah purata 3-4 bulan glukosa dalam darah dan tidak boleh dipengaruhi oleh saringan harian. Berbeza dengan paras glukosa darah yang diambil setiap hari. Hal ini demikian kerana paras glukosa dalam darah berubah (naik – turun) setiap minit, setiap jam dan setiap hari bergantung pada makanan dan aktiviti fizikal anda.

Oleh sebab bacaan purata 3-4 bulan mengenai glukosa darah, maka ini dapat membantu anda mengetahui sama ada anda berjaya mengawal paras glukosa atau sebaliknya. Pesakit diabetes hendaklah sentiasa mengambil ujian ini setiap 3-4 bulan bagi tujuan membuat penambahbaikan terhadap kawalan glukosak

Jika paras glukosa sudah stabil (mencapai sasaran), maka bolehlah dikurangkan ujian kepada 6 bulan sekali.

Untuk ujian ini, pesakit dikehendaki berpuasa pada malamnya dan keesokan hari darahnya diambil dan diuji di makmal. Keputusan HbAlc ini akan memberi petunjuk setakat mana pesakit mengawal kandungan glukosa darah darahnya sejak

3-4 bulan sebelum ujian diambil. Kawalan yang dimaksudkan ialah mengawal makan, melakukan senaman dan mengambil ubat seperti diarah oleh doctor. Perlu diingatkan, banyak kajian telah menunjukkan bahawa jika dalam kalangan penghidap T2DM dapat mengurangkan 1% pada bacaan HbA1c, ia telah:

  • Mengurangkan kemungkinan mendapat katarak (penyakit mata) sebanyak 19%.
  • Dapat mengurangkan kemungkinan penyakit jantung sebanyak 15%.
  • Dapat mengurangkan kemungkinan amputasi sebanyak 43%.

Oleh itu, berusahalah bagi mendapatkan HbA1c yang disasarkan iaitu <6.5 %

BACAAN HBA1C

  • Jika HbA1c di bawah 6%, anda bukan penghidap diabetes.
  • Jika bacaan 6.o%-6.4%, anda berada dalam kumpulan pradiabetes.
  • Jika bacaan >6.5%, anda ialah penghidap diabetes (T2DM).
  • Jika bacaan HbAlc sentiasa >7%, kemungkinan risiko anda mendapat penyakit mata (seperti katarak, glukoma), penyakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit saraf atau strok adalah tinggi.

Sasaran Kawalan

Untuk mengawal tekanan darah, glukosa darah dan kolesterol, perlu ada sasaran atau matlamat tertentu. Kementerian Kesihatan Malaysia (2009) telah menetapkan sasaran kawalan dan diringkaskan seperti berikut:

Bagi mencapai sasaran kawalan, pesakit diabetes hendaklah mempunyai disiplin diri yang tinggi untuk mengawal keempat-empat aspek (yang hendak dipantau itu) agar sentiasa dalam julat yang diizinkan.

KAWALAN GLYCEMIC

Berpuasa 4.4-6.1 mmol/L
Tidak Berpuasa 4.4-8.0 mmol/L
HbA1c <6.5 %

LIPIDS (LEMAK)

Trigliserida <1.7mmol/L
kolesterol HDL >1.1 mmol/L
kolesterol LDL <2.6 mmol/L
Senaman 150 minit/ seminggu

TEKANAN DARAH

Normal <125/75 mmHg
Pesakit yang mempunyai masalah ginjal <125/75 mmHg

Bagi mencapai sasaran kawalan, pesakit diabetes hendaklah mempunyai disiplin diri yang tinggi untuk mengawal keempat-empat aspek (yang hendak dipantau itu) agar sentiasa dalam julat yang diizinkan.

Kawalan Glukosa

Mengenai glukosa darah, hendaklah di bawah paras <8mmoIlL (random). Jika dapat 7.0 mmolit lagi bagus. Mengenai sasaran Hb1Ac, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan sasaran

6.5% dan ke bawah. Tetapi kini perkembangan semasa di negara lain telah menetapkan sebanyak <7%.

