Julat Gula Darah
Glukosa darah di antara orang dewasa dan kanak-kanak adalah sangat berbeza. Memahami julat tahap glukosa darah boleh menjadi bahagian penting dalam pengurusan diabetes.
Halaman ini menyatakan tentang gula darah ‘normal’, julat gula dalam darah untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 1, diabetes jenis 2 dan gula darah antara pesakit diabetes.
Jika seseorang yang mempunyai penyakit kencing manis , ia adalah penting untuk mengetahui tahap glukosa darah. Paras glukosa darah disyorkan mempunyai tafsiran bagi setiap individu dan anda perlu berbincang dengan pasukan penjagaan kesihatan anda atau doktor.
Di samping itu, wanita juga boleh menetapkan sasaran tahap gula dalam darah semasa mengandung.
Julat berikut adalah garis panduan yang disediakan oleh Institut Kebangsaan bagi Kecemerlangan Klinikal (NICE) tetapi pelbagai sasaran bagi setiap individu harus dipersetujui oleh doktor atau perunding diabetes.
Sasaran Julat Tahap Glukosa Darah Yang Disyorkan
Tahap glukosa darah sasaran yang disyorkan NICE dinyatakan di bawah bagi orang dewasa yang menghidap diabetes jenis 1, diabetes jenis 2 dan kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 1.
Di samping itu, julat sasaran Persekutuan Diabetes Antarabangsa untuk orang tanpa diabetes juga turut dinyatakan.
Jadual di bawah menyediakan panduan am. Sasaran individu yang ditetapkan oleh pasukan penjagaan kesihatan anda adalah yang anda perlu jadikan panduan dan rujukan :-
Kadar Bacaan Kencing Manis
Standar bacaan gula darah yang dikeluarkan dari institusi-institusi seperti berikut digunakan:
Jadual kadar gula darah normal menurut NICE, IDF, WHO, ADA dan AACE
PUASA (FBS) | 2 JAM LEPAS MAKAN (2HPP) | HbA1c | |
---|---|---|---|
NICE | <7mmol/L or 126mg/dL |
<9mmol/L or 162mg/dL |
<6.5% or <7.0% |
IDF | <6.1mmol/L or <110mg/dL |
<11.1mmol/L or 200mg/dL |
<6.5% |
WHO | <7mmol/L or 126mg/dL |
<11.1mmol/L or 200mg/dL |
<6.5% |
ADA | <7.1mmol/L or <130mg/dL |
<7.8mmol/L or <140mg/dL |
<7.0% |
AACE | <6.1mmol/L or <110mg/dL |
<7.8mmol/L or <140mg/dL |
<6.5% |
Bila waktu yang sesuai untuk buat ujian kadar gula dalam darah?
5 waktu atau situasi yang membolehkan seseorang doktor ataupun individu mendapatkan bacaan kadar gula dalam darah :
1) Gula Darah Puasa / Fasting Blood Sugar (FBS)
Ujian yang dilakukan dimana individu tersebut telah berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian dilakukan.
2) Paras Gula Darah 2 Jam Selepas Makan / 2-Hour Postprandial Blood Sugar (2HPP)
Ujian yang dilakukan terhadap individu 2 jam selepas meminum air gula. Pemeriksaan ini juga dikenali Ujian Toleransi Glukosa (OGTT). Ujian ini bagi mengetahui keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin.
3) Pemeriksaan Gula Dalam Darah Secara Rawak / Random Blood Sugar (RBS)
Ujian kadar gula secara rawak ini boleh dilakukan pada bila-bila dengan penggunan alat periksa gula darah. Jika bacaan gula dalam darah individu terbabit luar biasa atau terlalu tinggi, kemungkinan besar megidap diabetes.
4) Selepas Bersalin
Selepas tempoh pantang 6 minggu, temujanji akan diberikan kepada anda untuk mengulang semula ujian toleransi glukosa GTT, untuk memastikan anda bebas daripada Diabetes selepas kelahiran. Jika ujian ini tidak normal, anda akan dirujuk kepada pakar perubatan/endokrinologi untuk rawatan susulan diabetes.
Wanita yang menghidapi Diabetes ketika mengandung, mempunyai kebarangkalian 1 daripada 3 orangmenghidapi Diabetes tahap 2 dalam tempoh 5 tahun berikutnya. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menjalani Ujian Glukosa berpuasa ( Fasting Blood Glucose ) setahun sekali.
5) Purata Bacaan Gula Darah 3 Bulan
Cek HbA1c boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa berpuasa. Ia menunjukkan purata kadar gula dalam darah pada 8-12 minggu yang lepas. Nilai HbA1c juga digunakan sebagai indikasi bagi risiko komplikasi kencing manis. Sekiranya anda adalah pengidap diabetes, dicadangkan melakukan tes ini 3 bulan sekali.
Cara Pemeriksaan Gula Darah
1) Ujian Toleransi Glukosa / Oral Glucose Tolarance Test (OGTT)
Khusus untuk ibu hamil untuk mengambil ujian diabetes. Ibu hamil akan diambil sampel darah untuk diuji sebelum dan selepas diberi minum air gula. Diabetes merbahaya untuk ibu hamil.
2) HbA1c
Apabila badan memproses gula, glukosa dalam darah melekat kepada sel darah merah secara semulajadi.
Jumlah glukosa yang bergabung dengan sel darah merah ini adalah berkadar terus dengan jumlah gula yang ada di tubuh badan pada masa itu.
Kerana sel-sel darah merah di dalam tubuh manusia bertahan selama 8-12 minggu sebelum pembaharuan, ukuran glukosa pada sel darah merah (atau HbA1c) boleh digunakan untuk menggambarkan purata paras glukosa darah sepanjang tempoh itu.
Jika tahap gula dalam darah anda telah tinggi dalam beberapa minggu kebelakangan ini, HbA1c anda juga akan lebih besar.
3) Alat Pengukur Gula Darah / Glucometer
Alat cek gula darah yang bagus boleh didapat pada mana-mana kedai farmasi. Namun, keputusan ukuran mungkin berlainan dari jenama ke jenama. Selain itu, perkara-perkara dibawah mungkin mempengaruh ketepatan nilai glukometer:
- Tekanan
- Kitar haid
- Baru lepas bersenam
- Demam
- Alat tidak melakukan penentukuran lebih daripada setahun
Kesimpulan
Berapa Bacaan Normal Kadar Gula Dalam Darah?
3.9-5.5mmol/L atau 70-99mg/dL (Normal)
5.6-6.9mmol/L atau 100-125mg/dL (Risiko Diabetes)
7.0mmol/L atau 125mg/dL ke atas (Diabetes)
Bacaan dari 3.9-5.5mmol/L atau 70-99mg/dL (Normal)
Jika angka yang keluar di Glucometer adalah dalam julat 3.9-5.5mmol/L, anda dikategorikan normal dan bebas dari Diabetes.
Bacaan dari 5.6-6.9mmol/L atau 100-125mg/dL (Risiko Diabetes)
Jika bacaan dalam julat 5.6 hingga 6.9mmol/L, dan anda membuat pemeriksaan pada situasi Fasting Blood Sugar (FBS), hati hati kerana anda berisiko tinggi menghidap Diabetes. Sekiranya anda membuat pemeriksaan pada situasi 2-Hour Postprandial Blood Sugar (2-HPP) bacaan ini bukan penentu, sebalikya kemungkinan anda berada di garisan berisiko menghidapi Diabetes.
Bacaan dari 7.0mmol/L atau 125mg/dL ke atas (Diabetes)
Jika anda mendapat bacaan 7.0mmol/L atau lebih pada situasi Fasting Blood Sugar (FBS), anda adalah penghidap diabetes. Sila dapatkan nasihat doktor segera.
Jika anda memerlukan bantuan saya untuk mengatasi diabetes dalam 7 hari
Visitor Rating: 4 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 4 Stars
Hai..sya lisa bru mgandung 4buln,sya ada bt pemeriksaan OGTT sblum keputusan 4.9 dn slepas 2jam minum air gula 8.1..rasa agk tinggi juga gula dlm bdn sya.lepas smgu sya dsaran kan bt BSP oleh dokter sbyk 4kali sehari,selang 4jam sblum dn slepas mkn,bla dh on diet kputusan ptma 4.3-4.9-4.3-4.1 dokter kata normal..tp slepas ni sya kna jga pmkanan dn kurangkn mknan dn minum manis,juga pgambilan mknan yg byak dn blemak..apa perlu sya kawal pmknan smpai sya bsalin..tq dgn pencerahan..
Hi Malisa, penjagaan bacaan gula yang stabil merupakan perkara penting semasa mengandung. Tahniah, anda telah berjaya mengekalkan keadaan ini. Dicadangkan berujuk kepada artikel-artikel berikut:-
https://www.hk3.com.my/ms/petua-kencing-manis-semasa-hamil/
https://www.hk3.com.my/ms/makanan-pesakit-kencing-manis-semasa-hamil/
https://www.hk3.com.my/ms/diet-diabetes-semasa-hamil/
Jika anda perlu bantuan lebih lanjut, boleh hubungi pakar pemakanan kami pada talian 0197161678.
Hai
Keputusan OGTT saya
FBS : 6.39
2HPP : 10.10
Prediabetes atau Diabetes ya
Sbb doktor sahkan saya ada DM Type 2
Agak confuse.
Hi Cen,
Kami cadangkan anda ikut arahan doktor. Pada masa yang sama, anda kena bermula mengawal cara pemakanan anda. Cen, boleh berujuk kepada langkah2 ni untuk mengawal bacaan gula dalam tahap normal.
https://www.hk3.com.my/ms/cara-mengatasi-masalah-kencing-manis/
Hi assalamualaikum, saya asha . Sejam selepas saya makan bacaan gula saya 4.5 . Normal atau kurang gula ya ?
Hi Asha, boleh saya tau apa yang Asha makan dan adakah Asha ambil ubat kencing manis atau insulin?
Hi. .
Suami saya bacaan glukos 13 (semakan kurang 2 jam selepas makan nasi arab) berumur 36 tahun. Beliau tidak mengambil minuman bergula. Bacaan ketika berpuasa 6.8. Adakah beliau berisiko tinggi diabetes dan bagaimana cara menurunkan bacaan glukos.
Hi Azliza, bacaan gula normal selepas makanan adalah <11.1mmol/L, puasa <5.6mmol/L.j Oleh itu, suami Azliza boleh dikata menghidap kencing manis. Cara menurunkan bacaan gula boleh berujuk kepada https://www.hk3.com.my/ms/penawar-kencing-manis/
Hi doktor
Saya azlan.. Saya berpuasa selama 8jam dan bacaan gula 6.4..dan selepas makan bacaan gula 8.2..adakah saya menghidap diabetes..
Tuan Mior Mohd Azlan, keadaan tuan boleh dikata prediabetes. Dicadangkan menurut pemakanan diabetes, membuat senamam secara konsisten untuk menurunkan bacaan gula kurang drp 5.6mmol/L (berpuasa).
Saya zaiton..saya mengandung 30minggu..lepas buat MGTT bacaan gula saya 7.9 dan doktor saran saya buat BSP.bacaan saya lepas buat bsp 5.1, 4.8, 6.8, 6.5 adakah itu tanda saya ada diabetis
Puan Zaiton, terima kasih kerana komen anda. Disebabkan oleh hormon, bacaan gula ibu mengandung akan lebih tinggi drp orang biasa. Bacaan gula Puan Zaiton adalah lebih tinggi. Dicadangkan menurut saranan doktor jika perlu ambil insulin. Bacaan gula yang tinggi semasa mengandung boleh menyebabkan bayi yang lebih berat.
sejam selepas makan, saya membuat ujian darah menggunakan blood tester yg di beli dr farmasi. ujian menunjukkan bacaan 17.1. adakah saya berkemungkinan mengidap diabetis?
Tuan Shaiful, keadaan ini adalah diabetes. Bacaan gula lepas makan tidak boleh lebih drp 11.1mmol/L. Tuan boleh berujuk kepada langkah2 ni untuk mengawal bacaan gula dalam tahap normal. https://www.hk3.com.my/ms/cara-mengatasi-masalah-kencing-manis/
hi.. saya wani..
sebelum ni saya rasa badan tidak sihat dan cek gula selepas 8 jam puasa agak tinggi 5.9. selepas seminggu saya cek gula saya bru tahu yang saya positif mengandung.. adakah bacaan gula saya yang tinggi td disebabkan saya mengandung atau pun saya memang berisiko kencing manis.
Hi Wani, ibu mengandung mempunyai perubahan hormon yang boleh menyebabkan kenaikan bacaan gula. Didapati 5.9 adalah slightly tinggi daripada 5.6 (bacaan normal). Dicadangkan berjumpa dengan doktor untuk perbincangan adakah anda perlu mengambil perubatan. Rujukan berkaitan https://www.hk3.com.my/ms/diabetes-semasa-hamil/
Hye doctor sya pregnant 14 minggu… sebelum sya minum air gula bcaan gula dlm bdan sya 6 las minum air gula jd 14.Kemudian sya diarahkan ke klinik utk baacan 4 kali seharian ( 5.7, 9, 6, 9 ) kemudian sya admit hospital utk insulin.Sya nak tanya brapa purata bacaan gula dlm badan yg sesuai utk ibu hamil ( pagi,tgah hari,petang,malam )
Pn Siti, menurut American Diabetes Association, purata bacaan gula yang sesuai untuk ibu hamil adalah:
Berpuasa (tidak makan sekurang-kurangnya 8 jam) <5.1mmol/L
1 jam lepas makan <10mmol/L
2 jam lepas makan <8.5mmol/L
Hello doktor..saya rasa tak sedap badan.. Selepas saya makan..saya terus pergi ke.klinik untuk pemeriksaan..bacaan gula dalam.darah saya 9.9 adakah saya menghidap kencing manis?
Tuan Nik, jangan risau. Jika bacaan 9.9 ni adalah bacaan 1 jam lepas makan bermakna normal.
Dan doktor saya pun membuat ujian air kencing dan dalam.air kencing saya kandungan gula..adakah saya penghidap diabetes?
Sekiranya urin mengandungi gula yang berlebihan, boleh dikata sudah risiko tinggi untuk mengidapi kencing manis. Dicadangkan membuat ujian glukos dan hba1c di hospital untuk mengenalpastikan. Selain itu, mencegah lebih baik drp mengubati, boleh rujuk https://www.hk3.com.my/ms/cara-mengatasi-masalah-kencing-manis/
Adakah bacaan menggunakan glucometer tepat atau perlu pergi juga ke klinik membuat ujian gula utk mengetahui samada diabetes atau tidak selepas bersalin? Terima kasih.
Bacaan glukometer boleh digunakan sebagai rujukan. Namun, jika bacaan gula sebelum makan melebihi 5.6mmol/L dan selepas makan melebihi 11.1mmol/L, boleh dikata risiko diabetes amat tinggi. Untuk mengenalpasti diabetes, cara yang terbaik adalah pemeriksaan doktor. Rujukan untuk memperbaiki kencing manis https://www.hk3.com.my/ms/cara-mengatasi-masalah-kencing-manis/
Hi recently i hv a blood test n found out my glukose rate is 5.6. Never i hv ths kind of rate. im 46 years old now. Could doctor pls gv me some advices?
Hi Angie, 5.6mmol/L is border line in between normal and prediabetes. Age above 40 has higher risk of diabetes. We suggest to follow diabetic diet, regular exercise and taking supplement for diabetic to improve blood sugar level.
Hi recently I have a blood test n found my glukose is 21.7. I am 46, Doc pls guide me on daly diet…..I am so stress…
Mages boleh berujuk kpd https://www.hk3.com.my/ms/menu-pesakit-kencing-manis/ dan https://www.hk3.com.my/ms/penawar-kencing-manis/
Hi doc,
Sblm ni sy gdm insulin slps test puasa 5.6 slps minum air gula 8.1..
Bru2 ni 6mggu slps bersalin sy ke klinik utk minum air gula… so harini dpt result bacaan puasa 5.6 n selepas minum air gula bacaan 8.3.. adakah sy ade diabetes.. ?..
Hi BungaAlanna, bacaan gula 8.3 selapas minum air gula adalah prediabetes. bacaan melebihi 11 adalah diabetes.
Adakah anda ingin minum gula seterusnya 7.7 normal? Dalam satu jam selepas makan malam untuk pergi ke luar mengalami 8.1 normal?
Hi Ming, bacaan normal:
1 jam lepas makan <11.1
2 jam lepas makan <7.8
Ini bermakna, bacaan anda adalah normal.
I find it really interesting for a person claiming to be a dietition just copy and paste an article without even giving credit to the sources?
http://www.diabetes.co.uk/diabetes_care/blood-sugar-level-ranges.html
Dear, we accept your suggestion and criticism. You can click on the NICE chart. It links to the source of content. Moreover, this article get reference from various websites such as WHO, ADA and etc. Pure copy and paste can’t make this happen.
Hi doc,
Sy tgh hamil anak 1st.. berat badan naik mendadak.. 5bulan hamil dah minum air gula sekali.. keputusan semasa puasa 4.6 dan selepas 2j minum air gula 6.9
Skrg bru 7bln kena minum lagi air gula.. keputusan semasa puasa 5.0 dan selepas 2j minum air gula 8.1
Mcm mna ye doktor? Sy berisiko tinggi ke?
hi Farah. Jangan risau. Bacaan anda adalah normal.
Semasa kandungan sy 7 bln bacaan mgtt sy ialah 4.6 dh lps minum air gula bacaan sy 7.8.. doc menyarankn utk wat bsp dn bacaan sy adlh 4.1, 4.7, 4.5, 6.3.. adakah sy diabetes?
Hi Ayu, bacaan normal selepas minum air gula (OGTT) adalah kurang drp 11.1mmol/L. Bacaan Ayu 7.8 adalah normal. Bagi bacaan gula selepas 8 jam berpuasa, ia tidak boleh lebih drp 5.6mmol/L. Bacaan Ayu adalah normal pada pertama hingga ketiga kali. Tetapi, bacaan akhir adalah lebih drp 5.6. Kesimpulannya, Ayu belum boleh disahkan sebagai diabetes. Kekalkan bacaan gula yang stabil ini.
Hi Dr,
pada bulan yg lepas sy kena minum air gula. bacaan semasa puasa 5.1 dan bacaan selepas 2 jam 6.4. nurse ada beritahu jika dlm masa seminggu tiada panggilan drp KKIA bermakna result sy ok. so selepas sebulan iaitu semalam sy ada check up.sy tanya kpd nurse tentang result MGTT sy. nurse ckp sy dah ada GDM sbb sy dah melebihi 5.0. sy pelik kenapa sy tiada terima panggilan drp KKIA jika sy ada GDM. bila sy refer pada tulisan Dr di atas pon bacaan saya 5.1 dikira normal. Tetapi kenapa nurse beritahu sy dah GDM. isnin ni sy kena buat BSP 4 kali….sy confuse la..tlg jelaskan Dr…TQ
Hi Puan Ija, bacaan normal semasa puasa adalah kurang drp 5.1. Manakala , selepas 2 jam minum air gula perlu kurang drp 7.8. Jadi, nurse memesan untuk membuat pemeriksaan semula untuk mengenalpasti GDM. Rujukan http://www.moh.gov.my/penerbitan/CPG/CPG%20T2DM%202015.pdf CLINICAL PRACTICE GUIDELINES
MANAGEMENT OF TYPE 2 DIABETES MELLITUS page 73.
S.sejatera
1.Saya boy,saya nak Tanya kalau puasa,blh ke
minum air kosong sebelum check gula?
2.waktu yang paling sesuai untuk check gula ?
Salam Boy,
1. boleh minum air kosong sebelum menguji bacaan gula puasa
2. bacaan gula boleh diuji pada bila2 masa. Maka kalau ingin tahu kesan makanan dgn bacaan gula, masa yang paling sesuai adalah sebelum makan dan 1 jam selepas makan. Bacaan yang normal sebelum makan <=5.6. Bacaan normal 1 jam lepas makan <11.1. Untuk pemakananan yang terbaik, perbezaan bacaan gula sebelum dan selepas makan tidak boleh melebihi 2.8.
Tuan. saya baru 2 minggu lepas macam tu buat pemeriksaan di klinik pathlab. Semua bacaan normal. cuma kolestrol tinggi. Saya sebenarnya suka minum bende bende manis. tapi ketika pemeriksaan saya puasa 8 jam macam tu tak makan minum apa2 (Minum air kosong sahaja) . soalan saya kenapa bacaan gula tu pada paras normal @ biasa ? anda kata kalau setiap hari saya cuma consume apple merah sahaja bolehkah kadar gula dalam badan benar2 turun ?
Hi Mohd Kitt, bagi orang tanpa diabetes. Walaupun banyak makan manis. Bacaan gula tetap normal. Apple merah mengandungi gula juga. Bagi pesakit diabetes yg serius, jika ada makan apel merah, ia sepatutnya menggantikan nasi putih pada makan tersebut (utk mengimbangi pengambilan karbohidrat).
Saya Puan Syafiqah..
Sejak 2 bulan ni saya kerap kebas kaki dan tangan..kerap rasa haus dan kering tekak terutamanya waktu malam..saya juga cepat lapar..
20.10.2017 saya di masukkan ke hospital pakar kluang( masalah gastrik) saya ada buat pemeriksaan darah bacaan 8.9 tapi..tapi doktor tak maklum pun berkenaan keputusan darah saya itu…
27.11.2017 saya juga ada ambi darah (klinik 1malaysia) bacaan 4.8 pula..
Adakah saya pengidap diabetes
Puan Syafidah, jika bacaan 8.9 adalah diambil 1 jam selepas makan, makan ia adalah normal. Sebagai rujukan:
1 jam lepas makan <11.1
2 jam lepas makan <7.8
puasa <5.6
saya Puan Atiqah,
saya mula minum air gula pada kandungan saya 7 bulan. Bacaan semasa saya berpuasa adalah 5.6 selepas saya minum air gula bacaan nye menjadi 5.2. adakah saya dalam lingkungan menghidap diabetes.
Hi Nur, bagi ibu hamil, bacaan normal semasa puasa adalah kurang drp 5.1. Manakala , selepas 2 jam minum air gula perlu kurang drp 7.8. Bacaan anda berisiko diabetes gestasi. Dicadangkan jumpa doktor anda untuk mengenalpasti keadaan ni ^__^
Hye..saya nk tny 3 bulan lpas sy ade buat ujian gula FBS sblm sblm minum air gula bacaan 5.7 slpas 2jam bacaan 9.7 adkah saya sudah dikatagorikan penghidap diabetis.. Slpas dpt result tersbut sy slalu buat tes sndiri dirumah..tetapi bacaan 2jam lpas mkn purata dalam 4.7-6.0 ujian sy buat setiap minggu.. Adkah sy sudah menghidap pnyakit diebetis?..untuk makluman sy msh blm mkan ape2 ubat lg..sbb dokte tgk bcaan gula sy trkwal..
Hi Amir, bacaan gula anda masih terkawal. Tapi telah dianggap sebagai prediabetes. Tidak perlu mengambil ubat. Dicadangkan laksanakan pemakanan sihat, senaman kerap dan mengambil makanan tambahan yg boleh menstabilkan kencing manis
Pre diabetis adkah telah di katagorikan sbgai psakit diabetis? Sy kurg phm yg dmksdkan dgn pre diabetis? Dan adkan risiko sy tggi utk kene diebites? Trm ksh
Prediabetes bukan diabetes. Ia merupakan keadaan yang perlu perhatian supaya bacaan gula sentiasa normal. Jika tidak jaga, ia akan berkembang kpd diabetes dimana ubat hospital diperlukan untuk mengawal kencing manis.
Saya puan ita…saya berumur 28thun…
Saya baru2 ni melakukan test kencing manis selepas makan hasil ujian 7.6…
Adakah saya penderita kencing manis??
Puan Ita, bacaan 1 jam lepas makan tidak blh lebih drp 11.1, 2 jam tdk blh lebih drp 7.8. Jika ujian anda dibuat dalam jangka masa 2 jam selepas makan, makna puan tiada kencing manis.
hai doktor..sy berumur 39 thn. Setiap pagi sebelum makan bacaan gula saya 8.3, selepas 2 jam mkn ia 9..adakah normal doktor?
Puan Azean, bacaan sebelum makan perlu kurang drp 5.6. Bacaan anda adalah tahap diabetes. Dicadangkan menjalankan pemakanan diabetes dan menggunakan makanan tambahan yang boleh meningkatkan sensitiviti insulin seperti garam buluh hk3.
Hai doc,
Sy berumur 36thn dan mempunya latar belakang family mengidap diabetis…bacaan gula sy pagi sblm makan 6.5 dan bacaan slps makan slps sejam lebih 7.8..adakah sy pengidap diabetis..
Tq doc
Hai Pn Yati, bacaan puasa 5.7-7 dikategori sebagai prediabetes. Jadi, Pn belum dikira pengidap kencing manis. Tapi, sudah prediabetes.
Hai doc sy smlm br check utk diabetes, pas 1jam mkn n minum air coke baca 10 adekah sy mempunyai kencing manis??? N baca utk suami sy plk 6.9, pas 1jam mkn n minum coke??
hi Pn Hamizah, bacaan normal 1 jam lepas makan adalah <11.1. Bacaan gula Pn dan suami adalah normal.
Hai doc
Saya berumur 36 thun.hamil anak ke 4 skrg ni.jarak kehamilam 10 10 thun.sebelum minum air gula bacaan gula saya 4.6 dan selepas 2 jam bacaan gula saya adalah 8.8.adakah saya dikategorikan pengidap kencing manis semasa hamil skrg ni
Hi Ainee, bacaan normal semasa puasa adalah kurang drp 5.1. Manakala , selepas 2 jam minum air gula perlu kurang drp 7.8. Jadi, dicadangkan membuat pemeriksaan semula untuk mengenalpasti GDM. Rujukan http://www.moh.gov.my/penerbitan/CPG/CPG%20T2DM%202015.pdf CLINICAL PRACTICE GUIDELINES
MANAGEMENT OF TYPE 2 DIABETES MELLITUS page 73.
Hai doc pg td sy check diabetes selepas 8jam berpuasa ia menunjukkan 4.8 adekah sy di kategorikan sebagai prediabetes
Hi doc sye 18 .. sye dh chek gula . Sye 13.7 adakah sye dh dot oenykit kencing mnis?
Hi Nana, bacaan melebihi 11.1 adalah kencing manis. Kemungkinan besar anda dah mengidapi dm.
But this morning i check drah i 12 should i take medicine?
Hi doc,
5min sblm check darah… Sy ade mkn cempedak grg dan minum teh o… Bacaan gula sy 11.8.. Adakah sy pengidap diabetis..
Hi Nora, bacaan melebihi 11 sebanyak 2 kali boleh disahkan sebagai prediabetes atau diabetes. Dicadangkan membuat ujian sekali lagi utk memastikan.
Hye doktor saya berumur 31 tahun.. Saya keliru saya ada 2 mesin ujian dlm darah.. Mesin yg jenama avometer bacaannya 5.4mmg..dan mesin yang jenama bayer bacaannya 4.7mmg yang manakah bacaan yang betul.. Adakah saya hadapi diabetis jika bacaannya sebelum 5.4mmg dan selepas mkan selepas 2jam 7.1mmg
HI Kamarul, mesin berlain jenama boleh memberi bacaan berbeza tidak lebih drp 1 poin. Bacaan anda adalah normal.
Bacaan gula saya tengok pagi tadi..saya tengok 5.1mmol..kadang2 bacaan gula saya 4.8mmol…berapa bacaan sebenar yang normal.. Kadang2 saya keliru.. Dan jika paras gula dlm darah 5.6mmol dikira pradiabetic.. Dan mcm mna hendak turunkan gula dalam darah.. T. Kasih.
Hai…sy tasya..sy berumur 21 thn..sejarah keluarga mmg rmi yg menghidap kencing manis..bacaan gula sy semasa puasa adlh 6.1..tpi adkh kerana sy mmbuat kerja2 di rumah bole mnybbkan gula naik kerana memerlukan tenaga yg lbh?atau dikira prediabetes?
Hi Natasya, bacaan gula turun lepas 1 jam bekerja kuat / senaman. Selain itu, tidur lewat, stres, deman, kitar haid juga blh menyebabkan bacaan gula tinggi sementara. Jika semua diatas dikecualikan, kemungkinan tinggi anda mengidapi prediabetes.
Hi Doktor . Adakah diabetis boleh disebabkan oleh penyakit kanser . Saya baru selesai membuat pembedahan kanser salur hempedu . Doktor mengatakan kemungkinan diabetis yang saya hidapi berpunca dari kanser berkenaan .
Adakah masalah diabetis saya akan selesai jika fungsi hati dan hempedu saya kembali normal lepas pembedahan. Terima kasih doktor .
Hi Jusnizan, kencing manis boleh disebabkan oleh kanser jika penyakit barah menjejaskan fungsi pengeluran insulin atau sensitivi insulin. Tidak semestinya semua pesakit boleh kembali sihat dari diabetis selepas pemulihan organ2 lain. Manakala, pemakanan seimbang, senaman berjadual tetap dan emosi stabil sentiasa membantu.
Hi dr.. saya mengandung… bacaan fasting saya ialah 5.1 dan selepas minum air gula ialah 8.2. Adakah saya seorang ibu yg disbetic..?
Hi Valendratta, bacaan berpuasa adalah kurang drp 5.1. Jadi, bacaan puasa anda adalah normal. Manakala , bacaan selepas 2 jam minum air gula perlu kurang drp 7.8. Dicadangkan membuat pemeriksaan kali kedua untuk mengenalpasti GDM. Rujukan http://www.moh.gov.my/penerbitan/CPG/CPG%20T2DM%202015.pdf CLINICAL PRACTICE GUIDELINES
MANAGEMENT OF TYPE 2 DIABETES MELLITUS page 73.
Maksudnya dr.. saya memang sudah sah diabetic atau selepas buat GDM baru dpt pengesahan saya diabetic atau x…?
Hi, jika doktor sahkah dah okay. GDM adalah gestational diabetes mellitus yakni kencing manis semasa hamil.
Hi doktor..sy pregnat 7month. Bacaan gula dlm darah semasa 8 jam berpuasa 3.7. Selepas minum air gula di klinik bacaan jadi 8.3..bagaimana situasi saya ? Saya juga mengambil bacaan gula selepas 2 jam makan. . Kebanyakkan bacaan pada julat 5.2-5.8. Adakah sy mengalami diabetis
Hi Ida, jangan risau. Anda belum boleh disahkan diabetes semasa mengandung. Bacaan anda masih dlm normal. Cuma bacaan minum air gula adalah lebih tinggi. Dicadangkan membuat pemeriksaan minum air gula semula utk mengenalpastikan.
Saya johari umur 32..bacaan gula saya semasa puasa 5.3mmol…dan selepas mkan bacaan sy 7.8mmol..purata bacaan gula saya sebelum makan paling kurang 4.8mmol dan paling tinggi 5.4mmol sebelum mkn adakah saya sudah dikatakan pradiabetic..dan sya bekerja syif..adakah ia memberi kesan kepada bacaan gula saya.. T. Kasih
Hi Johari, bacaan gula anda adalah normal. Belum jadi prediabetes. Berkerja syif mungkin meningkatkan hormon stres yg boleh menyebabkan bacaan gula tinggi. Rehat secukupnya dan cuba mengelakkan dehidrasi dengan minum 3 liter air + 5 gram garam buluh hk3 membantu cegah kencing manis.
Hi Doc, saya nak tanya, pagi ni saya breakfast nasi lemak dan kopi O ais. Lepas 1 jam saya check blood saya 9.0 lepas tu saya check urin dapati warna bertukar ke ++. saya berumur 45 tahun, BMI ideal dan bersukan. Saya bebas diabetes dan juga tiada sebarang penyakit lain. Saya musykil kenapa urin test saya menunjukkan kehadiran glukosa.
Hi Salmi, anda mungkin dalam keadaan prediabetes. Cuba cek bacaan gula pagi sebelum sarapan, jika ia antara 5.6 – 7, maka, anda berisiko prediabetes.
thanks Doc for your reply. Saya dah check, fasting 5.1. tetapi saya masih hairan kenapa dlm urine saya mengandungi gula jikalau blood not fasting saya 8.0. adakah semua orang (bebas diabetic) mengalami situasi yang sama seperti saya.
Tetapi selepas 1 jam tiada lagi gula di dalam urine.
Hi Salmi, bacaan gula akan naik selepas makan. Jika bacaan tidak lebih drp 11.1mmol/L satu jam lepas makan. Ia adalah normal.
Doktor sy nk tnya….Ms puasa bacaan 3.9…lps 2jam ambil darah bacaan 9.4…sy tngh mgndung 5 bln…adakah sy Diabetes?
Hi Hazuwani, kami mencadangkan anda pergi klinik atau hospital untuk buat ujian OGTT dan HBA1c, lepas dapat keputusan, doktor akan buat diagnosis yang lebih lanjut dan tepat.
Hi Doctor,
I have diebetic, am on metformin/ gliclazide. Recently my dosage was increased. But now i figure out that i am 5 weeks pregnant. Should i stop taking metformin/gliclazide immediately? Is there any side effects to the mother or to the infant if those tablets taken at early pregnancy? Thanks.
Hi Syzu, usually insulin will be prescribed instead of metformin/gliclazide during pregnancy. Just discuss with you doctor for best medication.
Hi doc, saya laila sedang mengandung 14 minggu. semasa kandungan yang lepas saya adalah GDM. Bacaan sebelum minum air gula 4.7 dan 2 jam selepas minum air gula 8.7. Suatu hari, secara tidak sengaja saya membuat ujian paras glukose tapi tempoh masa lebih kurang 15-30minit selepas sarapan dan bacaannya mengejutkan saya iaitu 15.6. Namun beberapa jam selepas itu saya check semula bacaan menjadi 6.7. Adakah bacaan ini invalid? Tetapi saya akan membuat ujian darah 4 kali di hospital pada temujanji yang akan datang.
Soalan : Adakah saya diabetic atau masih GDM?
Hi Laila, kemungkinan besar anda GDM. Manakala orang GDM senang mengidapi kencing manis selepas bersalin.
Hai doc sya shuhada smlm sya cek lps tu bacaan sya 8.2 sblm cek tu sya x de mkn apa2 dn mnum apa2…smlm kli prtma sya cek…tp dktr ckp dia srh dtg 2 bln lg untk ambl drh…nti tu untk mngesan sma ada sya ada kncing mnis atu x de
Hi Shuhada, jika anda tidak makan selama 8 jam. Bacaan 8.2 adalah tidak normal. Risiko tinggi utk anda mengidapi k.manis.
Hi doc..
I check puasa 8 jam 7.4..slpas mkn 2 jam.. 10.2
Hi Ina,mungkin diabetes jika bacaan puasa 8 jam lebih drp 7 lagi.
HI DOCTOR, SY HAMIL 20MINGGU MASA BUAT TEST, RESULT SEMASA PUASA BEFORE IALAH 4.51… Selepas minum air gula 2 jam turun 4.29… Nurse suruh minum balik, repeat test… BG SY DH OK TU KAN DOC? X perlu repeat lg, logik je ralat sedikit kan Doc?
Hi Najmi, biasa hospital akan berulang 2 kali utk mengenalpastikan keadaan anda.
hai Allan..lebih kurang 5 bulan yang lepas, saya ada buat ujian darah di klinik kesihatan..bacaan gula dalam darah saya 4 semasa berpuasa. Kebetulan pagi tadi ada pemeriksaan kesihatan percuma di masjid berdekatan, bacaan gula dalam darah saya 7.8 pada ketika saya baru lepas makan dalam tempoh sejam lebih kurang. Adakah bacaan tersebut menunjukkan saya pengidap diabetes.Terima kasih
Hi As, bacaan anda adalah normal. Bacaan berpuasa kurang drp 5.6 dan sejam lepas makan kurang drp 11.1 adalah normal.
Bacaan sblm makan 6..bacaan selepas 1jam makan 6.5…adakah saya ada risiko diabetis
Hi Lin, bacaan anda berisiko prediabetes.
Bacaan sblm makan 6 selepas makan 1jam 6.5 slepas 2jam 7.1 ..adakah saya berisiko ada diabetis doc
Hi Lin, bacaan anda berisiko prediabetes.
Hi .. bacaan gula saya semasa puasa di waktu pagi sebelum sarapan biasanya tinggi, purata bacaan 8 ke 9. Saya memang ada diabetes sejak 2014, umur sekarang 53 tahun dan telah mula mengambil ubat. Bacaan agak baik di waktu petang dan malam. Persoalannya kenapa bacaan tinggi walaupun saya mula berpuasa bermula dari jam 8 malam
Hi Abd Rahman, sebab hati mengeluarkan glukosa yg terlalu banyak semasa tidur. Boleh dikata hati dah “lost control”. Dicadangkan menggunakan GlucoLess, ia boleh menggurangkan pengeluaran glukosa dari hati.
Hi dr.. nak tanya.. bacaan gula waktu puasa sy 6.4 dan sy sedang period.
Adakah waktu period boleh pengaruhi bacaan darah kita
Hi Zawani,
Selamat sejahtera. Semasa kitaran haid, perubahan dalam hormon berkemungkinan akan menjejaskan insulin dan paras glukosa darah. Zawani boleh cuba uji bacaan gula selepas period. Tengok bacaan paras gula darah.
hi Dr Allan.. saya mengandung kini 20 weeks dan semasa saya mengandung 4 bulan..saya perlu minum air gula dan bacaan sebelum minum air gula 4.7 dan bacaan selepas minum air gula adalah 8.7.. adakah saya penghidap kencing manis? terima kasih
Hi Yus, bacaan normal sebelum minum air gula harus kurang drp 5.1. Manakala , selepas 2 jam perlu kurang drp 7.8. Dicadangkan membuat pemeriksaan semula untuk mengenalpasti GDM. Rujukan http://www.moh.gov.my/penerbitan/CPG/CPG%20T2DM%202015.pdf CLINICAL PRACTICE GUIDELINES
MANAGEMENT OF TYPE 2 DIABETES MELLITUS page 73.
saya bersahur pd jam 4.30 am.. dan membuat semakan gula pada jam 10.00 am dgn bacaan 6.4. Adakah saya berisiko diabetik doctor?
Hi Aisyah, bacaan gula 4 jam lepas makan harus <5.6. Bacaan anda berisiko pre-diabetes. Boleh dikawal baik dgn pemakanan, senaman dan garam buluh.
Hai. Saya Ziha age 22. Sebelum makan paras gula 3.7 . Selepas dua jam makan bacaan 6.1 . Kadang2 4.7 . Adakah saya berisiko kencing manis ataupun bebas kencing manis? Kenapa bila saya tak minum air manis paras gula cuma 3.7 ? Bila saya amik air manis dan nasi paras gula selepas dua jam 6.1 ? Sometimes turun selepas 5 jam 3.7 ataupun 4.7
Hi Ziha, bacaan anda adalah normal. No diabetes.
Hi Allan. Bacaan gula saya 4 minggu lepas dalam 30minit after eating a small amount of biscuit is 4.7. Tapi, after 2 weeks saya check lagi waktu puasa more than 10hrs is 5.9. Since I am curious, I checked again after another 1 week and it increased to 6.9 after more than 12hrs fasting. On the same day, after around 1hr having my meal, i tested my glucose level again and the reading was 9.2. I’m not sure if this was affected by my menstruation and stress. Or maybe because of drinking lesser amount of water in this fasting month.
Hi Reen, kemungkinan besar anda telah diabetes. Stress, menstruation and fasting boleh menaikkan bacaan gula. Tapi tidak lebih drp 7.0. Jika, melebihi 7.0, ia menunjukkan anda berisiko diabetis. Kami bercadang berjumpa dgn doktor untuk mengenalpasti. Jika anda ingin cari makanan yg boleh membantu, boleh berujuk kpd https://www.hk3.com.my/ms/penawar-kencing-manis
Hi. Sy cda. Masa mengandung saya ada gdm on diet. Lps 6 minggu bersalin, sy diminta minum air gula lg. Masa puasa bacaan 4.75 lps minum air gula , bacaan 9.52. Nurse suruh jumpa doc utk tindakan lnjut. Adakah sy perlu mkn ubat atau on insulin?
Hi Cda, bacaan puasa adalah normal. Bacaan 2 jam lepas minum air gula antar 7.8-11.1 mungkin berisiko prediabetes. Pada pandangan saya, anda boleh jumpa doktor untuk berbincang cara mengelakkan kencing manis pada hari kelak. Keadaan anda sekarang ni boleh dikawal secara alami dengan pemakanan dan senaman.
Hi Allan, saya pernah buat ujian gula dalam darah dan bacaan 27, saya rasa tiada tanda-tanda seperti diabetes. Apa patut saya lakukan?
Hi Lala, bacaan anda agak tinggi. Dicadangkan menurut cara ni untuk menurunkan bacaan gula <7mmol/L. Rujukan https://www.hk3.com.my/ms/cara-mengatasi-masalah-kencing-manis/
Hi Doktor, Saya mengandung 30minggu. Sy ada minum air gula pada usia kandungan saya 28minggu. Keputusannya setelah berpuasa 5.12 selepas 2jam 7.01. Adakah ini normal? sebab doktor d KKIA menyatakan keputusan ini normal dan saya dinasihatkan menjalankan pemeriksaan seperti biasa mengikut temujanji yang ditetapkan.
Hi Dayang, keputusan ni normal. No worry.
thank you.
hai doc..sy fiza.. umur 31.sejak semggu ni sy kerap kencing selang sejam.then sy curious..sy cek google salah satu petanda kerap kencing mgkin mghidap diabetis..then sy buat test guna glucometer sy sndri.sy buat test pd 7pm.last mkn pd pkul 5.30pm..result bacaannya adlh 7.2..sy buat lg skali test pd pkul 9pm hari y sme..result bacaan 5.5..adakah sy mghidap diabetis??apakah bacaan normal semasa berpuasa n tidak berpuasa?tq doc
Hi Fiza, bacaan anda adalah normal. Kerap kencing mungkin tanda prediabetes. dicadangkan membuat ujian pada waktu pagi sebelum sarapan. Jika bacaan melebihi 5.6, anda mungkin ada prediabetes.
Hai doktor… saya buat pemeriksaan lepas makan aiskrim bacaan 7.1 adakah saya ada kencing manis? Normal ke?
Hi Suhada, jika bacaan ni diuji 1 jam lepas makan. Ia adalah normal. Sebab bacaan 1 jam lepas makan tidak boleh melebihi 11.1.
Hai allan, sy amat risau.. sy ade deabetis dan sy juga mengandung 13weeks.. bila sy buat rawatan di Malaysia doc menyuruh sy mengunakan insulin, tp sy tidak melakukanya.. sy buat sekali lagi rawatan di klinik negara suami sy disini Maldives dan doc mengatakan sy tidak perlu mengunakan insulin kerana sy hanya perlu control makanan.. sy risaukan kandungan sy.. bacaan gula sy sebelum fasting 123 dan selepas 2 jam 141 .. sy takut kecacatan pd kandungan dan masalah akan dihadapi.. apakah harus sy lakukan.?
Hi Maya, no worry. Dicadangkan menggunakan insulin untuk mengekalkan bacaan puasa <92mg/dl or <5.1mmol/L. Jika bacaan anda normal, ia tidak akan membawa kesan kpd anak kandungan.Bacaan selepas makan anda adalah normal. Selain itu, pemeriksaan bacaan puasa semula untuk mengenalpastikan adakah anda perlu mengambil perubatan insulin.
Hai doktor, saya lina. Sekarang saya sedang mengandung 30 weeks. Last week saya ada buat ujian mggt. Bacaan fbs saya 5.8 tapi lepas 2 jam saya minum air gula, bacaan gula saya cuma 4.1 adakah ujian saya tidak valid ? Atau saya memang menghidap kencing manis ?
Hi Amalina, belum dipasti lagi. Dicadangkan membuat pemeriksaan semula untuk mengenalpastikan.
Hi Dr.
Saya noor..semasa ujian gula puasa 8 jam..kadar gula 7.2..adakah saya mengidap kencing manis..t.kasih
Hi Hana, bacaan gula semasa puasa lebih 7.0mmol/L adalah kencing manis.
Hi doc.
Sya majang…smsa ujian 8 jam puasa bacaan gula sya 6.9 adakah saya menghidap kencing manis
Hi Majang, anda mungkin mengidap prediabetes. Belum sampai tahap diabetes. Pemakanan, senaman dan makanan tambahan seperti garam buluh hk3 boleh membantu.
Hai doc..saye 14 week mngandung..tapi mse puasa saya buat bsp 6.5,6.3,5.5,5.8..tapi saya tak nak on insulin..boleh ke saya control diet sndiri??
Hi Maria, cara terbaik adalah insulin jika bacaan gula tinggi semasa hamil.
Hello Doc Allen…sya andy dan berumur 34 Tahun sudah berkhawin,Tinggi saya 183cm manakala berat saya 121kg,saya mempunyai keturunan kenicng manis yg teruk dan ibu sya mempunyai kes kurang tekanan darah…
saya mempunyai alat pemerikasaan gloukos sendiri dan setiap selang 2 hari sya membuat pemeriksaan selepas puasa 8 jam dgn kadar 4.9 – 5.3 mmol/l,manakala selepas makan iya naik ke 6.2-7.6 mmol/l….kadar tekanan darah sya 130 – 75 dan jantung 87 dalam kadar avg perhari
Tabiat permakanan sya pelik sikit doctor,sya tidak minum minuman panas manis dan kueh ketika bersarapan tetapi air sejuk merupakan air keutamaan saya,serta dalam 3-4 hari sya mampu tidak memakan sebarang hidangan nasi tetapi lebih kepada produk mi segera (jenama maggie dan ibumee)serta mee goreng(masakan rumah serta restauran)
Persoaalan sya dsini
1.adakah dengan kadar berat badan sya ini boleh menyebakan penyakit spt diabetis dan tinggi darah atau penyakit yang berisiko lain
2.dengan kadar bacaan glokus sya ini..adakah sya boleh disenaraikan dalam bakal penghidap kenicng manis
3.apakah dengan cara diet harian sya yg lebih kepada air sejuk dan mi segera membuatkan berat badan sya naik
Maaf doctor soalan panjang sgt…
Hi Andy,
1) BMI Andy adalah 36, golongan obesiti. Obesiti merupakan faktor risiko pertama kencing manis.
