[uap-landing-commission slug=’awareness’]

bacaan kencing manis

PEMANTAUAN GLUKOSA DALAM DARAH

Pesakit perlu berwaspada dengan perubahan kesihatan diri dan melaporkan sebarang perubahan dan ketidakselesaan kepada doktor yang merawat mereka. Setiap perubahan yang dialami hanya dirasai dan diketahui oleh penghidap penyakit itu sendiri. Oleh itu, pemantauan glukosa dan perubahan kesihatan yang berlaku pada diri sendiri amat penting dan perlu melaporkannya kepada doktor semasa lawatan susulan atau temu janji di hospital atau klinik kesihatan bagi mendapatkan nasihat dan bacaan normal kencing manis oleh pesakit diabetes.

Pengawalan tahap glukosa dalam darah merupakan salah satu komponen terapi yang efektif. Kaedah pengawalan tahap glukosa yang konsisten dapat membantu pesakit untuk menilai tahap reaksi badan mereka terhadap terapi yang diambil. Pada masa yang sama, pemantauan glukosa ini membolehkan pesakit dapat menilai sama ada tahap glukosa yang disasarkan dapat dicapai atau tidak. Secara tidak langsung, pesakit mampu mengelakkan daripada mendapat hipoglisemia (kekurangan glukosa) atau hiperglisemia (lebihan glukosa). Sekiranya masalah tersebut berlaku, doktor mungkin mengarahkan pesakit bertukar kepada ubat yang lain atau mengurangkan dos yang diambil. Doktor juga akan menasihatkan pesakit untuk melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan tahap kesihatan pesakit berkenaan.

KEKERAPAN PEMANTAUAN GLUKOSA DARAH MEMPENGARUHI BACAAN NORMAL KENCING MANIS

Kajian menunjukkan bahawa pesakit diabetes melitus yang mempunyai bacaan glukosa dalam darah yang normal atau hampir normal dapat menurunkan komplikasi diabetes melitus. Kekerapan dan masa untuk menilai bacaan glukosa dalam darah perlulah ditetapkan oleh pesakit. Walau bagaimanapun, tiada kajian yang menetapkan masa yang sebenarnya sesuai dan kekerapan yang optimum untuk memerhati atau melihat aras glukosa dalam darah. Sebaliknya, penetapan masa dan kekerapan perlulah bersesuaian untuk mencapai tahap glukosa yang diinginkan.

Pesakit diabetes disyorkan untuk menguji darah mereka secara berkala 2 – 3 kali seminggu atau pada bila-bila masa pesakit mengalami simptom hipoglisemia. Walau bagaimanapun, semua pesakit diabetes melitus yang mendapat rawatan melalui suntikan insulin (pesakit diabetes jenis -1) digalakkan untuk melakukan pemeriksaan tahap glukosa dalam darah di rumah secara berkala. Bagi pesakit diabetes jenis 2, pemerhatian tahap glukosa dalam darah juga sama pentingnya dengan pesakit diabetes jenis 1. Yang membezakannya ialah kekerapan pemantauan bergantung pada tahap keseriusan diabetes pesakit itu sendiri.

Pemerhatian tahap glukosa dalam darah perlu dilakukan setiap hari bagi pesakit diabetes melitus jenis 2 yang mendapat rawatan farmakologi, manakala pemerhatian tidak perlu dilakukan jika pesakit diabetes melitus jenis 2 mendapat rawatan bukan farmakologi. Bacaan harus direkodkan dan ditunjukkan kepada doktor semasa lawatan ke klinik yang seterusnya. Sekiranya, pada bila-bila masa didapati bahawa bacaan adalah terlalu tinggi atau terlalu rendah, pesakit harus berjumpa dengan doktor. Lazimnya, doktor akan memberikan nasihat mengenai cara untuk mengekalkan paras glukosa dalam darah pada paras normal dengan membetulkan ubat, diet atau program senaman. Pesakit diabetes melitus, terutamanya warga tua boleh dirawat menggunakan regimen ubatan yang sama seperti orang dewasa. Walau bagaimanapun, pemerhatian yang rapi diperlukan semasa preskripsi ubatan dan kesan ubatannya.

KESAN GLUKOSA DALAM DARAH

Penyakit diabetes berlaku apabila kandungan glukosa dalam darah lebih tinggi daripada biasa. Kebanyakan pesakit diabetes tidak menyedari keadaan ini. Kandungan glukosa yang terlalu tinggi akan membahayakan diri pesakit. Mereka akan mendapat komplikasi seperti luka yang lambat sembuh, cepat berasa letih dan masalah kabur penglihatan. Oleh itu, pesakit diabetes perlu memeriksa kandungan glukosa dalam darah secara berkala untuk memastikan arasnya sentiasa terkawal. Pengetahuan tentang kesan glukosa dalam darah ini membolehkan pesakit mengamalkan amalan penjagaan diri melalui pemakanan dengan mengurangkan pengambilan makanan manis dan tinggi karbohidrat bagi mengawal gula darah dan bacaan normal kencing manis.

MENGENALI PEMANTAUAN GLUKOSA DALAM DARAH

Seperti yang kita ketahui gula ialah sumber utama kepada badan manusia bagi membekalkan tenaga yang mencukupi supaya dapat menjalani aktiviti harian mereka. Namun begitu, kandungan glukosa yang tidak terkawal sama ada tinggi atau rendah akan memberikan kesan buruk kepada jika tidak dikawal. Oleh yang demikian, pemantauan glukosa dalam darah ialah satu langkah terbaik untuk mengetahui berlaku kenaikan atau penurunan, terutamanya bagi pesakit diabetes.

Selain dapat mengetahui tahap kandungan glukosa dalam darah, pemantauan yang berterusan amat penting sebagai langkah awal bagi mencegah diabetes dan mengesan hipoglisemia serta mengelakkan hiperglisemia. Maklumat tentang tahap glukosa juga berguna, khususnya kepada ibu hamil yang mengalami diabetes gestasi. Maklumat tersebut digunakan untuk menentukan permulaan kadar insulin yang diperlukan dan merancang pelan pemakanan diabetes.

Pemantauan glukosa dalam darah secara teratur sangat penting dan amat digalakkan untuk pesakit yang menghidapi penyakit diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2 yang sedang menjalani terapi insulin. Di camping itu, wanita yang menghidap diabetes gestasi juga digalakkan memantau tahap glukosa dalam darah mereka. Wanita hamil perlu mengetahui bahawa banyak komplikasi boleh terjadi kepada bayi yang bakal dilahirkan jika tahap glukosa tidak dipantau secara berkesan.

Lazimnya, pesakit diabetes yang sedang menjalani terapi insulin (suntikan), doktor akan membuat pemantauan terhadap keadaan kesihatan mereka agar dos insulin yang diberikan itu berkesan.

Pemantauan ini juga bermanfaat untuk mereka yang berisiko tinggi mengalami gejala hipoglisemia atau hiperglisemia. Sekiranya, pesakit dilatih dengan baik dan berkesan tentang pemantauan ini, mereka boleh mengelak daripada mengalami komplikasi diabetes yang lebih teruk pada masa yang akan datang. Untuk mengetahui tahap glukosa dalam darah, pesakit boleh melakukan pemantauan jangka masa tertentu di rumah sendiri menggunakan meter dalam glukosa darah atau dikenal glukometer. Selain glukometer, jarum pencucuk, strip, kapas beralkohol dan kapas diperlukan untuk memeriksa tahap glukosa dalam darah.

Penggunaan alat ini lebih mudah kerana pesakit tidak perlu meluangkan masa setiap hari untuk pergi ke klinik berdekatan bagi mendapatkan perkhidmatan. Doktor atau ahli farmasi berkenaan boleh dihubungi untuk mendapatkan nasihat tentang glukometer dan cara menggunakannya.

Ujian pemeriksaan glukosa darah ini adalah sangat mudah dan amat praktikal untuk dilakukan oleh pesakit sendiri. Bacaan harus direkodkan dan ditunjukkan kepada doktor semasa lawatan ke klinik yang seterusnya. Sekiranya, pada bila-bila masa didapati bahawa bacaan adalah terlalu tinggi atau terlalu rendah, pesakit harus berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Doktor akan memberitahu pesakit cara untuk mengekalkan aras glukosa dalam darah yang normal dengan melaraskan pengambilan ubat, diet atau program senaman.

LANGKAH PEMANTAUAN GLUKOSA DALAM DARAH

Setiap pesakit harus mengetahui bagaimana cara berkesan untuk memantau glukosa dalam darah. Sebelum melakukan pemantauan, pesakit perlu mengetahui jenis alat yang akan digunakan. Setiap alat glukometer, strip dan jarum pencucuk adalah berbeza mengikut jenis jenama pengeluar. Berikut ialah langkah-langkah untuk menguji kandungan glukosa dalam darah:-

  1. Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membasuh tangan menggunakan air. Seelok-eloknya basuh tangan menggunakan air suam kerana fungsi air suam yang dapat menggalakkan pengaliran darah ke hujung jari. Selepas itu, lapkan tangan sehingga kering.
  2. Seterusnya picit jari-jemari dari tapak tangan menghala ke hujung sehingga jari kelihatan kemerah-merahan.
  3. Tekan butang ON pada glukometer tersebut untuk memastikan alat berkenaan berfungsi. Selepas itu, ambit satu strip daripada botolnya, kemudian masukkan strip tersebut ke dalam glukometer seperti gambar di bawah. Koyakkan juga paket kapas beralkohol untuk digunakan nanti.
  4. Ambil jarum pencucuk dan cabut penutup jarum tersebut. Berhati-hati sewaktu mencabut penutup tersebut untuk mengelakkan kecederaan pada jari. Terdapat pelbagai jenis penutup jarum pencucuk dan cara mencabutnya juga adalah berbeza-beza kerana ada yang hanya perlu ditarik, ada yang perlu diputar, bergantung pada jenama jarum tersebut.
  5. Kemudian, tekan dan picit hujung jari yang akan dicucuk menggunakan ibu jari seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
  6. Sementara itu, keluarkan kapas beralkohol dan lap hujung jari yang akan dicucuk. Pemilihan jari yang akan dicucuk bergantung pada kesesuaian diri pesakit sendiri.
  7. Ambil jarum pencucuk dan cucuk hujung jari menggunakan jarum tersebut. Cara yang betul adalah dengan mencucuk di bahagian tepi hujung jari, bukan di tengah-tengah jari.
  8. Lapkan titisan darah pertama yang keluar menggunakan tisu atau kapas kerana darah tersebut dikhuatiri telah bercampur dengan alkohol dan akan menjejaskan keputusan bacaan.
  9. Langkah seterusnya, ambil glukometer berserta strip dan picit sedikit hujung jari tadi. Titiskan darah ke atas strip tadi dan tunggu sehingga alat glukometer mengeluarkan bacaan. Sementara itu, tekan bahagian yang telah dicucuk tadi dengan tisu atau kapas untuk menghentikan pengaliran darah.
  10. Catatkan keputusan darah tersebut dalam satu jadual bagi memudahkan pemantauan tahap glukosa setiap hari. Bandingkan tahap glukosa dalam darah tersebut dengan bacaan normal.

Pesakit diabetes perlu sentiasa memantau paras glukosa dalam darah dan membandingkannya dengan bacaan normal kencing manis yang sepatutnya bagi mengawal gula darah anda. Sebarang kenaikan atau penurunan memberikan kesan kepada pesakit.

WAKTU SESUAI UNTUK MELAKUKAN PEMANTAUAN GLUKOSA

Kekerapan pemeriksaan glukosa dalam darah adalah berbeza bagi setiap pesakit. Umumnya, kekerapan pemeriksaan glukosa perlu dibuat sebanyak 2 — 6 kali sehari. Pada peringkat awal diagnosis yang dibuat oleh doktor, selalunya pesakit dinasihatkan agar melakukan pemantauan dengan lebih kerap untuk mendapatkan julat purata aras glukosa dalam darah mereka. Namun, seiring dengan pengetahuan dan tempoh menghidap diabetes, pesakit akan lebih arif dengan aras glukosa dan keadaan badan mereka sendiri.

Malahan, pesakit diabetes boleh mengagak sendiri bila waktunya dan berapa kerap mereka perlu memantau aras glukosanya. Kumpulan pesakit harus memeriksa aras glukosa dalam darah sekurang-sekurangnya tiga kali sehari terdiri daripada semua pesakit diabetes jenis 1 dan pesakit yang mengambil tiga atau Iebih suntikan insulin sehari. Pemeriksaan glukosa dalam darah akan Iebih kerap jika terdapat perubahan pada jenis dan dos ubat bagi mendapatkan bacaan normal kencing manis.

Adakah pemeriksaan tiga kali sehari itu boleh dilakukan pada bila-bila masa? Sebenarnya, terdapat masa yang sesuai untuk melakukannya bergantung pada jenis pemeriksaan glukosa yang ingin dilakukan. Sekiranya, ingin memeriksa aras glukosa ketika berpuasa, maka masa yang sesuai dilakukan adalah ketika seseorang itu tidak mengambil sebarang makanan sekurang-kurangnya lapan jam. Pemeriksaan rawak boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas tempoh tersebut.

Bagi menguji keberkesanan pankreas, iaitu organ yang menghasilkan hormon insulin, pemeriksaan haruslah dijalankan dua jam sebelum dan dua jam selepas makan. Pemeriksaan ini dikenal sebagai pemeriksaan glukosa dua jam selepas mula makan. Masa lain yang sesuai adalah sebelum tidur, sebelum, semasa dan selepas riadah serta sebelum mengendalikan mesin yang berat atau memandu dalam masa yang panjang. Masa yang paling penting sekali untuk melakukan pemeriksaan adalah apabila pesakit menunjukkan tanda mengalami hipoglisemia atau hiperglisemia.