Ini bermakna terdapat sedikit kelonggaran pada sasaran kawalan HbA1c.

Kawalan Kolesterol

Kawalan terhadap kolesterol juga adalah penting supaya tidak melebihi paras yang ditetapkan.

Walaupun LDL kolesterol ditetapkan <2.6 mmol/L, tetapi bagi pesakit buah pinggang, sasaran adalah lebih rendah lagi iaitu <1.7 mmoI/L.

Kawalan terhadap kolesterol ini termasuklah mengelakkan memakan makanan yang berkolesterol tinggi, sentiasa bersenam atau memakan ubat antikoiesterol

Kawalan Tekanan Darah

Begitu juga mengenai pengawalan tekanan darah. Tekanan darah hendaklah sentiasa berada dalam bacaan yang dibenarkan iaitu systolic <130 mmHg dan diastolic <80 mmHg. Bagi pesakit buah pinggang, bacaan systolic <125 mmHg dan diastolic <75 mmHg. 

Ini boleh dilakukan dengan menurunkan berat badan, bersenam dan mengawal makan serta makan ubat.

Secara keseluruhannya, bagi mengawal empat aspek tersebut pesakit hendaklah:

  • Sentiasa mengawal jenis makanan yang diambil.
  • Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng dan utamakan sayuran mentah terutama yang berdaun hijau seperti salad.
  • Kalau boleh, sukat makanan yang hendak dimakan kerana kalau terlebih ambil dan tidak membakarnya (melalui senaman), sudah tentu berat badan dan glukosa darah akan meningkat.
  • Bersenam secara tetap dan menurunkan berat badan (jika gemuk atau obes) dan memakan ubat yang dipreskripsi oleh doktor.

Bagaimana Mendapatkan Angka Kawalan?

Bagi mendapatkan angka kawalan, pesakit hendaklah menjalankan pemeriksaan di klinik atau hospital. Untuk bacaan HbA1c dan lipids (lemak), pesakit dikehendaki menjalankan pemeriksaan darah.

Pesakit dikehendaki berpuasa (sekurang-kurangnya 6 jam) sebelum darahnya diambil untuk anarisis tersebut. Sebaik-baiknya paginya datang ke hospital atau klinik untuk diambil darah melalui saluran darah, venous (bukan daripada saluran kapilari).

Bagi tekanan darah dan bacaan glukosa darah yang diambil secara kapilari, pihak klinik akan menggunakan stetoskop/mesin untuk menyukat tekanan darah dan glukometer bagi menyukat glukosa darah. Proses ini tidak mengambil masa yang lama.

Hanya ujian lipid dan HbAlc yang memerlukan lebih masa, Walau bagaimanapun, dengan teknologi terkini, kita boleh menggunakan peralatan baharu yang membolehkan ujian ini dibuat dengan pantas.

Pastikan ujian ini dibuat secara teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pihak paramedik hendaklah memastikan alat stetoskop/mesin dan alat glukometer dan strip berada dalam keadaan balk. Strip ujian mempunyai tarikh luput. Jika tidak, ini akan mempengaruhi bacaan tersebut menjadi tidak tepat.

*Jika pesakit mempunyai ilmu tentang perkara ini, dia boleh membantu paramedik yang membuat saringan tersebut agar tidak tersasar daripada apa yang sepatutnya dilakukan.

Cara Menyukat Glukosa Darah

Pesakit boleh melakukan ujian sendiri untuk menyukat glukosa dalam darah mereka di rumah. Untuk menjalankan aktiviti ini, pesakit hendaklah mempunyai peralatan berikut:-

images (75)

Mesin glukometer

Mesin glukometer boleh tahan lama jika tidak disalah guna. Tetapi peralatan lain seperti jarum, strips dan alcohol swab hendaklah dibeli dari semasa ke semasa kerana alat-alat tersebut tidak boleh diguna berulang kali.

