Kenapa anda perlu waspadai bahaya diabetes?

Diabetes adalah suatu penyakit dimana tubuh badan tidak dapat menghasilkan insulin (hormon pengatur gula darah) atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi atau insulin tidak bekerja dengan baik. Oleh kerana itu akan menyebabkan gula darah meningkat dan bahaya diabetes.

Gula dalam darah yang berlebihan pada jangka masa panjang boleh mencetus komplikasi diabetes bahaya bagi tubuh. Jika tindakan yang secukupnya masih belum diambil, paras glukosa yang terlalu tinggi akan menjadi kerosakan terkena sel, saraf, pembuluh darah, organ dan seluruh tubuh badan. 

Di samping itu, efek samping diabetes menyebabkan kelemahan sistem pertahanan. Jangkitan kuman atau bakteria senang berlaku pada tahap ini, ia boleh membawa maut jika pengubatan segera diabaikan.

Tanda bahaya diabetes pada peringkat awal

  1. Paras gula darah tinggi

Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan membuat ujian dengan doktor pada peringkat awal. Selepas makan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal dan akan menunjukkan simptom-simptom tertentu maka anda perlu sentiasa mengawal dan menurunkan bacaan gula darah.

  1. Dahaga berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam

Kerap ke bilik air pada waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan boleh menjadi gejala atau tanda awal diabetes. Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang akan bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda untuk membuang air kecil. Selepas badan anda kehilangan air, ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.

  1. Hilang berat badan secara tiba-tiba

Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan dengan cepat sekitar 2 kg -3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Ini kerana hormon insulin tidak mengangkut glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap bahawa ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif. Akibatnya, penurunan berat badan yang tidak disangka berlaku.

  1. Sentiasa rasa lapar

Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaannya, glukosa tidak akan dapat ditukar kepada tenaga. Apabila tahap tenaga menurun, isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar. Badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Walaupun paras gula tetap tinggi, tapi pesakit diabetik masih kuat selera makan.

  1. Luka lambat sembuh

Ini adalah tanda umum kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan pengaliran darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan untuk sampai ke anggota badan yang lain.

  1. Keletihan dan cepat marah

Usaha tambahan dalam badan anda untuk mengimbangi glukosa darah akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Keletihan sepanjang masa akan membuat sesiapapun menjadi cepat marah.

  1. Terdedah kepada jangkitan kulat

Wanita khususnya, perlu berhati-hati dari jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

  1. Penglihatan kabur

Apabila glukosa dalam darah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata dan menyebabkan penglihatan kabur. Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Sekiranya gula darah yang tinggi dibiarkan untuk tempoh yang panjang, ia akan menyebabkan kerosakan kekal dan mungkin juga buta.

  1. Kesemutan pada tangan dan kaki

Kesemutan, kebas, kesakitan atau bengkak pada tangan dan kaki – ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.

  1. Kulit merengsa

Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses rintangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

Seterusnya, kami akan menyenaraikan bahaya penyakit diabetes diabetes mellitus yang umum. Kemudian, bahaya sakit diabetes akan dikategori mengikuti golongan untuk menunjukkan bahaya dari diabetes yang sering berlaku atau unik pada golongan tersebut. Diantaranya,

  • Bahaya diabetes kering (jenis 1) / bahaya diabetes pada anak
  • Bahaya diabetes basah (jenis 2)
  • Bahaya diabetes bagi lelaki
  • Bahaya diabetes pada wanita
  • Bahaya diabetes pada ibu hamil
  • Bahaya diabetes bagi janin

Bahaya komplikasi diabetes secara umum

Efek gula darah tinggi yang beterusan menyebabkan bahaya diabetes bagi metabolisme dan kemerosotan tubuh badan. Diantaranya:

1) Penyakit kardiovaskular

Kencing manis meninggikan risiko berbagai penyakit kardiovaskular, seperti:

Jika anda sebagai pengidap diabetes, anda lebih cenderung kepada penyakit jantung dan strok.

2) Kerosakan saraf (neuropati)

Glukosa darah berlebihan boleh mencederakan dinding kapilari darah yang menyuburkan saraf manusia, terutama pada bahagian kaki.

Akibatnya, pesakit diabetik rasa kesemutan, kebas, kurang rangsangan, pedih atau sakit yang kerap bermula dari hujung jari kaki atau jari; dan secara beransur-ansur merebak ke anggota tubuh badan di atas. Jika rawatan tidak diambil, ia boleh menyebabkan kehilangan semua rasa-perasaan pada bahagian kaki yang terjejas.

Di samping itu, kerosakan saraf yang mengenai sistem penghadaman boleh membangkitkan masalah loya, muntah-muntah, cirit-birit atau sembelit.

Bagi lelaki, kerosakan saraf berkaitan dengan sistem pembiakan boleh membawa kesan mati pucuk.

3) Kerosakan buah pinggang (nefropati)

Organ ginjal mengandungi berjuta-juta kelompok saluran darah yang halus dikenali glomeruli. Fungsinya adalah untuk menapiskan sisa dari darah anda. Namun, penyakit diabetes boleh merosakkan sistem penapisan di buah pinggang. Manakala kerosakan yang berterusan boleh menjadikan kegagalan buah pinggang. Pada kes yang paling teruk, ia mengakibatkan penyakit buah pinggang peringkat akhir yang tidak boleh disembuh. Pesakit mungkin memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang pada keadaan ini.

4) Kerosakan mata (retinopati)

Salah satu bahaya diabetes tinggi adalah kerosakkan saluran darah retina (retinopati diabetes) yang berpotensi menyebabkan buta. Diabetes melitus juga meningkatkan risiko penyakit penglihatan yang lain seperti katarak dan glaukoma.

5) Kerosakan kaki / Gangrene

Kerosakan saraf kaki atau peredaran darah yang lemah ke bahagian kaki meningkatkan bahaya luka diabetes yang sukar menyembuh. Jika tidak diubati, walaupun luka kecil atau lepuh sahaja boleh mencetuskan jangkitan yang serius; lalu menjadikan luka kencing manis yang semakin merebak. Akhirnya, jangkitan ini mungkin memerlukan pemotongan atau amputasi kaki.

6) Jangkitan

Kencing manis boleh meninggalkan anda lebih mudah terdedah kepada jangkitan bakteria dan kulat. Bahaya terkena diabetes meningkatkan risiko jangkitan berikut:

  • Infeksi yis pada faraj (salah satu bahaya diabetes bagi wanita)
  • Jangkitan paru-paru
  • Jangkitan kulit
  • Jangkitan ulser pada kaki (salah satu bahaya luka diabetes)
  • Jangkitan gusi (yang menyebabkan kehilangan gigi)

7) Masalah pendengaran

Setakat ini, saintis belum tahu punca sebenar kehilangan pendengaran pada golongan diabetes. Namun, saintis percaya kejadiannya hampir sama dengan kerosakan mata dan kerosakan buah pinggang dimana saluran darah kecil dimusnah oleh gula darah yang pekat. 

Menurut Persatuan Diabetes Amerika, orang diabetes mempunyai 2 kali ganda risiko kehilangan pendengaran berbanding dengan orang biasa. Bagi mereka yang ada prediabetes, risiko adalah 30% lebih tinggi daripada orang normal.

Oleh sebab kehilangan pendengaran berlaku secara beransur. Kelazimannya, ahli keluarga mengesan keadaan ini lebih cepat daripada pesakit.

8) Penyakit Alzheimer

Diabetes jenis 2 berkaitan dengan penyakit Alzheimer dimana gula dalam darah berlebihan merosakkan sel-sel otak. Walaupun terdapat teori tentang bagaimana gangguan ini mungkin berlaku, tiada satu pun yang telah dibuktikan.

9) Ketoasidosis

Ketoasidosis adalah komplikasi kencing manis serius yang berlaku ketika tubuh badan mengeluarkan asid darah yang dikenali sebagai keton secara berlebihan.

Keadaan ini terjadi apabila tubuh badan tidak menghasilkan insulin yang secukupnya. Insulin memainkan peranan yang penting dalam membantu pengangkutan glukosa (sebagai sumber tenaga utama bagi otot dan tisu-tisu lain) – memasuki sel-sel anda. Jika insulin tidak mencukupi, tubuh badan bermula memecahkan lemak sebagai bahan tenaga. Proses ini menghasilkan asid keton, akhirnya, menjadikan ketoasidosis.

Tanda-tanda amaran bahaya diabetic ketoacidosis:

  • Dahaga yang teramat sangat
  • Kerap membuang air kecil
  • Pening dan muntah
  • Sakit perut
  • Kelemahan atau keletihan
  • Sesak nafas
  • Nafas berbau buah-buahan
  • Kekeliruan

10) Tekanan darah tinggi

Walaupun saintis belum tahu bagaimana kencing manis dan tekanan darah tinggi boleh berkait. Tetapi, statistik kesihatan menunjukkan hubungan yang amat tinggi pada kedua-dua penyakit. Ahli sains percaya keadaan ini mungkin dibangkitkan faktor risiko yang umum seperti obesiti, pemakanan tinggi lemak dan kurang bersenam.

cara mengurangkan gula darah

Bahaya penyakit gula kering (Diabetes Jenis 1)

Kencing manis jenis 1 boleh disebabkan oleh keturunan. Dimana, genetik merangsang penyakit autoimun diwaris oleh kanak-kanak Diabetes Melitus Jenis 1. Salah satu bahaya diabetes kering pada anak adalah:

Penyakit Seliak (Coeliac disease)

Penyakit seliak sentiasa berlaku pada kanak-kanak yang mengidapi kencing manis jenis 1. Pesakit Coeliac disease menimbulkan intoleransi terhadap gluten (sejenis protin terdapat dalam gandum, rye atau barli). Diabetes jenis 1 merupakan penyakit autoimun. Gluten menyebabkan respon autoimun dimana sistem imun diri menyerang sel-sel pada lapisan dinding usus. Kerosakan dinding usus bermakna khasiat makanan tidak diserap dengan baik.

Bahaya diabetes melitus jenis 2

  • Penyakit jangkitan gusi
  • Masalah penglihatan (retinopati), termasuk risiko katarak, glaukoma, jangkitan mata, buta
  • Kerosakan saraf (neuropati), yang boleh menyebabkan rasa sakit atau kebas di tangan dan kaki
  • Masalah peredaran darah yang akhirnya boleh membawa kepada amputasi (kaki)
  • Penyakit jantung
  • Kerosakan buah pinggang
  • Tekanan darah tinggi

Mana lebih bahaya? Diabetes kering atau basah?

Kedua-dua jenis kencing manis ini mempunyai kebahayaan yang sama. Namun, jika ingin membuat perbandingan yang lanjut. Diabetes kering memerlukan lebih perhatian sebab ia akan berlaku serta-merta dan bacaan kencing manis lebih sukar dikawal. Di samping kencing manis kering berkongsi komplikasi yang sama dengan kencing manis basah, penyakit gula kering mempunyai risiko tambahan mengidapi penyakit autoimun lain (contohnya penyakit seliak). Oleh kerana efek penyakit gula kering sering berlaku pada kanak-kana yang mempunyai disiplin masih lemah. Pemeliharaan sempurna harus diambil oleh ibubapa untuk mengawal paras gula dalam darah yang normal bagi anak.

Bahaya diabetes pada lelaki

  • Kurang jantan – Penurunan hormon testoterone dan kemusnahan saraf mengawal ereksi boleh menyebabkan mati pucuk / disfungsi ereksi.
  • Depresi – Lelaki diabetes lebih cenderung kepada masalah emosi berbanding dengan lelaki biasa.
  • Hayat hidup menurun – Menurut kajian, lelaki  mengidap diabetes mempunyai hayat lebih pendek jika dibanding dengan wanita mengidap diabetes.
  • Kebutaan – Menurut kajian, lelaki mengidap diabetes  sebelum usia 30 mempunyai risiko lebih tinggi menjadi buta dari perempuan.
  • Amputasi – Lelaki dewasa juga lebih cenderung kepada pemotongan anggota badan disebabkan kencing manis berbanding dengan wanita.

Bahaya diabetes pada wanita

Ketidaksuburan

Gula darah yang tidak dikawal dengan baik, menjejaskan aliran darah yang lancar. Ini menyebabkan wanita pesakit diabetes mungkin mengalami ketidaksuburan. Ini adalah sebab perempuan mengidap diabetes juga mengalami ketidakseimbangan hormonnya sehingga berpengaruh pada sistem peranakannya.

Infeksi Saluran Kemih

Sesetengah ubat kencing manis hospital boleh menyebabkan kelembapan yang tinggi pada bahagian intim. Kelembapan yang tinggi ini menyebabkan keputihan yang berterusan sehingga menimbulkan masalah infeksi saluran kemih (ISK). Gangguan ini mungkin sering dialami oleh wanita penderita kencing manis. Oleh itu, sebelum ianya terjadi, maka pesakit harus mengonsultasikan masalah keputihan ini dengan pakar kesihatan.

Gangguan Seksual

Pengidap diabetes perempuan biasanya akan mengalami rasa tidak selesa ketika berhubungan seksual. Perkara ini disebabkan oleh kerosakan saraf dan pembuluh darah yang menjadikan perlendiran vagina sebagai respon seksual berkurang. Itulah punca mengapa hasrat seksual menurun dan hubungan intim dengan pasangan terjejas.

cara mengurangkan gula darah

Bahaya diabetes ketika mengandung (gestational)

Bahaya diabetes pada ibu hamil

  • Risiko pre-eklampsia dan eklampsi pada ibu disebabkan kenaikan tekanan darah secara ketara
  • Ibu mengandung mudah terkena oedema (kaki bengkak semasa hamil)
  • Meningkatkan risiko infeksi saluran kemih
  • Menimbulkan air ketuban berlebihan (hydramnion)
  • Peningkatan bilirubin dalam badan yang boleh menyebabkan bayi terkena penyakit kuning
  • Kematian mendadak pada ibu hamil akibat oksigen tidak mencukupi apabila kadar asid laktik meningkat

Bahaya diabetes bagi janin

  • Bahaya gula tinggi dalam darah ibu turut mengalir kepada janin melalui plasenta. Akibatnya, efek diabetes ini menyebabkan bayi tumbuh besar (makrosomia). Bayi besar membuat saat persalinan lebih sukar. Akhirnya, pilihan persalinan secara pembedahan juga meningkat.
  • Sejak dalam kehamilan, bayi memiliki paras insulin yang berlebihan. Tambahan pula, janin mempunyai berat badan tinggi sejak lahir. Kedua-dua faktor ini boleh menyebabkan kegemukan. Obesiti merupakan salah satu faktor penyebab kencing manis. Jadi, hal ini boleh mengakibatkan bayi terkena diabetes jenis 2 bila menjadi dewasa.
  • Risiko kematian janin meningkat terutama pada ibu hamil diabetes yang tidak mendapat pengubatan segera.
  • Menyebabkan hipoksia (kekurangan oksigen) pada janin biasanya ketika proses persalinan.
  • Risiko Kelahiran prematur meningkat.
  • Punca kekurangan kalsium dan glukosa pada janin disebabkan oleh kandungan insulin dalam tubuh janin yang tinggi.
  • Hormon insulin berlebihan dalam tubuh janin boleh menjejas kerja hormon kortisol untuk mematangkan perkembangan paru-paru janin. Terutama pada bayi prematur, dimana sistem pernafasan janin belum dikembang secara sempurna. Bayi ini mempunyai risiko tinggi mengidap penyakit pernafasan pada hari kelak.

Kesimpulan

Bahaya gula darah tinggi boleh menjadi lebih serius jika tindakan yang sesuai tidak diambil. Efek dari diabetes bukan sahaja melibatkan pesakit diabetes sahaja, tetapi juga menjejaskan anak-anak yang dilahir. Dicadangkan bercakap dengan seorang pakar pengurusan diabetes yang berpengalaman untuk membantu anda menyediakan pelan kesihatan yang sempurna.

Jika anda memerlukan bantuan saya untuk mengatasi diabetes dalam 7 hari