2) Kadar bacaan gula Andy masih normal. Belum mengidap diabetes.
3) Mee segera mengandungi MSG, sodium dan trans fat. Ia mungkin meningkatkan tekanan darah tuan. Tapi, mee segera adalah makanan high calorie, ia mengkin menyebabkan kegemukan. Dicadangkan mengamalkan pemakanan yang sihat untuk kuruskan badan. Boleh berujuk https://www.hk3.com.my/ms/menu-pesakit-kencing-manis/
Hye doc.. Sy melaku ujian gula puasa 8jam bacaan 5.3 n seblah mlm sy try uji gula 2jam selepas mkn ia menujukkan 8.2.. Ni maksudnya apa yah doc
Hai dktr.. Saya lihat bacaan gula saya setelah makn 6.3 pada malam hari…
Slpas itu pagi selepas makan naik 7.7…
8.6 dan turun 5.9..adakah saya penghidap kencing manis
Hi Teha, bacaan gula selepas makanan pada jam pertama perlu <11.1. Pada jam kedua perlu <7.8. Jika bacaan gula anda adalah 8.6 2 jam lepas makan, kemungkinan Teka mengidap prediabetes/diabetes.
Hi doctor, saya ada buat fasting blood test masa tu and result saya menunjukkan 6.1 . adakah saya disahkan menghidap diabetes ataupun berisiko tinggi menghidap diabetes ? tapi sebelum ambik blood test saya ada minum sedikit susu hi calcium dutch lady.
Hi Ziyad, jika ada minum susu, bacaan 6.1 masih normal.
Hi doc …
setiap thn sejak 2006 saya akn buat Medical checkup .. paras gula saya (puasa) 5.6/6 setiap tahun … tp pd tahun ini 2018 Bln 3 sblum saya buat Medical checkup saya telah mengambil injection steroid & sesekali mengambil ubt thn sakit … selepas itu pd Bln 7 sya check darah gula naik 7.3(puasa) … dan baru2 ini pd 27/8 sya demam tinggi & saya pengsan 10-15min , seblum dihntar ke hosp keluarga tlh meletak Madu ke dlm mulut Utk buat saya sedar dan kadar bcaan gula saya naik mendadak 12/13 & selama 5hr dihosp bacaan saya berubah2 9/8/7/6 … doc mengatakan saya diebetic & diberi ubt tragenta duo(semasa di hosp) … masalah bila mkn ubt saya akn pening .. buat masa skrg saya stop ubt selepas keluar hosp n Cuba kawal gula saya .. bcaan saya skrg adalah dlm 6/7(puasa) … adakah saya penghidap diebetic n perlu meneruskan mkn ubt .. @ adakah kerana pengambilan steroid pada awal tahun punca kadar gula sya berubah2 … sya berumur 39thn .
Hi Sha, steroid akan meningkatkan bacaan gula secara ketara pada sementara. Deman juga menyebabkan bacaan gula naik. Pada bacaan Sha, anda adalah prediabetes. Boleh dikawal dgn pemakanan, senaman dan makanan tambahan seperti garam buluh hk3.
Hai doc… sy preg 8 bulan last cek up doc scan bby mcm besar.. sy d sarankan ambil darah berpuasa tuk teat gula d badan..
darah pertama result 4.1
Selepas minum air gula bacaan 10
Adalah sy menghidap kencing manis?
Hi Siti, belum ada kencing manis.
hi Doc…
Bilakah waktu yang sesuai untuk ambil bacaan gula dlm darah ketika puasa penuh satu hari? Saya cek untuk mak saya sebelum berbuka, bacaan adalah 5.6 dan dua jam selepas berbuka bacaan adalah 13. Adakah waktu-waktu tertentu untuk ambil bacaan?
Hi Aily,
Bacaan gula berpuasa 3.8-5.6
1 jam lepas makan <11.1
2 jam lepas makan 5.6-7.8
>3 jam 3.8-5.6
kemungkinan besar dah ada diabetes jika bacaan lepas makan setinggi 13
Cara mengatasi: ambil sepaket garam buluh life + 1 sudu teh apple cider vinegar + 300ml air, minum lepas makan malam
hai doc
saya laila bacaan saya tuk pgi ni bila puasa 6
adakah saya bakal pengidap kencingmanis
Hi Norlailawati, tahap ini mungking prediabetes. Belum ada kencing manis.
Hi doc..saya pregnant 20week..bacaan BSP saya yg terkini ialah 5.9, 5.0, 4.9, 5.7.. Then nurse suruh jumpa doktor sebab bacaan gula saya borderline..apa maksud nya Dr?
Hi Jacqueline, bacaan anda dah bermula tinggi. Dinasihat jumpa doktor utk pastikan perlukah anda mengambil insulin supaya bacaan gula under kontrol.
Hi doc, Kandungan sy dah msk 31w, sblm srpn td sy cek drh 5.1..adakah normal? Adakah minum air limau kasturi bole kwl gula dlm bdn?
Hi Ria, bacaan ini adalah normal. Boleh campur garam buluh dgn limau kasturi utk elakkan gastrik refluks.
Hi Dr Allan saya berumur 54 tahun saya nk tahu adakah saya kencing manis klau bacaan saya sebelum makan 9?
Hi Nurul, kemungkinan besar anda dah mengidapi kencing manis. Sebab bacaan berpuasa melebihi 7.
1.macam mana kiraan 2 jam selepas makan?
cth : saya makan pukul 1 tgh..kalo dikira 2 jam selepas makan, pukul berapa saya harus check gula dlm darah saya?
2.bgn pagi sebelum makan kadar gula 5.6, selepas 2 jam mkn 10. adakah saya menghidap kencing manis?
Hi Azline,
Bacaan gula 2 jam lepas makan dikira sewaktu anda bermula mengambil makanan. Jika ambil makanan 1pm, anda harus check gula pada pukul 3pm.
Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana produk HKIII membantu diabetes. Boleh hubungi 07-6781167.