download a

Strips

Strips biasanya diletakkan di dalam kotak bulat yang mempunyai

60 keping strips. Jika pesakit menggunakan 2 strips sehari, maka strips akan bertahan 1 bulan sahaja. Harga satu kotak strips (25 strips) adalah dalam lingkungan RM40-50. Purata harga satu strips ialah RM1.80. Untuk penjimatan, anda boleh mendapatkannya di Persatuan Diabetes Malaysia dengan mendaftar sebagai ahli.

cara kawal kencing manis

Jarum

Begitu juga dengan jarum yang digunakan untuk mengambil darah, hendaklah digunakan sekali sahaja bagi mengelakkan jangkitan.

ddd

Alcohol swab

Manakala, alcohol swab digunakan untuk disapu pada kulit tempat mengambil darah kapilari (di jari), selepas digunakan hendaklah dibuang.

*Pesakit dikehendaki membuat bajet atau peruntukan khas untuk membeli peralatan/bahan bagi menyukat glukosa darah terutama dalam keadaan glukosa darah yang tidak stabil.

dd

Continuous Glucose Monitor (CGM)

Cara kawal kencing manis mengikut perkembangan teknologi juga memudahkan pesakit memantau glukosa darah 24 jam dengan meter berbagai-bagai jenama seperti Dexcom G4, Dexcom Seven Plus, Freestyle Navigator, Medtronix CGM System. Umumnya, semua ini dipanggil mesin Continuous Glucose Monitor (CGM).

3 KOMPONEN CGM

  1. Sensor.
  2. Transmitter (biasanya diletakkan di abdomen).
  3. External monitor bagi memaparkan bacaan.

Cara kawal kencing manis menggunakan monitor boleh diletakkan di tali pinggang, poket atau beg. Monitor beroperasi sebagai sensor glukosa yang diletakkan di bawah kulit (bukan dalam saluran darah) melalui insertion untuk memantau dan mengawal gula darah.

Sensor menyukat glukosa darah melalui interstitial fluid. Sensor ini disambung ke transmiter dan transmiter akan memberi data kepada monitor (biasanya setiap 1 jam). Bergantung pada keupayaan reka bentuk, sensor boleh berbunyi jika paras glukosa darah itu tinggi atau rendah daripada yang sepatutnya.

Apabila glukosa rendah, pesakit boleh bertindak untuk makan lebih dan sebagainya dan apabila glukosa darah meningkat tinggi, maka pesakit juga boleh menyuntik insulin secukupnya.

Mesin kecil ini berharga beribu-ribu ringgit.

Mesin ini baik untuk penggunaan pesakit T1DM, mereka yang aktif bersukan, mereka yang selalu mengalami hipoglisemia dan mereka yang ingin mencapai tahap HbA1c yang unggul.

Bilakah Masa yang Sesuai untuk Menyukat Glukosa Darah?

Menyukat glukosa darah secara sendirian di rumah (menggunakan glukometer) biasanya dilakukan pada waktu-waktu dan keadaan tertentu.

 Walau bagaimanapun, bagi menguruskan sendiri kawalan terhadap glukosa, waktu yang sesuai ialah 2 jam sebelum makan dan 2 jam selepas makan.

Terdapat beberapa cadangan daripada pengamal perubatan untuk Self Blood Glucose Monitoring (SBGM). Ini dapat ditunjukkan dalam jadual berikut:-

RAWATAN SEBELUM SARAPAN SELEPAS SARAPAN SEBELUM MAKAN TENGAH HARI SELEPAS MAKAN TENGAH HARI SEBELUM MAKAN MALAM SELEPAS MAKAN MALAM
DIET
ORAL ANTI-DIABETIC AGENT
INSULIN PILIHAN PILIHAN

Jadual di atas menunjukkan bahawa pesakit dicadangkan mengambil bacaan glukosa darah sebanyak empat kali sehari. Cara kawal kencing manis ini amat membebankan pesakit.

Jika anda perlu bantuan saya untuk mengatasi kencing manis seawal 7 hari

Follow Us:-

Leave a Reply