Pemeriksaan glukosa bagi ibu hamil dan orang biasa, memerlukan mereka meminum sejumlah air gula. Walau bagaimanapun, kekerapan pemeriksaan glukosa dalam darah boleh dikurangkan jika aras glukosa dalam darah telah berada pada aras normal dan semakin terkawal.

BACAAN NORMAL KENCING MANIS

Sebagai pesakit diabetes, pemantauan aras glukosa dalam darah untuk memastikan glukosa tersebut sentiasa terkawal dan berada dalam bacaan gula darah yang normal. Pemantauan glukosa dalam darah amat penting untuk melihat sama ada mencapai  bacaan normal kencing manis atau sebaliknya. Terdapat beberapa kaedah pemantauan seperti pemeriksaan secara rawak dan pemeriksaan semasa puasa. Bacaan aras glukosa dalam darah secara rawak dan semasa puasa yang normal serta sasaran yang perlu dirujuk selepas mengambil bacaan tersebut. Pemeriksaan glukosa dalam darah secara rawak tanpa memerlukan pesakit berpuasa. Sementara itu, pemeriksaan glukosa semasa puasa ialah pemeriksaan glukosa yang dijalankan apabila pesakit tidak mengambil apa-apa makanan sekurang-kurangnya lapan jam.

tabel gula darah normal NICE

KEJADIAN HIPOGLISEMIA DAN HIPERGLISEMIA

Hipoglisemia atau kadar glukosa dalam darah yang rendah di bawah julat yang normal (kurang daripada 4.o mmol/L). Masalah hipoglisemia boleh terjadi secara tiba-tiba dan selalu berlaku secara sederhana serta boleh dirawat serta-merta. Sekiranya didapati mengalami hipoglisemia, pesakit boleh mengatasinya dengan mengambil makanan atau minuman yang mempunyai jumlah glukosa yang banyak seperti madu, gula-gula, coklat atau jus buah-buahan.

Sekiranya, hipoglisemia dibiarkan tanpa sebarang rawatan, pesakit diabetes akan berhadapan masalah yang lebih teruk dan boleh menyebabkan komplikasi yang tidak dijangka seperti kekeliruan, letih, gelisah dan tidak tenteram serta pitam. Masalah hipoglisemia yang teruk dan tidak dirawat boleh menyebabkan sawan, koma dan kematian. Oleh itu, setiap pesakit diabetes harus sentiasa melakukan pemeriksaan glukosa dalam darah boleh dikawal sendiri untuk mengelakkan komplikasi lain.

Hiperglisemia atau kadar glukosa dalam darah menjadi terlalu tinggi. Masalah ini terjadi apabila bacaan aras glukosa melebihi julat yang normal bukan masa puasa namun tidak boleh melebihi 7.0 mmol/L. Antara sebab terjadinya hiperglisemia termasuklah pesakit mengalami tekanan atau stres, bertukar ubat yang lain, kurang melakukan aktiviti fizikal atau mengamalkan gaya pemakanan yang tidak dikawal. Tanda-tanda yang menunjukkan pesakit mengalami hiperglisemia adalah seperti kekerapan membuang air kecil, rasa dahaga yang berlebihan, penglihatan yang kabur, mengalami keletihan badan dan sakit kepala.

Untuk mengatasi hiperglisemia dengan cara yang baik dan berkesan ialah penekanan terhadap amalan penjagaan diri. Antaranya termasuklah melakukan senaman, mendapatkan nasihat pengambilan diet yang betul daripada pegawai pemakanan dan berbincang dengan doktor berkaitan dengan jumlah atau dos ubat yang diperlukan.

Secara keseluruhannya, pemantauan glukosa dalam darah haruslah dipraktikkan dalam kehidupan seharian, terutamanya kepada pesakit diabetes. Masalah utama dalam kalangan anggota masyarakat masa kini adalah kurangnya kesedaran dalam diri untuk melakukan sendiri pemeriksaan bagi mengawal glukosa dalam darah. Oleh itu, kesedaran perlu dipupuk oleh setiap ahli masyarakat, terutamanya pesakit diabetes. Mereka perlu sentiasa mempraktikkan amalan penjagaan diri secara berterusan untuk mendapat tahap kesihatan yang lebih optimum. Panduan melakukan pemantauan glukosa dalam darah perlu dilakukan secara berterusan untuk mengelakkan sebarang kesan yang boleh membahayakan kesihatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *