Bagaimana Garam Buluh Diproses?

Garam Buluh

Bagaimana Garam Buluh Diproses?

Menggunakan garam laut semulajadi, diisikan ke dalam buluh yang berusia 3 tahun dan ditutup dengan tanah liat kuning dari lembah pendalaman. Buluh-buluh itu disusun dengan terapi di dalam kawah besi yang istimewa dan dibakar dengan menggunakan kayu cemara.

Garam itu dibakar 1 kali, 2 kali, 3 kali sehinggalah 9 kali. Garam juga dibakar dengan suhu yang berbeza, tempoh yang berbeza dan berulang kali. Akhirnya, air dalam garam tersejat pada suhu yang melebihi 1000 ºC.

Zat galian dan ion-ion mineral yang tidak cukup dalam badan manusia seperti Kuprum, Ferum, Zink, Magnesium dan sebagainya keluar dari buluh, tanah liat dan kayu cemara kemudian diserap ke dalam garam laut. Suhu yang tinggi iaitu melebihi 1000 ºC menyebabkan kandungan yang membahayakan dalam garam laut seperti logam berat dan toksin dihapuskan. Kandungan sulfur dalam buluh, lemak cemara dari kayu cemara dan kandungan zat dari tanah liat kuning diserap ke dalam garam.

Pembakaran kali ke-9 pada suhu melebihi 1500 ºC menyebabkan garam melebur dan mengalir keluar dari kawah besi. Aliran garam itu seterusnya menjadi bentuk larva berwarna kelabu. Larva itu dihancurkan menjadi ketulan kecil atau dalam bentuk serbuk dan inilah garam buluh yang kita nampak. Garam buluh adalah semulajadi dan kaya dengan kandungan yang berkhasiat. Ia mempunyai banyak rahsia ilmu negara timur, sesetengah telah diketahui dan yang lain kekal jadi rahsia.

Keistimewaan Garam Buluh Disebabkan Oleh Kandungan Perubatan Yang Terdapat Pada Bahan Mentah

Disebabkan garam buluh mempunyai daya tarikan pada aspek pemakanan dan perubatan, ia semakin mendapat perhatian daripada orang ramai. Garam buluh adalah sejenis makanan, bukannya bahan perubatan, tetapi ia mempunyai keberkesanan yang mengagumkan. Garam buluh mempunyai kelebihannya sebagai makanan dan ubat. Dengan adanya keistimewaan ini, ia memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat dari segi kesihatan dan perubatan. Di mana berasalnya kandungan perubatan garam buluh? Berdasarkan analisis, keistimewaan garam buluh berkaitan rapat dengan bahan mentah yang digunakan dan cara pemprosesannya. Bahan mentah yang digunakan adalah seperti garam laut semulajadi, buluh, kayu cemara, tanah liat kuning dan sebagainya.

Garam laut semulajadi

Terdapat banyak kenyataan mengenai garam. Sebagai contoh, buku perubatan yang terkenal di Negara Timur iaitu <Ben Cao Gang Mu> mengatakan garam laut adalah masin, bersifat sejuk dan tidak bertoksik. Ia dapat mengubati masalah pencernaan, sesak nafas dan lain-lain. Selain itu, ia juga dapat menyingkirkan toksik yang disebabkan oleh serangga, menguatkan badan manusia dan mencantikkan kulit. Garam laut boleh menyelesaikan masalah selesema, menyingkirkan toksik badan dan menghapuskan toksik pada kulit. Di samping itu, ia juga dapat menyelaraskan fungsi organ-organ badan kita seperti ginjal, jantung dan sebagainya. Dalam buku itu, juga dikatakan bahawa garam dapat menyelesaikan masalah keradangan, kesakitan, atau jangkitan. Dalam buku lain pula tercatat bahawa garam dapat membantu proses metabolisma sel-sel, mengimbangi pH badan, meneutralkan toksik badan, mengatasi masalah bengkak, dan membantu proses penghadaman.

Buluh

Buluh dianggap sebagai ubat yang penting oleh tabib-tabib cina. Ia mempunyai kesan pelembap, membersihkan darah dan menyelesaikan masalah strok, kahak, batuk, sawan babi, tetanus, gusi berdarah, dan sebagainya. Buluh mengandungi banyak zat dan garam mineral seperti Ferum, Mangan, Magnesium, Kalsium dan lain-lain.

Pohon cemara

Semua bahagian pohon cemara adalah berguna dalam bidang perubatan. Lemak kayu cemara yang berfungsi sebagai saliva pohon cemara dapat membantu pembinaan sel baru, menyingkirkan toksik dan bengkak. Ia juga dapat membantu sistem pernafasan serta menguatkan tulang dan gigi. Mengikut analisis pakar perubatan dari Rusia, lemak kayu cemara amat berkesan untuk mencegah kanser. Kajian daripada universiti di New York, Amerika Syarikat membuktikan pula lemak kayu cemara dapat menyingkirkan toksik dalam badan.

 Tanah liat kuning

Tanah liat yang diambil dari lembah pedalaman tidak bertoksik dan digunakan untuk menutupi buluh. Ia berkesan untuk mengatasi cirit-birit, toksik ternakan dan racun yang disebabkan oleh perubatan. Selain itu, tanah liat kuning mengandungi banyak oksigen dan elemen kecil yang diperlukan oleh badan manusia. Penyebaran infra merah jauh (FIR) dan ion negatif daripada tanah liat kuning ini amat tinggi. Infra merah jauh (FIR) ini dapat membantu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan tahap kesihatan badan. Ion negatif pula dapat mengimbangi keasidan dan kealkalian di dalam badan kita.

Leave a Reply