[uap-landing-commission slug=’awareness’]

Ramai orang di seluruh dunia telah didiagnosis dengan kencing manis jenis 1 dan 2. Walau bagaimanapun, hal ini berlaku kerana masih ramai yang tidak faham tentang diabetes menyebabkan mereka sering melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Disini kami kongsikan kepada anda 7 kesilapan yang sering anda lakukan dan cara penyelesaiannya untuk membantu anda mengatasi diabetes dengan lebih berkesan.

Kesilapan # 1:

download (3)

Mengambil terlalu banyak karbohidrat untuk meningkatkan gula dalam tekanan darah rendah hanya akan mengakibatkan ianya menjadi lebih tinggi selepas itu. Saya adalah seorang yang mempunyai keazaman yang tinggi tetapi dengan gula didalam darah sebanyak 55 mg /dl, kadang-kadang ia membuatkan saya mahu makan apa sahaja yang ada disekeliling saya tanpa memperdulikannya.

Penyelesaian A:

Terdapat satu cara untuk merawat hipoglisemia.  Walaupun ia tidak memberi kesan yang sangat besar, anda tahu bahawa  satu tab glukosa (4 gram karbohidrat) dapat meningkatkan glukosa darah kira-kira 20 mg / dl. Anda tahu bahawa anda tidak perlu makan terlalu banyak tab glukosa. Anda juga perlu tahu bahawa orang lain juga telah  menggunakan jus air kotak mini, gel glukosa dan lain-lain lagi.

Penyelesaian  B:

Elakkan daripada mengambil makanan seperti snek adalah salah satu pilihan rawatan kepada  hipoglisemia.  Gula darah rendah tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk makan terlalu banyak makanan yang biasanya tidak diambil. Contohnya, anda mengambil granola didalam peti sejuk pada pukul 02:00 pagi dan berfikir “saya hanya mahu sedikit” . Alasan gula darah rendah digunakan sebagai alasan untuk mengambil makanan yang tidak sihat adalah sangat tidak baik.

Kesilapan # 2:

download (4)

Mengambil terlalu banyak insulin apabila gula darah tinggi, dan kemudian menjadi semakin rendah tidak lama kemudian. Tindak balas  insulin kadang-kadang boleh berlaku dengan sangat perlahan  terutama  jika anda memakai CGM.

Penyelesaian A:

Kesabaran. Sentiasa  mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa sabar. Insulin yang paling cepat bertindak mengambil masa lebih kurang 60-90 minit untuk benar-benar mula menurunkan  glukosa darah dan 2 hingga 3 jam untuk menyelesaikan kerjanya. [Peringatan : Ini adalah berbeza  antara pesakit dan bergantung kepada saiz bolus.

 Penyelesaian B:

Gunakan kalkulator bolus untuk membuat kiraan insulin. Apabila terdapat insulin berlebihan, ia adalah kerana anda mengambil terlalu banyak bolus secara manual. Gunakan pengiraan yang sedia ada ingat bahawa bolus insulin masih terapung di sekeliling sistem anda. Jika anda mengambil suntikan, Pen Cap Timesulin boleh membantu.

Penyelesaian C:

Mengambil jalan untuk membetulkan gula darah tinggi  dan mengurangkan pengambilan insulin. Untuk gula darah yang sederhana tinggi (contohnya, 180 mg / dl), saya lebih suka berjalan kaki seketika untuk mengurangkan glukosa saya kerana ia sudah mencukupi untuk membawa saya kembali ke dalam julat. Walaupun hanya dapat melihat satu penurunan yang sederhana dalam gula darah, saya bermula dari asas yang lebih rendah dan lebih selamat untuk memperbetulkannya.

Kesilapan # 3:

images (13)

Memakan makanan ringan. Sangat mengagumkan apabila saya dapat menghabiskan makanan ringan dalam masa yang singkat terutama yang masin, hanya kerana ada makanan ringan di dapur, tanpa berfikir saya terus mencurahkan dengan banyak ke dalam tangan saya atau makan sehingga habis.

Penyelesaian A:

                Mengoyak lubang yang lebih kecil untuk membuka plastik makanan ringan. Saya telah menggunakan gunting untuk membuat lubang kecil di luar sudut pakej makanan ringan. Strategi ini telah terbukti sangat berkesan dalam mengurangkan penggunaan saya. Ia mengambil masa lebih lama, usaha dan kesabaran untuk mendapatkan jumlah yang sama makanan ringan daripada bungkusan biasa.

 Penyelesaian B:

Sentiasa mencurah makanan ringan ke dalam bekas dan bukannya terus ke dalam tangan saya. Sentiasa beringat, “tidak memakan terus daripada paket” satu dasar yang agak membantu dalam membendung tabiat buruk ini. Selain memotong sudut kecil dalam pakej (penyelesaian A), saya baru-baru ini mula cuba untuk memaksa diri saya untuk mencari mangkuk atau bekas Tupperware untuk disimpan ke dalamnya. Jika saya mahu lebih, saya perlu berusaha untuk kembali kepada bekas tadi dan meletakkan lebih banyak ke dalam mangkuk. Cara ini dapat mengurangkan risiko diabetes.

Penyelesaian C:

Menjauhkan  diri dari dapur atau makanan ringan. Pengambilan  snek  adalah berpunca daripada situasi berada di dalam bilik atau ruang yang sama dengan makanan seperti didapur. Anda boleh duduk di ruang tamu atau di laman belakang, serta menyembunyikan makanan ringan daripada penglihatan juga adalah sangat membantu.

Kesilapan # 4:

images (14)

Makan apabila tidak lapar. Saya melakukan ini sepanjang masa, terutamanya apabila saya bekerja dari rumah di meja dapur saya.

Penyelesaian A:

Bertanya kepada diri sendiri, ” Adakah saya lapar atau hanya bosan / letih / teringin untuk makan? ” Hampir setiap waktu apabila berada dengan makanan, otak saya memberitahu saya untuk makan, walaupun saya tidak mempunyai rasa lapar.

Penyelesaian B:

Minum air atau teh. Selalunya, saya boleh mengatasi keinginan untuk makan dengan minum air kosong atau teh. Saya telah menjadi peminat besar minuman teh hijau panas sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan tidak meninggalkan sebarang kalori.

Penyelesaian C:

Menetapkan peraturan dengan tegas dan pantas. Saya telah bereksperimen dengan pendekatan berikut, sekurang-kurangnya tiga jam mesti telah mengambil  antara makanan ringan / makanan berat. Ini menghalang saya dari makan snek sewenang-wenangnya hanya kerana mudah untuk didapati dan mengurangka risiko kencing manis dan darah tinggi.

Kesilapan # 5:

images (15)

Makan terlalu awal atau makan berlebihan. Saya melakukan kesalahan ini secara terang-terangan, terutamanya jika saya mengalami gula darah rendah atau tidak makan dalam beberapa jam. Ini adalah sangat sukar bagi pesakit kencing manis jenis 1 kerana tekanan rasa hormon amylin telah hilang

Penyelesaian A:

Makan lebih  perlahan daripada orang yang makan dengan anda. Apabila makan bersama dengan orang lain lebih mudah untuk memastikan sekiranya anda makan lebih cepat dari orang itu. Anda perlu mensasarkan untuk makan lebih perlahan daripada rakan-rakan anda.

Penyelesaian B:

Makan dengan menggunakan penyepit. Saya telah bereksperimen dengan menggunakan cara ini di dalam dan luar untuk beberapa tahun dan mendapati ia dapat melambatkan lagi kaedah atau cara saya makan. 

Penyelesaian C:

Menambah lebih sayuran. Bagi kesan pengisian rendah kalori, rendah glisemik , beberapa perkara dapat ditewaskan sayur-sayuran. Saya telah membeli sayur-sayuran organik beku dari kedai sejak berada kolej. Ia tidak rosak, murah, dan ramai pakar berkata lebih berkhasiat kerana membeli yang segar.

Kesilapan # 6:

download (5)

Makan terlalu dekat dengan waktu tidur. Selalunya, saya akan makan makanan rendah karbohidrat berhampiran dengan waktu tidur, tidur dengan gula dalam darah dalam pada julat yang baik dan bangun di tengah malam meningkat pada 190 mg / dl.

Penyelesaian A:

Makan lebih banyak kalori pada awal hari(sarapan). Apabila saya sering makan lewat malam, ia membuatkan  saya hampir tidak makan apa-apa sepanjang hari, atau selepas makan  makanan ringan dan tidak makan dengan teratur. Pegang pada pepatah lama, “Sarapan seperti seorang raja, makan tengah hari seperti seorang putera dan makan malam seperti papa kedana.”

Penyelesaian B:

Menghindari makanan tinggi lemak dan makanan ringan dalam tempoh tiga jam sebelum tidur. Saya selalu makan terlalu banyak kacang dekat dengan waktu tidur, ia boleh menimbulkan rintangan insulin dengan perlahan dan peningkatan  dalam glukosa darah apabila tidur. 

Kesilapan # 7:

images (16)

Tidak meningkatkan kadar basal dengan tidur malam yang tidak cukup atau pada hari dengan aktiviti sedikit. Kadar basal saya ditetapkan untuk berada dalam julat apabila saya telah mendapat sekurang-kurangnya tujuh jam tidur dan saya agak aktif (> 10,000 langkah dalam sehari atau beberapa sukan berat). Jika saya tidak mencapai matlamat ini – biasanya semasa percutian atau perjalanan. Saya perlu untuk meningkatkan kadar basal saya supaya sentiasa berada  di zon sasaran saya.

Penyelesaian A:

Meningkatkan kadar basal siang hari anda dengan 10-30%. Ini adalah satu kelebihan yang besar bagi pemakai pam insulin, kerana hanya perlu menekan beberapa butang.

Penyelesaian B:

Dapatkan tidur yang lebih banyak. Sangat penting untuk mempunyai  gula darah yang lebih baik, seperti yang saya tulisan saya  sebelum ini. Saya berhasrat untuk mendapatkan tidur yang lebih dari 7 jam dan paling bertenaga dengan lebih daripada lapan jam.

Penyelesaian C:

Walaupun sedikit aktiviti dilakukan, ia telah memberi perbezaan. Saya juga mendapati bahawa walaupun 10 minit di atas basikal pegun di gimnasium hotel bawah tanah adalah lebih baik daripada tiada apa-apa. Ketika di jalan raya, saya juga benar-benar suka melakukan senaman yang tidak memerlukan peralatan dan boleh dilakukan di dalam bilik hotel.

Kesimpulan

Sesetengah orang  hanya melakukan perubahan gaya hidup yang kecil untuk menjaga gula darah mereka supaya sentiasa berada dalam kawalan untuk menghentikan atau pun mengurangkan komplikasi diabetes. Pesakit diabetes lain pula memerlukan ubat-ubatan atau pembedahan untuk menguruskan komplikasi utuk menghalang ianya menjadi lebih teruk. Rawatan komplikasi hanya memberi tumpuan kepada memperlahankan kerosakan termasuk pengambilan ubat-ubatan, pembedahan dan lain-lain. Cara yang paling penting untuk melambatkan komplikasi diabetes adalah dengan menjaga kadar gula darah anda supaya berada dibawah kawalan.

Follow us:-

fb link
hk3 link
7 Hari

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *